Markaz PAS jadi sasaran vandalisme BN

Oleh WanKay
buletinonline
MARANG; 15 Nov – Umno Terengganu kini berada dalam situasi yang tertekan sekali pun selepas parti itu mengadakan Simulasi Pilihan Raya ‘Olok-olok’

Ini kerana, masalah dalaman Umno yang semakin bercelaru terutama dalam Dewan Udangan Negeri (Dun) Alor Limbat yang diwakili oleh Alias Abdullah.

Pelbagai sebaran fitnah dilakukan bagi memburuk-burukkan PAS kini tidak lagi dipercayai oleh rakyat termasuk di kalangan penyokong yang bersimpati dengan parti itu sendiri.

Terbaru, beberapa buah markaz PAS dalam Dun Alor Limbat menjadi sasaran vandalisme yang dilakukan oleh pemuda Umno sehari selepas program simulasinya.

Antaranya, Markaz PAS Cawangan Kampung Baru dan Markaz PAS Cawangan Tanjung Ketom yang disimbah dengan cat serta dipotong kain rentang ceramah PAS.

Ketua PAS Cawangan Kampung Baru, Ustaz Harun Ibrahim, 56, melahirkan rasa dukacita serta kesal dengan tindakan UMNO/BN itu

Katanya, tindakan pihak Umno menyimbah serta menggunting kain rentang ceramah PAS adalah bersifat provokasi.

“Saya dukacita dengan tindakan Umno/BN yang sengaja cuba mencetuskan provokasi terhadap PAS.” “Saya bimbang berlaku sesuatu yang tidak diingini yang akan mencetuskan perbalahan yang lebih parah,” ujarnya.

Ketua PAS Cawangan Tanjung Ketom, Encik Zahid Muda, 55, mengingatkan agar Umno tidak berterusan melakukan provokasi terhadap PAS.

Menurutnya, perbuatan vandalisme yang dilakukan oleh Umno boleh mencetuskan ‘api’ perbalahan antara PAS dan Umno.

“Kita dapat tahu di kalangan pemimpin Umno setempat juga tidak bersetuju dengan satu pihak di kalangan mereka yang cuba bertindak ganas,” ujarnya.

Namun begitu, katanya jika mereka tidak mendapat ‘lampu hijau’ dari kalangan pimpinan Umno sendiri perkara itu tidak akan berlaku.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: