Naib Presiden MCA Tempelak SPR

gJOHOR BAHARU: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang beliau tahu mengenai tarkh pilihan raya akan datang kerana itu akan mengundang spekulasi, kata Naib Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini.

“Itu bukan tanggungjawab dia. Tanggungjawab dia adalah untuk memastikan jentera pilihan raya dan pentadbiran yang diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya itu berjalan lancar dan tidak dipertikaikan oleh sesiapa.

“Hanya Perdana Menteri mempunyai hak dan tanggungjawab untuk mengumumkan tarikh pilihan raya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Crisis Relief Squad Malaysia (CRSM) di sini.

Semalam Abdul Rashid berkata di Melaka bahawa beliau akan berbohong jika berkata beliau tidak tahu bila pilihan raya ke-12 akan diadakan. Beliau juga meminta semua pihak termasuk parti-parti politik agar bersedia kerana SPR tidak mahu sesiapa ketinggalan dalam membuat persediaan untuk menghadapi pilihan raya.

Chua yang juga Menteri Kesihatan berkata ekoran kenyataan Pengerusi SPR itu, pihaknya “berada dalam keadaan kelam-kabut” kerana menerima banyak panggilan telefon daripada orang ramai bertanyakan sama ada pilihan raya umum akan diadakan selepas Tahun Baru Cina atau sebelum perayaan itu.

Mengenai kes lengan bayi berusia tiga minggu, Lai Yok Shan, yang terpaksa dipotong akibat kesilapan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang Ogos lepas, beliau berkata, penasihat undang-undang Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan peguam keluarga bayi berkenaan tentang bayarannya.

“Terserah kepada ibu bapa bayi tersebut sama ada mahu menerima bayaran tersebut atau tidak,” katanya. BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: