BERSIH berjaya, tangan tangan kotot terhina

Oleh Rosli Allani®

 Sudah menjadi semacam kudis yang membusung penyakit berat sebelah yang dihadapi oleh media perdana bila membuat liputan peristiwa yang tidak memihak kepada UMNO dan kerajaan Barisan Nasional. Menyalahkan pihak wartawan dan media semata, yang terpaksa berbohong bila kaki dan tangan mereka diikat juga sesuatu yang tidak adil. Tangan tangan yang jahat menggantikan tangan mereka serta perbuatan yang menyebabkan mereka seperti dipasung amatlah tidak wajar serta mengharukan. Demi meneruskan pencarian rezeki dan mengharapkan bonus bonus yang terpaksa ditagih setelah perut mereka terikat dengan naiknya harga barangan keperluan harian, mereka meneruskan agenda pihak yang bukan setakat menguasai muka hadapan, bahkan muka belakang akhbar!

Dari Perhimpunan Agung UMNO ( PAU) yang seolah olah menjadi pentas menonjolkan kejaguhan perwakilan dengan skrip yang seakan semuanya telah bersusun dan tersusun, rakyat dihidangkan dengan liputan besar besaran yang tidak dinikmati oleh parti parti lain. Adilkah? Manakala pelengkapnya adalah ucapan yang dikatakan berapi api dan terbaik dari seorang Presiden, yang pada hakikatnya dikenali cukup lemah dan lesu dalam menjalankan tugasnya. Namun cubaan menutup kelemahan dengan ucapan “saya pantang dicabar’ nampaknya hanya memakan tuan. Sekali lagi beliau dimalukan dengan berjayanya penganjur perhimpunan BERSIH meneruskan program dengn aman. SYABAS!

Sebuah perhimpunan menuntut pilihanraya bersih hanya dinilai dengan surface value oleh beliau atas nasihat nasihat orang sekelilingnya. Islam dengan cermat sekali mengajar umatnya agar jangan melihat apa orang yang membawa tapi lihatlah apa yang dibawa. Pepatah inggeris, ‘dont judge the book by its cover’ juga tidak menjadi panduan beliau. Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas semua rakyat lupa bahawa tuntutan BERSIH adalah supaya kita semua melalui sebuah pilihanraya yang adil. Pihak yang menganjurkan himpunan BERSIH sedikitpun tidak menolak pilihanraya. Penolakan mesej perhimpunan dengan beralasan sedemikian hanya menyerlahkan lagi tahap dan mentaliti Pak Turut yang ada pada seorang Perdana Menteri.
Tidakkah rakyat Malaysia berasa malu mempunyai seorang Perdana Menteri sebegini? Masihkah ada harapan untuk negara maju dan membina peradaban yang boleh dibanggakan? Sanggahan seorang Menteri Penerangan yang berotakkan fahaman demokrasi sempit serta tidak memahami persoalan yang diajukan memburukkan lagi rupa kudis yang semakin bernanah. Siap yang patut gelakkan siapa? Ingatlah wahai Menteri Penerangan, kudis yang membusung akan pecah pada suatu hari nanti, kemualannya lebih dirasai kiranya semakin banyak ‘volume’ yang keluar, yang bercampur dengan darah busuk dari hasil yang kotor dan tidak suci.
Apa apa pun sekalung tahniah kepada semua yang menganjur dan menyertai himpunan 100 ribu rakyat menuntut hak mereka dan hak semua lapisan masyarakat. Ini termasuklah pihak yang diberi tanggungjawab menjaga keamanan serta pihak yang hanya melaporkan apa yang diarahkan mereka untuk melaporkan. Tahniah pada semua. Dengan sekatan, dengan laporan yang tidak ada adil sekalipun, bisa yang terasa oleh pihak yang membusungkan kudis itu turut dirasai oleh mereka sendiri.

Wassalam
Rosli Allani®

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: