Himpunan 100 Ribu Ummah – Syabas Pemuda

Oleh Nasrudin Hassan At Tantawi

 Tahniah ! Alfun Mabruk ! Jazakumullah Khairan Jaza’ ! itulah lafaz yang boleh saya utarakan kepada seluruh pemuda yang berjaya hadhir mem”bersih”kan kotaraya dengan komitmen dan dedikasi yang tinggi .

Syabas buat pemuda. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat sekali lagi mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan di atas komitmen tinggi yang telah ditunjukkan. Saya bangga dengan kesungguhan kalian termasuklah anggota AMAL yang gigih dan tekun bertugas sehingga mendapat pengiktirafan dunia dalam beberapa laman web mereka .

Kepada pemuda yang tidak berkesempatan untuk hadhir , janganlah berdukacita dan bermuram durja . Memanglah satu kerugian besar tidak menghadhirkan diri namun mungkin berikut keuzuran yang dihadapi oleh pemuda ( yang tidak dapat hadhir ) , insyaallah kalian boleh memberi komitmen di masa – masa akan datang . Pun begitu peluang seperti ini amat sukar untuk ditemui lagi .

Perjuangan Tidak Terhenti di sini .

Kepada pemuda – pemuda dan serikandi Islam yang telah mempamerkan komitmen mereka dalam menjayakan perhimpunan besar penuh sejarah ini , sangat diharapkan agar dapat mengekalkan prestasi yang sama malah terus dipertingkatkan dengan semangat waja berasaskan prinsip amal Islami untuk mendepani Pilihanraya Umum ke 12 kelak sekali gus memburu kemenangan buat Islam .

Langkah gagah pemuda selayaknya terus mantap untuk menghidupkan Jawatankuasa Pemuda Cawangan (JPC ) berasaskan UKJ . Serentak itu menggerakkan jentera pemuda disemua peringkat dengan penuh disiplin dan akhlak tinggi memancarkan seri PAS sebagai sebuah Gerakan Islam . Pemuda PAS Bukan Ganas .

Biarpun semangat berkobar dan darah muda pantas menyirap , kesabaran dan keluhuran akhlak terus membendungi peribadi pemuda kita.

Alhamdulillah dan sekali lagi syabas saya ucapkan buat semua. Himpunan dan perarakan 100 ribu ummah yang bolehlah saya katakan disini secara umumnya dijayakan oleh anak – anak muda bahkan remaja , mampu mengelak dari mencetuskan provokasi dan keganasan .

Semangat ini sewajarnya dipertahankan untuk memimpin pergerakkan pemuda dipelbagai peringkat parti menjalankan tanggungjawab perjuangan dan memakmurkan muka bumi Allah swt dengan pengabdian diri kepada Allah dan kebajikan yang tiada batas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: