Isu Klip Video: Sejak bila Menteri boleh Jadi Pegawai Penyiasat?

Oleh pemudawilayah

“Oleh HermanSamsudeen,
Ketua Penerangan DPPWP

aSistem tadbir negara semakin kucar-kacir. Para Menteri kabinet BN semakin terdesak. Gara-gara Klip Video V.K Lingam yang dilaporkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, para Menteri jadi tak senang duduk. Sebelum ini pihak Kabinet telah mengarahkan Panel ‘bebas’ khas untuk menyiasat kesahihan rakaman dibentuk.

Maka dilantiklah bekas Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Haidar Mohd Noor bersama bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar dan Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye untuk menjadi ahli panel bagi mengesahkan kesahihan Klip Video tersebut.

Sebaik sahaja Panel ‘bebas’ khas ini mengemukakan laporan dan mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Diraja, pihak Menteri-Menteri Kabinet pula sibuk nak buat siasatan sendiri. Akhirnya dilantiklah 3 orang Datuk Seri yang tak berseri bagi menyiasat Klip Video tersebut. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memaklumkan bahawa dua lagi menteri yang dipilih ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim.


Hanya kerana sebuah Klip Video, para Menteri sanggup turun taraf dan menjadi pengawai penyiasat bagi mengkaji Klip Video berkenaan.

Pelik sungguh. Nampaknya mereka sendiri tak percaya pada Panel ‘bebas’ khas yang dilantik sebelum ini. Paling pelik, tugas bagi menyiasat kesahihan dan tindakan yang perlu diambil adalah tanggungjawab pihak Polis dan Peguam Negara bukannya para Menteri ini.

Dalam hal ini. Menteri-menteri ini punyai Potfolio masing-masing yang harus ditumpukan dan apa yang pihak Polis dan Peguam Negara buat pada masa ini? Kenapa perlu membiarkan Menteri-menteri menjadi penyiasat dan hakim sendiri bagi Kes berfrofail tinggi sebegini?.

Ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku dalam Kabinet Malaysia ketika ini?

Pada masa ini, Nazri seharusnya meluangkan lebih banyak masa untuk memperbaiki kualiti dan disiplin ahli-ahli Parlimen yang selalu ponteng sesi persidangan Parlimen bukannya sibuk tentang Klip Video ini.

Radzi pula, pada masa ini beliau wajar menyelesaikan isu kebanjiran pekerja asing dalam negara yang kini semakin menyusahkan rakyat.

Bagi Rais Yatim pula, sudah tiba masanya untuk beliau menumpukan masanya memikirkan masalah-masalah Jenayah dan sosial yang semakin berlambak-lambak ekoran terlalu banyaknya Pesta dan Konsert yang diluluskan oleh kementeriannya.

Menteri-menteri ini harus berhenti dari mencampuri urusan perlaksanaan undang-undang negara. Sikap mereka ini benar-benar menunjukkan imej Kepimpinan Diktaktorian Negara.

Sesuatu perlu dilakukan, dan mereka perlu diberikan ingatan sebelum mereka pergi jauh lagi. Dalam hal ini bantahan terbuka perlu dibuat kerana belum ada sejarah dalam mana-mana negara, Menteri jadi penyiasat dan hakim bagi kes-kes Jenayah dalam masa mereka menjawat jawatan sebagai Menteri.


Artikel Rujukan:

Klip video terpaksa dikaji oleh tiga menteri

Wednesday, 14 November 2007

KUALA LUMPUR: Kabinet hari ini menyerahkan tugas kepada tiga menteri yang mempunyai latar belakang undang-undang untuk meneliti dari segi perundangan, laporan panel khas yang ditubuhkan bagi menyiasat klip video kononnya menunjukkan perbualan seorang peguam dan hakim berhubung pelantikan hakim.

Seorang daripada menteri berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata dua lagi menteri yang dipilih ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Mereka diberikan tanggungjawab untuk meneliti dan mengemukakan cadangan mengikut sistem perundangan yang sesuai mengenai laporan panel bebas itu, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Dalam masa yang sama semua menteri akan diberikan salinan laporan hasil siasatan panel itu esok, katanya.

“Kami (jemaah menteri) akan memaklumkan keputusan pada minggu depan,” katanya.

Nazri berkata jemaah menteri telah diberikan penjelasan mengenai laporan panel itu, terdiri daripada bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohd Noor, aktivis masyarakat Tan Sri Lee Lam Thye dan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar, oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan semalam.

Ditanya mengenai apakah bentuk cadangan yang mungkin akan dikemukakan kepada Kabinet oleh mereka bertiga, beliau berkata: “Belum tahu lagi. Saya perlu membacanya terlebih dahulu. Tunggulah hingga minggu depan.”

Ditanya mengenai laporan akhbar Cina yang mengatakan bahawa panel khas itu mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja, Nazri berkata itu sekadar laporan akhbar terbabit dan maklumat itu tidak mungkin dikeluarkan oleh JPM. Bernama


Panel bebas cadang tubuh Suruhanjaya Diraja

Thursday, 15 November 2007

TERKINI KUALA LUMPUR: Panel bebas khas yang menyiasat kesahihan rakaman dan perbualan didakwa antara seorang peguam dan hakim kanan mengenai pelantikan Ketua Hakim Negara sepakat mencadangkan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan.

Sumber memberitahu, panel itu yang ditubuhkan September lalu dan diketuai oleh bekas Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Haidar Mohd Noor bersetuju inkuiri diadakan terhadap dakwaan itu.

Selain Haidar, panel turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar dan Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye. Sumber itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Berita Harian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: