PemudaWilayah teruskan gelombang KUNING

Oleh pemudawilayah

a

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (PemudaWilayah) akan meneruskan usaha-usaha menyemarakkan lagi pemulihan demokrasi dan akan turun untuk mengedarkan risalah bagi memberikan kesederan kepada orang ramai tentang tanggungjawab mereka sebagai rakyat untuk keluar mengundi.

Gelombang KUNING yang melanda Kuala Lumpur pada minggu lepas diteruskan lagi tetapi dalam aktiviti yang berbeza. PemudaWilayah akan turun lagi bersama rakyat dan kali ini adalah di Masjid India dan sekitar Jalan TAR. Kita tidak akan berdemontrasi tetapi kita akan mengedarkan risalah yang lebih bermaklumat kepada orang ramai.

Menyahut seruan kepimpinan parti, kita meminta ahli dan penyokong untuk turut hadir dan memakai pakai KUNING sebagai lambang soladariti dan kebersamaan.

Kita juga menyambut baik kempen-kempen yang diadakan untuk memberikan kesedaran dan mempromosikan kepada rakyat tentang tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Walaupun ramai yang mendaftar tetapi pada hari pilihanraya tidak ramai yang keluar mengundi.

Menurut rekod SPR, purata pengundi yang keluar mengundi pada musim pilihanraya secara adalah dibawah 70%.

Kesedaran pengundi untuk keluar mengundi adalah penting. Begitu juga kesedaran mereka terhadap kuasa undi yang mereka ada, ianya patut dipromosikan. Rakyat berhak tahu apa yang mereka boleh buat dengan undi mereka, dan apa yang mereka berhak tuntut dari Kerajaan yang diberikan mandat memerintah.

Dengan Kempen ini, rakyat bukan sekadar akan mengerti tentang hak mereka, malah rakyat juga akan memahami tanggungjawab mereka terhadap masa depan demokrasi dinegara ini. Menjaga dan memulihara demokrasi juga adalah tanggungjawab rakyat. Secara bersama kita harus memainkan peranan untuk memastikan demokrasi yang ada dinegara ini dapat membantu rakyat dan bukannya menyusahkan rakyat.

Edaran Risalah ini akan dibuat pada 17 November 2007 (Sabtu), jam 5.00 petang. Para peserta yang ingin menyertai program ini boleh berkumpul di hadapan Masjid India dan kita akan bergerak sekitar Jalan Tunku Abd Rahman. Para peserta diminta untuk memakai pakaian KUNING atau pun riben KUNING.

Kamaruzaman Mohamad
Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: