Radzi saran MB Perlis ditukar

PADANG BESAR: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, semalam secara terbuka meminta Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, memberi laluan kepada kepemimpinan baru untuk menerajui parti itu di Perlis.

Beliau berkata, sudah sampai masanya Perlis mengambil tindakan drastik dengan memilih kepemimpinan baru untuk menerajui parti, apatah lagi dengan keadaan politik di negeri itu yang dianggapnya semakin kucar-kacir, sejak akhir-akhir ini.

Satu Respons

  1. Beliau bercakap seolah memegang jawatan PM Malaysia tanpa memperduli hak orang lain. Terbukti, beliau tiada pengalaman dalam politik kerana menjatuhkan maruah orang lain secara terbuka di khalayak orang ramai. Tidak tahu membezakan isu dalaman atau masalah umum. Memberi komen secara peribadi tetapi berselindung disebalik jawatan yang dipegang dan menggunakan “ini keputusan mesyuarat majlis tertinggi umno”. Beliau juga menghantar memo ke seluruh bahagian umno untuk membawa isu perkauman atas nama “keputusan mesyuarat majlis tertinggi umno”. Inilah orang yang merasakan dirinya palling berkuasa dalam Malaysia selain Khairy Jamaluddin.

Tinggalkan jawapan