“Polis berkursus di London tapi jalani tugas ala-Burma!”

Perhimpunan 100,000 rakyat pada 10 Nov lalu bukan sahaja meninggalkan kenangan manis yang tidak mudah dilupakan, bahkan ia bakal tercatat sebagai salah satu tarikh besar dalam perkembangan politik negara. Biarpun diugut dan diancam oleh Perdana Menteri sendiri, rakyat dari segenap pelosok negara tetap membanjiri Kuala Lumpur. Ramai tersekat dalam kesesakan lalu lintas yang sengaja dirancang [...]