Rakyat sudah dibiasakan dengan keganasan polis!

Oleh Abdul Halim Mohd Rashid

bBagai diduga, akhirnya berlaku. Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menuduh pembangkang mengheret raja-raja ke kancah politik, Naib Presiden PAS Haji Mohamad Sabu memberitahu saya, “kita kena bersedia”. Istana akan membuat kenyataan yang akan digunakan kerajaan, katanya.

Esok, sudah pasti akhbar-akhbar pro-Abdullah dan menantunya Khairy Jamaluddin akan berpesta sakan. Malam ini pun, media-media elektronik yang dipegang tengkuk dan jiwa mereka oleh kerajaan tiga beranak sudah bergencok ronggeng dengan kenyataan istana itu.

Kaki-kaki putar (spin doctors) yang menjadi kuli pecacai kerajaan tiga beranak pasti akan memutarkan kenyataan Yang di-Pertuan Agong itu. Tidak mustahil kerajaan tiga beranak akan menggunakan kenyataan itu untuk berdegil dengan ketidakadilan dan kekotoran perjalanan pilihan raya yang dibantah oleh rakyat yang berhimpun secara aman 10 November lalu.

Mereka akan melakukan apa sahaja untuk mematahkan usaha rakyat menamatkan era “Barisan Nasional boleh buat apa sahaja, kamu jangan marah, jangan bantah”. Jangan marah, jangan bantah mereka berkandang dan berkubang dalam perjalanan pilihan raya yang tidak adil dan kotor. Memang jenis suka berkubang dalam najis.

Media-media pro-kerajaan mungkin akan berparti sakan dan menari sampai pagi dengan kenyataan istana itu. Tetapi, bagi Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar yang menelefon saya tadi, apa yang penting ialah Yang di-Pertuan Agong tidak menolak atau mengecam kandungan memorandum yang dihantar kepada baginda oleh Bersih.

Sebelum kita menyaksikan pesta memanipulasikan kenyataan istana itu, elok kita baca dahulu pandangan Ahirudin Attan dalam postingnya bertajuk “Politics of the Palace”. Bagi mereka yang lebih senang membaca dalam Bahasa Melayu, saya telah alihbahasakan ikut cara bodo saya (dengan izin dan pembetulan dari Ahirudin sendiri – terima kasih daun keladi, bro!):

“Bacalah apa yang tersirat

“16/11 Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin expressed regret over claims that the Palace approved and supported Saturday’s rally (The Star SMS news alert)

“Terperanjat? Jangan, dan jangan pula tak lena tidur kerananya. Bersih tidak meminta Yang di-Pertuan Agong menyokong perarakan 10-Eleven. Apa yang kita harapkan ialah supaya istana memberi perhatian kepada rasa tidak puas hati kita. Dan mereka yang berarak telah menyatakan dengan jelas apabila mereka menuntut agar dibersihkan proses pilihan raya di dalam negara ini, BUKAN mengheret Agong di dalam pergelutan politik berparti.

“Bagaimanapun, jika anda memerhatikan apa yang berlaku, ia agak lucu. Kalau istana tidak menyokong perarakan itu [“Tuanku Mizan kesal dakwaan baginda sokong perhimpunan haram” – Bernama], sudah tentu tidak akan berlaku walau satu pun dari yang dinyatakan di bawah ini, seperti yang dinyatakan oleh Nuraina A. Samad dalam postingnya bertajuk “Titah Tuanku”:

“1. Istana akan memerintahkan penganjur supaya jangan melibatkannya dengan perarakan itu. 10-Eleven dirancang sejak dua bulan sebelum itu; istana mempunyai terlalu banyak masa untuk menyatakan pendiriannya kepada Bersih.

“2. Wakil istana tidak akan menerima wakil-wakil dan memorandum Bersih.

“3. Istana tidak akan menunggu sehingga enam hari untuk mengeluarkan kenyataan mengecam perarakan itu.

Seperti yang kita tahu, tidak berlaku walau satu pun dari yang disebutkan di atas.

“Bagi saya, kita telah melakukan apa yang patut kita lakukan dan Yang di-Pertuan Agong telah melaksanakan apa yang telah dilaksanakannya. 10-Eleven telah mencipta sejarah dan sejarah tidak mungkin diubah”.

Tidak ada apa-apa lagi yang perlu ditambah. Bagi saya, Ahirudin telah menyatakan semuanya.

Bagi saya, apa yang lebih penting untuk dilihat ialah reaksi polis. Adakah polis akan melihat kenyataan Yang di-Pertuan Agong itu sebagai tacit approval atau keizinan yang tidak diucapkan supaya mereka bertindak ganas ke atas rakyat yang berhimpun secara aman? 10 November lalu rakyat telah membuktikan mereka tidak gentar dengan pelbagai ugutan termasuk histeria Perdana Menteri yang begitu bagak dengan amaran “saya pantang dicabar”.

Tetapi, seperti yang dinyatakan oleh Mohamad Sabu, polis melakukan kesilapan besar kerana melakukan tindakan demi tindakan menakut-nakutkan rakyat dengan peluru hidup dan keganasan. Rakyat sudah tidak takut lagi walaupun peluru hidup telah mengganas!

Bukan rakyat Palestin yang dijajah sahaja yang sudah dibiasakan dengan peluru dan keganasan tentera Israel. Rakyat negara ini juga sudah dibiasakan dengan keganasan polis. Malah, menurut Mohamad Sabu, beliau bertemu sendiri dengan “pondan-pondan” yang turun berhimpun 10 November lalu dengan niat hendak menghabiskan usia mereka ketika menuntut keadilan.

“Tidak seperti “jantan-jantan” yang berlindung di bawah ketiak polis itu, ramai “pondan” yang mengidap pelbagai penyakit serius seperti sakit jantung memberitahu saya bahawa daripada mati di rumah lebih baik mati dalam perhimpunan aman itu jika polis mengganas atau menggunakan peluru hidup,” kata Pengerusi Perhimpunan Aman Rakyat Bersih itu.

Beliau mengingatkan mereka yang mengugut dengan keganasan bahawa orang yang bersedia untuk mati tidak takut apa-apa melainkan Tuhan dan mereka yang angkuh dan “perasan diri mereka jantan yang pantang dicabar” pula janganlah mengugut rakyat dan terlalu jakun dengan kuasa yang sementara dan boleh dimusnahkan Tuhan pada bila-bila masa.

Namun yang lebih penting lagi, jika polis merasakan mereka melakukan apa sahaja dengan cota, gas pemedih mata, meriam air dan peluru hidup, rakyat juga bersedia “menghabiskan usia mereka ketika menuntut keadilan”.

Sejarah berkali-kali membuktikan bahawa berani mati akan mengalahkan apa sahaja! (http://penarikbeca.blogspot.com/)

Satu Respons

  1. Aku dah cakap dah.. Agong mungkin tak peduli pun pasal rakyat. Siapa berani nak lawan PM dgn menantu beruk dia?
    Korang geng pas elok ajak semua org Islam pergi semayang dan jangan buat dosa. Pas tu doa banyak2.
    Tak payah lah nak mengharap pada Agong. Dia tu manusia saja.

    –Mengapa tidak mengharap pada Allah? Bukankah Allah boleh melakukan apa saja–

    sekian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: