Reaksi Kepada Isu Maya O Maya

Oleh Ruhanie Ahmad
Di bawah ini saya paparkan dua komen terhadap posting mengenai Maya Karin dan Monsoon (Wang Ehsan) Cup di Kuala Trengganu buat tatapan anda. Baca dan fahamilah maksudnya. Sesudah itu ambil iktibar daripadanya. – Ruhanie Ahmad

Komen Abraham: Kasihan rakyat Terengganu. Menang sorak kampung tergadai. Tnah dipijak milik orang! Apalah sangat Monsoon Cup jika dibandingkan [...]

Luar UMNO dalam hijau ooi

Oleh thedoctor
Pada 18/11/2007, Pak Lah telah turun di Terengganu untuk beberapa acara, antaranya ialah perasmian Pusat Animasi dan program bersama rakyat.
Namun beliau masih diganggu oleh makhluk-makhluk kuning BERSIH. Video ini diambil pada program bersama rakyat DUN Batu Burok. Untuk rekod, DUN Batu Burok adalah kubu kuat PAS dulu dan kini.
Saksikan
[...]

Zam: Menteri Penerangan Yang Tak Boleh Berbahasa Inggeris

Oleh Dr Fikrah
Apabila aku terbaca berita ini di dalam Harakahdaily hari ini, tercuit di hatiku untuk ketawa sedekah-dekahnya, memandangkan Zam Maidin, seorang Menteri Penerangan yang tidak pandai berbahasa Inggeris! Walaupun pada mulanya, aku menyangka ia bukanlah masalah yang besar, tetapi apabila difikirkan semula, terasa diri ini yang bergelar rakyat Malaysia, [...]

ADUN BN (Paloh) diperintah keluar dewan.

Sidang DUN Kelantan hari ini dicemari dengan sikap samseng ADUN Paloh Norzula Mat Diah yang telah mengingkari perintah speaker untuk duduk sehingga memaksa Speaker memerintahkan beliau keluar dewan dan digantung daripada menghadiri mesyuarat sehingga 27 Nov ini.
“Yang Berhormat Paloh telah dipilih untuk bercakap hanya pada perbahasan belanjawan,” kata Wan Abdul Rahim pada hari [...]

Koleksi Klip Video Lucu (Lucah?)

Klip video yang dipaparkan di bawah adalah untuk tujuan hiburan. Sekadar untuk memaklumkan kepada (bekas) Pengerusi Panel Bebas yang diketuai oleh Tan Sri Haidar Mohd Noor dan Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan supaya tahu untuk membezakan klip video yang tulen dengan yang telah diubah.
Polis Kata Jangan…

Mengucup dan menjulang [...]

Terbabit dalam penipuan, langgar undang-undang pilihan raya: Berhentilah Rashid!

Oleh penarikbeca
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman kata, dia sedia lepas jawatan jika terbukti wujud penipuan. Tak payah cakaplah fasal lepas jawatan, memang nak berhenti pun. Harap ihsan Perdana Menteri sahaja kalau nak sambung pun. Dahulu, ada cerita kawan-kawan di dalam Umno yang mendakwa Abdul Rashid [...]

Hubungan Dollah dan Najib mula renggang

Oleh Roslan SMS
Teka-teki mengapa PM Dollah Badawi mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes video kontroversi peguam VK Lingam terjawab pagi ini. Sebelumnya pada hari Rabu minggu lalu selepas mesyuarat kabinet, kita dimaklumkan yang kabinet telah pun menerima laporan dari Panel Penyiasat yang diketuai bekas Hakim Tan Sri Haidar Mohd [...]

Kerajaan pastikan SPR adil, demokratik – PM

Daripada mujahid304
Oleh : Lang Buana

Berikut adalah kenyataan yang keluar dari mulut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad badawi “adalah menjadi tanggungjawab beliau memastikan mandat yang diperoleh daripada rakyat untuk memerintah negara diperoleh daripada kemenangan yang berwibawa”.

Dalam mengeluarkan kenyataan kita selaku rakyat memang tiada hak untuk menghalang apa jua kenyataan yang dikeluarkan oleh Pak Lah, [...]

Mengapa mesti perempuan, lelaki pun boleh juga!

Oleh Songkok Putih

Zaman akhir ini, kita selalu mendengar suara perempuan untuk menuntut hak persamaan dengan lelaki. Kadang kala suara-suara lantang ini melebihi hak batas seorang muslim, walaupun mereka bergerak diatas nama pertubuhan Islam.
Kalau berhujah nak sama rata, kalau lelaki nak jadi askar perempuan pun nak jadi askar; paling lucu hujah kami masa kecil-kecil dulu ialah [...]

Bersama Menghayati Rukun Negara

Oleh Dr Rosli Allani
Adalah sesuatu yang agak pelik bertanyakan seorang dewasa di kalangan rakyat Malaysia bilangan dan intipati Rukun Negara. Sesuatu perkara yang sinonim dengan zaman kanak kanak, serasanya lebih sesuai ditanyakan pada golongan ini. Namun kehidupan yang kita alami mengajar kita bahawa semuanya boleh berlaku. Namun Melayu mudah lupa.
Soalan untuk peperiksaan PTK untuk kenaikan [...]