“Inilah adalah demokrasi cara Malaysia”

Oleh Zulfikar Samsuri

a“This is democracy, Malaysian’s style. (Ini adalah demokrasi cara Malaysia)”

Kata-kata di atas adalah kata-kata yang keluar dari mulut seorang wartawan asing yang terkena tembakan meriam air dan percikan gas pemedih mata. Wartawan tersebut mencari berita untuk Al-Jazeera, sebuah media yang dikenali ramai akan ketelusannya menyebarkan berita-berita sensasi lagi berani. Media inilah yang bertanggung jawab menyiarkan footage-footage Usama bin Laden.

Dan pada satu masa dahulu media ini juga amat dipuji ketelusannya oleh pemerintah Malaysia dalam menyampaikan berita-berita berkenaan Islam. Seterusnya pihak pemerintah Malaysia juga mengizinkan pejabat Al-Jazeera Edisi English beroperasi di Malaysia.

Dengan membenarkan pejabat Al-Jazeera beroperasi di negara ini, pihak pemerintah mahu dunia melihat bahawa negara Malaysia adalah jagoan negara membangun yang membenarkan “ketelusan” beroperasi di Negara ini. Pemerintah juga mahu dunia melihat bahawa Malaysia adalah negara Islam yang terbuka lagi positif.

Tetapi situasi yang berlaku di negara ini, seperti yang dilaporkan oleh Al-Jazeera English Edition pada hari Sabtu yang baru lepas menunjukkan ketidak telusan pemerintah. Kejadian perhimpunan rakyat aman dan cara polis mengendalikan para demonstran amat memalukan.

nGelagat lucu Zam

Ini ditambah dengan gelagat “lucu” Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Seri Zainuddin Maidin atau panggilan mesranya ZAM. Jelas terpancar sikap Zam yang emosional; menjawab sementara wartawan sedang bercakap atau ingin menanyakan soalan tambahan. Amat memalukan.

Hamish MacDonald, wartawan dari Al-Jazeera itu secara tulus menyampaikan berita untuk tatapan jutaan penonton. Seperti Al-Jazeera suasana itu dikongsi bersama oeh BBC, CNN dan beberapa lagi agensi berita antara bangsa seperti AP, AFP, Reuters dan lain-lain lagi.

Jika Al-Jazeera mengelirukan rakyat, maka samalah juga keadaannya dengan BBC, CNN, AP, AFP, dan Reuters. Mungkin ada “konspirasi peringkat tertinggi”, untuk membunuh imej negara terutamanya parti pemerintah. Mungkin. Tak masuk akal.

Di sisi lain pula, media arus perdana seperti mahu bersekongkol dengan parti pemerintah; menutup apa sebenarnya yang terjadi Sabtu lepas. Jumlah yang menghadiri perhimpunan itu kata mereka 4 ribu lebih orang sahaja, sedangkan laporan dari akhbar-akhbar dari luar negara mengatakan menurut laporan polis seramai 30 000 orang dan menurut BERSIH pula 40 000 orang menghadiri perhimpunan raksasa itu.

Indeks kebebasan akhbar Malaysia mengecewakan

Betul kata Prof Dr. Hamdan Adnan, sikap ketidak telusan hanya akan menyebabkan masyarakat pembaca akhbar tidak akan membeli akhbar atau pergi ke sumber alternative lain. Seperti yang terjadi ketika pada zaman reformasi 1998. Kredibiliti akhbar dalam melaporkan hal sebenar diragui.

cDan situasi pada masa kini seakan membenarkan Indeks Kebebasan Akhbar RSF (Reporters Without Borders) yang meletakkan Malaysia di tangga ke 124 turun dari kedudukan tahun lepas iaitu di tangga 92. Tahap rating Malaysia amat mengecewakan jika mahu dibandingkan dengan beberapa buah lagi negara kecil dan miskin lain seperti Mongolia (74), Kemboja (85), Timor-Leste (94), dan Bhutan (116).

Apa yang terjadi Sabtu lepas, merupakan lubang kubur yang sudah siap digali, tinggal hendak memasukkan jenazah ke dalam kubur. Mahu dibawa beramai-ramai ke bawah, ke dalam kubur atau mahu sahaja jenazah menggolek-golekan diri, turun sendiri ke dalam kubur — namun ia pasti sukar dilakukan atau boleh sahaja tidak mungkin dilakukan.
Jangan pula jenazah itu demokrasi, demokrasi yang gagal untuk marak di rantau ini atau sahaja ke alam dunia membangun atau dunia ketiga.

Walaupun gagal untuk marak, namun ia tetap berkembang pesat; nyaris ada dunia siber ini. Pihak pemerintah mungkin boleh mengharamkan kritik kepadanya tetapi di dunia siber ini masalah jurisdiksi menjadi penghalang.

Dunia sekarang berteraskan demokrasi yang mementingkan hak asasi manusia, kebebasan akhbar dan lain-lain. Gelombang kuning Sabtu lepas mengisyaratkan kepada yang berkenaan bahawa demokrasi cuba untuk hidup di Malaysia; menggunakan talian hayat perhimpunan raksasa aman. Cuma persoalannya sekarang adakah demokrasi di Malaysia perlu satu lagi talian hayat selepas ini untuk menyelamatkannya dari terus mati dan terkubur. Mungkin.

Rujuk:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: