10 Unit Amal ditahan 10 Nov; bantulah meringankan beban

Oleh MOHD SHAHRAINI ABU SAHID
Setiausaha Jabatan Amal Malaysia
Dewan Pemuda PAS Pusat

aSeramai 10 orang anggota Unit Amal Malaysia telah ditahan oleh pihak polis pada Himpunan Rakyat anjuran BERSIH 10 November lalu. Kesemua mereka yang ditahan itu ialah Mohd Zad b. Abdullah (W.Persekutuan), Nawi b. Abdullah (Pahang), Mohamad b. Arifin (Pahang), Ishak b. Osman (Kedah), Taib b. Abdullah (Kedah), Abi Salam b. Ariffin (Kedah), Mohd Nazrin b. Mohd Nasir (Kedah), Syafie b. Ismail (Kedah), Yahya Mohd Nor (Terengganu) dan Fauzi Awang (Terengganu).

Daripada laporan yang diberikan, mereka ditahan oleh pihak polis adalah bertujuan untuk memastikan tugasan yang diberikan kepada mereka bagi mengawal keamanan himpunan tersebut gagal. Walaupun dibebaskan pada pukul 10.30 malam hari yang sama, kesemua anggota Unit Amal yang ditahan itu dikehendaki melaporkan diri ke Balai Polis Dang Wangi pada 10 Disember 2007 nanti.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat ingin memohon daripada semua para pencinta keadilan agar dapat menghulurkan sumbangan kepada 10 anggota Unit Amal yang ditahan ini bagi menampung kos perbelanjaan pengangkutan mereka untuk hadir melaporkan diri ke Balai Polis Dang Wangi bulan hadapan.

Selain daripada itu Jabatan Amal Malaysia juga memerlukan sumbangan untuk terus memperkasakan organisasi agar seluruh anggota Unit Amal Malaysia dapat memberikan perkhidmatan serta melaksanakan kebajikan kepada masyarakat.
Sumbangan tuan/puan bolehlah dimasukkan kedalam akaun Jabatan Amal Malaysia yang baru diwujudkan seperti berikut:

JABATAN AMAL MALAYSIA DPPP

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) : 140-14010-133-669
Segala makluman tentang sumbangan bolehlah dimaklumkan kepada :

1) Mohd Hafiz b. Musa (Pengarah Kewangan) : 019-9817327

2) Mohd Shahraini Abu Sahid (Setiausaha) : 013-2449849
Berikut adalah catatan pengalaman Mohd Zad Abdullah (anggota Unit Amal W.Persekutuan yang ditahan polis pada Himpunan BERSIH yang lalu)

10 Nov 2007

Selepas memberi taklimat kepada petugas Unit Amal dibawah saya sekitar pukul 11.15 pagi, kami mula bergerak ke lokasi kami iaitu Kompleks Sogo untuk mengambil posisi tugas masing-masing. Saya meminta petugas. Kami tiba di Sogo sekitar pukul 11.45pagi. Kemudian kami berkumpul dihadapan Sogo sebagai isyarat kepada peserta lain bahawa kami berada disitu.

Lebih kurang pukul 12.30 tgh, kami didatangi seorang pegawai berpangkat ASP meminta kami supaya bersurai dari situ jika tidak mahu dikenakan sebarang tindakan. Saya kemudian mengarahkan sahabat-sahabat saya dan anggota Unit Amal lain bersurai seketika sebelum tiba waktu yang ditetapkan.

bSelepas semuanya bersurai, saya masih berada disitu sambil berlegar di kawasan sekitar. Pada pukul 12.40 tgh, saya didatangi kembali pegawai ASP tadi beserta seorang SB lalu meminta kad pengenalan saya kemudian saya diperiksa oleh SB tadi. Selepas dari itu, saya diarah mengikuti pegawai tadi ke kereta peronda polis dan saya terus dibawa ke IPKKL, Jalan Hang Tuah.

Semasa di IPKKL, Jalan Hang Tuah, saya diminta beri keterangan dan diperiksa bertalu-talu oleh beberapa pegawai berpangkat inspector. Barangan yang saya bawa seperti set walkie talkie serta baju tshirt Unit Amal saya dirampas.

Pihak polis mendesak supaya saya memberitahu siapa dalang di belakang BERSIH. Saya tidak menjawab pertanyaan tersebut dan saya ditanya lagi Unit Amal ni dinaungi oleh siapa dan siapa ketua Unit Amal Malaysia. Saya menjawab YB Salahuddin Ayub, penaung dan ketua Unit Amal Malaysia.

Kemudian saya tanya pegawai tersebut, adakah SB polis tidak membuat kerja sehingga tidak tahu berkaitan Unit Amal ni. Lalu pegawai tersebut terdiam.

Selepas puas soal siasat saya, saya ditahan di lokap sementara dan saya dapati terdapat seramai 9 orang anggota Unit Amal dari negeri lain juga ditahan. 5 orang dari Kedah, 2 dari Pahang, 2 lagi dari Terengganu termasuk saya semuanya 10 orang Unit Amal yang ditahan.

Saya bertanya sahabat Unit Amal dari Kedah yang mana mereka semua di tahan di Masjid Jamek. Menurut mereka, pihak polis mula menahan mereka sebelum FRU membuat semburan kepada peserta himpunan di Masjid Jamek.

Kesemua Unit Amal termasuk saya ditahan di lokap IPKKL tersebut dalam keadaan tidak berbaju kerana kesemua tshirt Unit Amal kami dirampas sehinggalah sekitar pukul 10.30 malam kami dibebaskan oleh peguam dari Lajnah Guaman PAS Pusat tanpa diberikan baju tshirt Unit Amal kami.

Selepas memulangkan telefon bimbit serta walkie talkie saya, saya terus menghubungi sahabat Unit Amal Wilayah Pesekutuan supaya membawakan baju untuk saya pakai. Walaupun telah dibebaskan, kesemua anggota Unit Amal yang ditahan itu dikehendaki melaporkan diri lagi di Balai Polis Dang Wangi pada 10 Disember 2007.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: