KPN Musa Hasan patut letak Jawatan

Oleh Al-Husseyn

aKetua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba memperalat dan mengeksploitasi kanak- kanak sebagai perisai dalam mana-mana perhimpunan haram.

Menurut beliau, perbuatan tersebut kononnya amat tidak wajar dilakukan dan menyifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan. Lihat di sini.

Alhusseyn: Cakap pasal eksploitasi, polislah yang mengekploitasi kuasa yang diamanah kan kepada mereka yang sepatutnya menjaga dan menjamin keselamatan rakyat, termasuk lah kanak-kanak.


Amat tidak wajar sekali bagi PDRM–Polis Diraja Malaysia, mengancam keselamatan rakyat yang mahu menuntut keadilan dalam sistem pilihanraya yang adil. Dimanakah rasionalnya menuduh ‘Himpunan Aman’ rakyat sebagai perhimpunan ‘haram’ setelah permohonan permit bagi tujuan tersebut ditolak ?

Para peserta membawa anak-anak kecil sebagai membuktikan bahawa mereka hanya hadir untuk bersama ‘Himpunan Aman’ rakyat anjuran ‘Bersih’. Kehadiran mereka bukan bertujuan untuk bertempur dengan pihak polis, penjaga keamanan.Jauh sekali bertujuan menjadikan anak-anak mereka sebagai perisai.

Perisai dari ancaman siapa? Polis? Apakah kita semua kini tidak selamat bila polis berada bersama kita? Walhal, pihak polis bertanggung jawab berkhidmat memberi perlindungan dan keselamatan kepada kita semua.

Apakah polis sebagai pelindung kita dan penjaga keamanan kini dibawah Musa Hasan sudah berubah menjadi penjenayah dan ‘pemusnah keamanan’?

Apa sudah jadi dengan sistem negara kita hari ini? Polis kita bukan sahaja telah gagal memberi perlindungan yang sewajarnya dalam hal kejadian samun, kes ragut beg dan rompakan , penculikan, rogol dan pembunuhan; dadah dan ancaman Mat Rempit; kemelut perpecahan dalam PDRM; malah cuba memprovokasi peserta ‘Himpunan Aman’ rakyat yang mahu menyampaikan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong.

Adalah lebih baik KPN Musa Hasan meletakan jawatan diatas segala kegagalan tersebut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: