Cakap-Cakap Politik, Terengganu Dapat MB Baru

Oleh: Mohd Shuhaimi Al-Maniri

 Minggu lepas ibukota, pusat gerakan politik nasional cukup meriah. Saya tidak melepaskan peluang untuk mengikuti kedua-dua peristiwa yang menarik ini. Ramai jugak jumpa kawan-kawan dan kenalan-kenalan lama.

Kali ini UMNO bersidang agak lewat, bermula pada Isnin, 5hb. November, 2007 dan berakhir pada Jumaat, 9hb. November, 2007. Disebabkan tahun ni, tak ada lagi siaran langsung di Astro, maka terpaksa lah pergi PWTC untuk mengikuti perkembangan politik UMNO.

Habis sahaja UMNO bersidang di PWTC, gerakan BERSIH yang turut dianggotai oleh PAS, PRK, DAP dan lain-lain NGO pula membuat perhimpunan 100 ribu rakyat menuntut pilihanraya yang adil dan bersih di dataran merdeka pada Sabtu, 10hb November.

Dalam sembang-sembang politik di coffee house dan kedai kopi di sekitar ibukota, pilihanraya terpaksa diadakan dalam jangkamasa terdekat ni. Semua berdebar-debar tunggu pengumuman PRU ke-12.

Ramai Menteri dan Menteri Besar digugurkan !

Beberapa orang anggota pemuda UMNO seronok bersembang dan begitu yakin ramai anggota kabinet pasca Tun Dr Mahathir akan digugurkan oleh Pak Lah dalam pilihanraya akan datang.

Beberapa orang pemimpin UMNO dan parti-parti komponen pun turut digugurkan dalam pilihanraya akan datang.

Mendahului senarai adalah Dr. Lim Kheng Yaik, bekas Presiden Gerakan yang mengumumkan tidak akan bertanding lagi. Dikalangan UMNO nama Aziz Samsudin begitu popular untuk digugurkan. Rafidah dan Samy Velu juga dikatakan sedang menghitung hari-hari terakhir kerana sudah terlalu lama dalam kabinet.

Cakap-cakap popular dikalangan pelobi-pelobi politik, Pak Lah dikatakan akan mengambil kesempatan pilihanraya kali ini untuk membentuk kabinetnya sendiri dan merasakan cukuplah tempoh transisi selama satu penggal bergantung kepada kabinet tinggalan Tun Dr Mahathir.

Selain itu beberapa orang Menteri Besar dan Ketua Menteri akan ditukarkan. Negeri Sembilan, Johor, Perlis, Melaka dan Terengganu dijangka akan mendapat Menteri Besar dan Ketua Menteri Baru.

Hanya Taib Mahmud sahaja yang selamat kerana DUN Sarawak yang tidak terlibat dalam pilihanraya kali ini. Menteri Besar dan Ketua Menteri lain belum tentu lagi. Pulau Pinang pun akan mendapat Ketua Menteri baru jika Koh Tsu Koon ditarik ke Pusat menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Dr. Lim Kheng Yaik. Kelantan pun akan turut mendapat Menteri Besar baru jika PAS ditumbangkan atau Nik Aziz tidak bertanding semula.

Dua Setpol Calon MB Terengganu ?

Cakap-cakap yang laris di coffee house dan kedai-kedai kopi berhubung dengan politik Terengganu sekarang adalah Terengganu akan mendapat Menteri Besar baru selepas pilihanraya umum akan datang. Jika tidak dari UMNO, mungkin rakyat Terengganu akan bagi pada PAS sekali lagi.

Diantara yang paling hangat dibualkan sekarang dikalangan orang-orang UMNO sekarang adalah Datuk Wan Farid Wan Saleh, Setiausaha Politik, Pak Lah di Kementerian Keselamatan Dlam Negeri disebut-sebut sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru jika UMNO/BN terus berkuasa di Terengganu selepas pilihanraya umum akan datang.

Rata-rata ahli UMNO mengatakan, Pak Lah tidak boleh mengekalkan Idris Jusoh sekali lagi dalam pilihanraya akan datang sepertimana Tun Dr. Mahathir mengekalkan Wan Mokhtar dalam pilihanraya umum ke-10 pada tahun 1999 yang lalu walaupun ramai orang UMNO telah minta beliau digantikan dengan muka baru.

Jika Pak lah terus berdegil dengan kehendak majoriti rakyat Terengganu selain dari Besut, maka UMNO akan ditumbangkan sekali lagi dalam pilihanraya akan datang bagi memberi laluan kepada sebuah kerajaan baru dibentuk.

Seorang wartawan bertanya kepada saya, jika PAS membentuk kerajaan siapakah akan menjadi Menteri Besar Terengganu. Saya jawab mudah tidak tahu, sebab saya tidak berada dalam lingkungan kepimpinan PAS Terengganu.

Wartawan itu terus mendesak. Dia kata, dulu sebelum tahun 1999 saudara boleh buat ramalan tentang kabinet PAS jika memerintah Terengganu. Tapi keadaan PAS sekarang dah tak sama macam dulu, kata saya.

Sebelum pilihanraya 1995, saya tetap meletakkan Haji Hadi Awang sebagai Menteri Besar walaupun yang menjadi Pesuruhjaya PAS Terengganu pada waktu itu adalah Haji Harun Taib.

Pada kali ini, saya rasa keaadan tidak sama lagi seperti keadaan sebelum tahun 2000 sebab Haji Hadi Awang telah menjadi Menteri Besar. Tidak menjadi kesalahan untuk beliau menjadi Menteri Besar Terengganu sekali lagi jika terus diberikan kepercayaan oleh parti yang dipimpinnya.

Satu lagi pihak yang lain yang terdiri dari sekumpulan pemimpin-pemimpin pelapis yang pernah menjadi wakil rakyat semasa kerajaan PAS dahulu dikatakan sedang mempromosikan nama Dr. Syed Azman, Setiausaha Politik Presiden PAS yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu sebagai Menteri Besar PAS yang baru.

Jika ini benar-benar berlaku, bermakna calon Menteri Besar Terengganu akan datang sama ada dari UMNO atau PAS adalah Setiausaha Politik kepada Presiden UMNO dan PAS.

Wan Farid diberitakan bertanding di DUN Ladang menggantikan Wan Hisham yang akan berpindah ke parlimen Kuala Terengganu. Manakala Dr.Syed Azman sam ada akan bertembung dengan Wan Farid di DUN Ladang atau diberikan kerusi DUN yang lebih selamat dalam parlimen K. Terengganu untuk ditandingi dalam pilihanraya umum akan datang.

Walaubagaimana pun Abdullah Ngah, orang kuat Urusetia Penerangan Kerajaan PAS Terengganu menulis dalam SIASAH menyebut, jika PAS berkuasa semula di Terengganu dalam pilihanraya akan datang, Haji Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu sekarang sebagai Menteri Besar baru.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: