TERKINI: FRU mula menembak ‘water canon’ ke Perhimpunan Hindraf

Oleh wartawan TKO

Polis telah mula menembak gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan Hindraf di Jalan Ampang seawal jam 7.40 pag tadi. Kawasan itu yang telah diistiharkan “zon dharurat” sebelum ini dan sesiapa yang dilihat berada di kawasan tersebut akan ditangkap.
Sebelumnya pihak polis telah juga menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan perhimpunan di Ba [...]

Sukhoi punca ‘letupan’ misteri di Terengganu

Oleh Nazura Ngah dan Hamid Salleh
BERITA HARIAN
KUALA TERENGGANU: Misteri gegaran seperti bunyi letupan bom yang kuat kira-kira satu atau dua saat hingga menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk di negeri ini petang kelmarin terungkai apabila Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan bunyi itu dikeluarkan pesawat Sukhoi SU-30 MKM.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, bunyi bising itu [...]

KB Mall dinobat kompleks beli belah terunggul di Malaysia

Oleh Nyza Ayub

KOTA BHARU, 23 Nov (Hrkh)- KB Mall terpilih sebagai kompleks membeli belah terunggul di Malaysia mengatasi kompleks membeli belah terkemuka di seluruh negara dalam majlis anugerah “Retail Development”(kategori kompleks membei belah) yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Shah Alam pada 27 Oktober lalu.
Kejayaan tersebut juga melayakkan kompleks membeli belah yang berpusat [...]

Polis Tangkap Penasihat Undang-undang Hindraf

Polis hari ini telah menangkap peguam P. Uthayakumar, penasihat undang-undang Hindraf (Hindu Rights Action Force) menurut Akta Hasutan pagi ini.
Polis juga telah mendapat perintah mahkamah untuk menyekat orang ramai daripada menganjurkan atau menyertai perhimpunan tersebut.
Malaysiakini melaporkan, Isnin lalu, polis menyerbu pejabat guaman Uthayakumar di Kuala Lumpur dan membawa bersama waran geledah untuk mencari buku yang [...]

Kereta yang Dollah naiki pancit di Singapura

Oleh Roslan SMS
Saya tidak pasti adakah berita ini penting atau tidak. Tetapi bagi saya ia lucu.
Menurut laporan dari Singapura kenderaan rasmi BMW 7 series milik kerajaan Singapura yang membawa PM Dollah Badawi dan isterinya Jeanne Danker pancit tayarnya dalam perjalanan ke Lapanganterbang Changi. Abdullah dan isteri dalam perjalanan ke lapanganterbang [...]

‘BERKAT’ Pemuda Dungun – Dekati Masyarakat

Oleh SamarQondy
DUNGUN, 22 Nov – Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun (DPPKD) telah melancarkan program “Bersama Masyarakat” (BERKAT) di peringkat Kawasan Dungun. Objektif program ini yang bertujuan untuk merakyat perjuangan Pemuda PAS dikalangan masyarakat setempat dan membela nasib mereka yang telah diabaikan hak mereka oleh Kerajaan Hadhari yang semakin terdesak mutaakhir ini.
Disamping itu, Pemuda PAS Dungun [...]

Angkasawan negara cedera diserang perompak

Angkasawan Negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed cedera diserang dua lelaki bersenjatakan parang yang cuba merompaknya di hadapan rumahnya di Taman Mawar, Cheras di sini awal pagi ini.
Ibunya, Maznah Mohamad berkata, dalam insiden pada kira-kira pukul 2 pagi itu, anaknya cedera di tangan kiri ketika cuba menepis serangan tersebut.
Katanya, sebelum kejadian itu anaknya keluar untuk makan [...]

Hina mahkamah: NSTP ‘gagal’ kenakan Rocky

KUALA LUMPUR: New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) dan empat lain hari ini gagal memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi di sini bagi mengambil tindakan komital terhadap penulis laman blog Ahirudin Attan.
Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menolak permohonan ex-parte (sebelah pihak) oleh NSTP, timbalan pengerusinya Datuk Kalimullah Hassan, ketua pegawai eksekutif Datuk Syed Faisal Albar, [...]

Pemuda PAS Johor Prihatin Kepada Masyarakat India

Oleh Nazman Ibrahim

Pagi 20 November 2007, Dewan Pemuda PAS Negeri Johor sekali lagi bersama-sama dengan kaum India di Johor ini. Kali ini, kami bersama-sama dengan rakyat khusus untuk memperjuangkan hak semua kaum dalam bidang pendidikan.
Seramai 300 orang rakan-rakan kaum India turun berdemonstrasi di hadapan Pejabat Menteri Besar Johor untuk meminta kerajaan lebih prihatin kepada [...]

Unit Amal Wilayah Persekuatuan buat laporan polis

Oleh MOHD SHAHRAINI ABU SAHID

KUALA LUMPUR (Isnin) 19 November 2007 – Seramai 11 orang anggota Unit Amal DPPWP telah hadir ke Balai Polis Tun H.S Lee petang tadi bagi membuat satu laporan kepada pihak polis berhubung tindakan pihak polis di IPKKL merampas pakaian rasmi yang dipakai oleh 10 anggota Unit Amal Malaysia yang ditahan [...]