Klip Lingam: K’jaan tubuh suruhanjaya diraja

Oleh malaysiakini

aKerajaan mengumumkan penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kesahihan video klip yang menunjukkan perbualan seorang peguam mengenai pelantikan hakim.

Ketika mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan telah memutuskan untuk menubuhkan suruhanjaya diraja tersebut.

Abdullah berkata ketiga-tiga menteri yang dilantik Kabinet untuk meneliti dari segi perundangan laporan panel khas itu, akan membentangkan pandangan dan saranan mereka dalam mesyuarat jemaah menteri Rabu depan.


Tiga menteri berkenaan ialah Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.

Abdullah memberita pemberita demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Rais sebelum bahawa ada kemungkinan sebuah suruhanjaya diraja akan ditubuhkan dan Perdana Menteri akan mengumumkan jika ia diperlukan.
Sementara itu, Bernama melaporkan Abdullah berkata penubuhan suruhanjaya itu difikirkan wajar berdasarkan laporan panel khas yang menyiasat kesahihan klip video itu baru-baru ini.

Soal penubuhan suruhanjaya itu sesuatu yang diputuskan boleh kita (kerajaan) tubuhkan.

“Pada waktu ini cuma kita hendak tetapkan bidang tugasnya. Kita nak tetapkan apakah tugas yang akan ditentukan untuk suruhanjaya ini,” katanya

Sebelum itu Abdullah mengucapkan selamat jalan kepada Presiden Uruguay Dr Tabare Vasquez dan isterinya Maria Auxiliadora Delgado de Vasquez yang menamatkan lawatan dua harinya ke Malaysia.

Perdana Menteri berkata siapa yang akan menganggotai suruhanjaya diraja itu hanya akan ditentukan selepas bidang tugas suruhanjaya itu ditetapkan.

Panel bebas

Pada 27 September lalu, kerajaan menubuhkan satu panel khas yang dianggotai bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohd Noor selaku pengerusi, aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar.

Laporan penuh panel khas itu telah dilengkapkan pada 6 November lalu. Beberapa akhbar melaporkan hari ini bahawa, dalam laporan tersebut, ketiga-tiga anggota panel itu menyarankan penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat isu tersebut.

Pelbagai pihak menggesa penubuhan suruhanjaya diraja kerana ia mempunyai bidangkuasa yang luas untuk mengarahkan saksi tampil memberi keterangan serta memberi imuniti kepada pemberi sumber.
Klip video itu menunjukkan perbualan telefon peguam Datuk VK Lingam, didakwa dengan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, mengenai pelantikan hakim-hakim yang ‘sehaluan’.

Ahmad Fairuz, yang merupakan Hakim Besar Malaya ketika klip video itu dikatakan dirakam, telah menafikan sebarang pembabitannya, melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga halehwal perundangan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Perkhidmatan Ahmad Fairuz sebagai Ketua Hakim Negara berakhir hujung bulan lalu.

Pada 27 September lalu, kerajaan menubuhkan satu panel khas yang dianggotai bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohd Noor selaku pengerusi, aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar.

Laporan penuh panel khas itu telah dilengkapkan pada 6 November lalu. Beberapa akhbar melaporkan hari ini bahawa, dalam laporan tersebut, ketiga-tiga anggota panel itu menyarankan penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat isu tersebut.

Pemberi maklumat

Klip video selama lapan minit tersebut didedahkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar 19 September lalu. Menurutnya ianya adalah sebahagian daripada rakaman sepanjang 14 minit.

Menurutnya, baki klip video itu tidak dapat didedahkan lagi bagi melindungi identiti dua pemberi sumber tersebut.

Bekas timbalan perdana menteri itu juga menggedsa supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan dalam klip video itu.

Pada 22 Oktober, Anwar menerima notis dari Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang memberi tempoh tiga hari kepadanya untuk menyerahkan klip video asal.

Jika gagal mematuhi notis tersebut, yang dikeluarkan mengikut Akta Mencegah Rasuah 1997, Anwar boleh dihukum denda tidak melebihi RM10,000 atau hukuman dua tahun penjara.

Anwar kemudiannya memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah BPR itu di Bahagian Pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sebelum itu, notis yang sama telah diterima oleh Naib Presiden PKR, R Sivarasa dan pembantu Anwar – Sim Tze Tzin – yang mengarahkan mereka mendedahkan sumber maklumat tersebut.

Bagaimanapun, kedua-duanya enggan berbuat demikian kerana bimbangkan keselamatan sumber klip video tersebut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: