Di segi teknikal, M’sia masih darurat, kata Param

Oleh Malaysiakini

aDi segi teknikal, Malaysia masih dalam keadaan darurat yang diisytiharkan pada tahun 964 dan satu lagi pada 1969, kata seorang peguam terkemuka, Datuk Param Cumaraswamy (foto) hari ini.

Beliau yang juga bekas pelapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, jelas sekali bekas wakil Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia Thierry Rommel, merujuk kepada keadaan yang wujud di Malaysia.

b
Dalam satu temubual dengan Reuters, Rommel (foto) mendakwa Malaysia berada dalam keadaan darurat selepas polis menggunakan gas pemedih mata dan penyembur air untuk menyuraikan demonstrasi anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) pada hujung minggu lalu.

“Hari ini negara ini masih berada di bawah darurat,” Rommel dipetik sebagi berkata demikian.

Dalam satu kenyataan hari ini, Param berkata: “Negara ini, dari teknikalnya, masih dalam keadaan darurat. Bukan satu tetapi dua kali. Satu diisytiharkan pada 1964 dan satu lagi pada 1969.”

“Thierry juga betul apabila beliau berkata bahawa undang-undang darurat tertentu masih lagi digunakan,” kata Param.

Malah, katanya, Malaysia mungkin satu-satunya negar di dunia hari ini yang dilihat masih berada dalam keadaan darurat yang berterusan.


Hisham ‘melatah’

cSehubungan itu, Param menyifatkan sebagai sesuatu yang “malang” apabila Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengecam bekas wakil Kesatuan Eropah itu, yang dituduhnya masuk campur urusan dalaman negara ini.

Hishammuddin berkata dakwaan tidak berasas oleh Rommel itu bukan sahaja menjejaskan kredibiliti diplomat itu beliau tetapi juga EU.

“Kita akan menentukan corak bagaimana negara kita akan ditadbir. Rakyat dapat menentukan sama ada kita dalam keadaan darurat atau tidak, dan rakyat
boleh melihat sendiri bahawa negara kita masih dalam keadaan harmoni dan stabil,” kata Hishammuddin.

Mengulas kenyataan Hishammuddin itu, Param berkata, sebagai seorang yang berlatarbelakangkan peguam, menteri pelajaran Malaysia sepatutnya tidak melatah apabila orang asing membuat kenyataan seumpama itu.

Sebaliknya, tegas beliau, Hishammuddin sepatutnya menggunakan pengaruh beliau dalam kerajaan supaya dua pengisytiharan darurat itu dibatalkan.

gTimbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga membidaskan kenyataan Thierry dan menyifatkan kritikan diplomat itu terhadap Malaysia sebagai di luar batas tanggungjawab seorang duta.

Najib dilaporkan berkata, sebagai seorang duta, Thierry tidak boleh mencampuri urusan dalaman negara yang dia ditugaskan dan dia tidak boleh melahirkan pendapat peribadinya.

Pendapatnya mestilah mewakili atau mencerminkan pendapat organisasi yang diwakilinya,” kata Najib semalam.

Satu Respons

  1. A big mistake made by Param;

    Daurat had been declared thrice – 1964, 1969 dan 1997.

    Daurat on 1997 was declared because our country was severely hit by haze cloud from Indonesia!

    – sigh –

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: