Malaysia terkeluar dari senarai 200 U terbaik dunia : Tok Pha Letak jawatanlah.

Oleh manjanik

aKUALA LUMPUR: Apa sudah jadi dengan negara kita, universiti kita dan menteri kita. Semuanya sudah tidak menjadi. Di mana Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang dilancarkan oleh Perdana Menteri lepas?. Di mana letaknya hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pengkalan hub kecemerlangan pendidikan.

Apa yang dilaporkan oleh Higher Education Supplement(THES) baru-baru ini amat memalukan negara dan kita. Bernama melaporkan;

Universiti Di Malaysia Gagal Dapat Tempat Ranking 200 Terbaik Dunia

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) — Tidak ada satupun universiti di Malaysia disenaraikan dalam ranking 200 universiti terbaik dunia 2007 oleh Times Higher Education Supplement (THES), kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed hari ini.

Sambil memandang serius keputusan itu, Mustapa melahirkan tekad untuk mempertingkatkan kecemerlangan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan selari dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Ogos lepas.

Tahun lepas, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diletakkan dalam kedudukan 185 dalam ranking itu manakala Universiti Malaya pada ranking 192.

Datuk Mustapha Mohamed yang dianggap “bisa” oleh ahli-ahli Umno khususnya di Kelantan memberi alasan kemerosotan tersebut kerana;

kaedah yang digunakan untuk membuat ranking oleh Ququarelli-Symmonds (QS), sebuah syarikat swasta British bagi pihak THES diubah, yang menurut syarikat itu bertujuan menjadikan kajian lebih tepat.”

Sebenarnya ada banyak sebab yang menyebabkan negara kita yang cemerlang gemilang dan terbilang ini “hilang” dari peta dunia pendidikan, antaranya;

Pertama : Menteri Pengajian Tinggi dan Naib-Naib Canselornya banyak bermain politik dalam dunia pendidikan. Ini dapat dilihat semasa berlangsungnya Pilihanraya Kampus baru-baru ini. Seluruh warga mereka dikerah supaya Umno menang di semua universiti. Kerja budak-budak pelajar telah diambil alih oleh orang-orang tua yang ada gelaran MA dan PhD. Maka berlawanlah budak-budak yang belum ada degree dengan orang-orang yang ada MA dan PhD. Betapa cerdik dan hebatnya pemikiran pensyarah dan pegawai-pegawai di universiti yang terlibat dengan dunia politik kampus.

Kedua : Para pensyarah sendiri tidak sempat untuk melaksanakan tugasan akademik kerana banyak masa mereka dihabiskan untuk kerja-kerja politik di luar kampus. Ada yang nak bodek menteri tu dan menteri ni. Ada pula menteri yang nak gunakan pensyarah untuk kepentingan mereka. Jadi sibuk menyibuk ini telah membuatkan mereka terlupa akan dunia pendidikan yang perlu mereka tumpukan. Apa yang jelasnya dengan terkulai jatuh ranking ini menunjukkan penilaian 40% THES terhadap kepakaran dalam sesebuah universiti amat menakutkan kita. Dengan lain kata, universiti kita tiada orang yang boleh di panggil “pakar”.

Ketiga : Sikap kerajaan sendiri yang berlumba-lumba untuk menubuhkan universiti yang boleh dikatakan ada disetiap negeri juga menjadi penyebabnya. Apa tidaknya kalaulah penubuhan tersebut dibuat dengan tiada perancangan dan kajian rapi terhadap keperluan dan permintaanya. Boleh dikatakan penubuhan universiti-universiti baru ini adalah lebih mirip kepada keperluan politik Umno dan bukannya keperluan dalam bidang keilmuan. Akhirnya pensyarah-pensyarah yang sudah sebati dengan bidangnya di universiti-universiti terkemuka negara telah diseret supaya membangunkan universiti-universiti baru ini. Mangsanya adalah universiti “tua” kita.

Keempat : Mengikut Tok Pha kejatuhan ini juga adalah disebabkan oleh kaedah membuat ranking oleh THES telah diubah. Ini adalah alasan yang paling dangkal sekali. Ianya juga membuktikan bahawa universiti kita tidak menyeluruh pembangunannya. Hanya tertumpu sekitar asas-asas pendidikan yang THES gariskan untuk dinilai. Apabila THES mengubah kaedah penilaian maka kitapun hilang punca kerana tidak termasuk didalam penilaiannya. Ibarat seorang tentera yang mahir bertempur jarak jauh dengan senjata-senjata canggih tetapi bila bertempur dalam jarak dekat, “bersiku lengan dan berlutut” mereka tidak pandai dan arif menyebabkan tumpas. Kata orang tua-tua “tidak cukup ilmu

Kelima: Menterinya, Stopa Mohamad asyik tidor jer….. macam mana nak majuuu….letak jawatan lagi baik..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: