Suhakam Akan Siasat Insiden Batu Burok

aSuruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan mengadakan inkuiri bagi menyiasat insiden berhubung rusuhan yang tercetus di Batu Burok, 8 September lalu – demikian diumumkan oleh Pesuruhjaya SUHAKAM, Muhammad Shafeen Abdulah (foto) hari ini.

Ceramah anjuran BERSIH pada 8 September lalu di Batu Burok telah bertukar menjadi tradegi berdarah apabila seorang anggota polis telah menembak dengan menggunakan peluru hidup menyebabkan dua orang awam telah cederah parah. Ceramah tersebut telah diberhentikan oleh pihak polis dengan alasan ia tidak bepermit

Sebelum ini Siva Subramaniam memberitahu media bahawa Suhakam “tidak ada kuasa” untuk menyiasat insiden kerana terdapat kes mahkamah yang menunggu perbicaraan.

Walaubagaimanapun, kenyataan Siva itu telah menerima kritikan pedas dari BERSIH yang menyatakan bahawa “Keputusan Suhakam untuk tidak mengadakan perbicaraan awam sesungguhnya bercanggah dengan keputusan badan itu sebelum ini dalam kes perbicaraan awam Lebuhraya KESAS semasa mengadakan perhimpunan awam walaupun polis pada waktu itu telah mendakwa beberapa orang awam di mahkamah kerana perhimpunan haram. ”


bEkoran dari kenyataan Siva juga, para aktivis BERSIH telah mengadakan satu bantahan aman di pejabat SUHAKAM pada 18 Oktober 2007.

Pada hari ini, Pesuruhjaya SUHAKAM, Mohd Shafee Abdullah telah membuat pengumuman di dalam satu persidangan akhbar di pejabatnya menyatakan bahawa perbicaraan awam akan difokuskan kepada pematutan penggunaan peluru hidup oleh polis ke atas orang awam.

Shafee sendiri akan mempengerusikan panel yang akan disertai juga Prof Khoo Kay Kim dan Asiah Abu Samah.

Shafee menjelaskan panel tesebut akan memulakan siasatan serta merta dan satu laporan akan dijangka dapat disiapkan hujung tahun ini.

“Kami, ahli panel, memerlukan tiga hari untuk menyudahkan inkuiri namun menimbangkan beberapa masalah yang timbul, panel mungkin memerlukan masa seminggu,” tambahnya.

Beliau juga menyeru saksi-saksi untuk tampil ke hadapan dan membantu panel SUHAKAM di dalam siasatannya. Inkuiri itu akan diadakan di satu tempat yang sesuai di Kuala Terengganu.

“Saya berharap pihak media dapat menyebarkan seruan kami agar saksi-saksi dapat berjumpa kami supaya dapat membantu kami di dalam siasatan tersebut – panel tanpa saksi adalah panel yang tidak bermakna apa-apa,” jelasnyanya yang difahami oleh pendengar beliau merujuk kepada Panel Siasatan Bebas Video Tape VK Lingham yang dipengerusikan oleh Tan Sri Haidar Mohd Noor yang tidak be kuasa untuk memanggl para saksi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: