Beruk Oxford

Oleh Muramatsu

aDi sekitar university oxford memang ada banyak binatang liar hidup bebas. Di sini juga ada satu muzeum yang sangat canggih dari tulang rangka binatang purbakala seperti dinosor ke babi dari Malaysia pun ada di pamer. Dalam banyak-banyak binatang di sini, binatang yang menarik perhatian dan disayangi penduduk sekitar universiti Oxford ialah beruk atau monyet.

Nampaknya beruk dan monyet ini sinonim dengan oxford dan seterusnya dengan menantu PakLah atau suami Nori itu. Tentu suami Nori terkenang bila lihat gambar bangunan lama di sekitar universiti oxford ini.

Gambar di bawah menunjukkan betapa segelintir penduduk di sekitar universiti oxford unjuk rasa mereka kerana terdapat makmal di universiti oxford yang mendera beruk dan monyet untuk dijadikan bahan penyelidikan. Bulatan kuning dalam gambar ialah antara contoh muka beruk yang digunakan oleh mereka semasa menunjuk rasa di situ. Gambar ini diambil di tepi jalan depan kedai bukul Blackwell yang terkenal bukan di universiti oxford tetapi seluruh dunia.

Ada beruk dijadikan sampel ujian dan ada beruk-beruk yang mungkin selamat dari kekejaman makmal-makmal di universiti oxford ini. Beruk-beruk ini terlepas keluar dan lari bertempiaran ke merata tempat untuk mencari perlindungan. Mungkin ada beruk-beruk yang sudah menjalani ujian kini dilepas bebas. Kemungkinan juga ada yang sudah sampai di Malaysia yang mana kepala otaknya sudah diprogram untuk menjadi betul-betul berok atau monyet. Tidak hairanlah fikir dan mulutnya pula hanya kepada beruk-beruk dan monyet-monyet saja. Feel juga tidak jauh dari feel beruk-beruk yang dijana di makmal-makmal di oxford.

Oleh yang demikian, PakLah kena hati-hati dengan berok oxford yang kini mungkin berkeliaran samada di pejabat atau di kediamannya di Putrajaya. Sepertimana yang kita tahu, putrajaya tidak ada berok liar melainkan hanya sekor berok saja yang bebas bergerak di situ. Berok tidak mengira tempat, asal saja ada lubang yang dikira boleh bolos, berok akan masuk, kalau ada fail-fail rahsia negara pun dibukanya. Yang bahayanya kalau berok ini jadi pemimpin, nanti orang di bawahnya juga ikut jadi berok juga.

Disamping itu, Najib bolehlah tubuhkan Suruhanjaya Bebas siasat samada gambar ini tipu atau betol. Walaubagaimana pun, gambar ini diambil selepas beberapa hari penulis terserempak dengan Ketua Menteri Melaka, bekas Setiausaha Agong UMNO(baru) yang lepak bersama-sama kawan-kawannya di depan kedai cenderamata sambil menikmati pesta ditepi universiti oxford ini sebelum menyambut ramadan yang baru lalu.

strong>
United Kingdom

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: