Malaysia masih waras? – Husam

Oleh Abd Halim Abd Rashid

aKUALA LUMPUR, 17 Nov (Hrkh) – “Malaysia masih waras?” Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa ketika mengulas beberapa gelagat para pemimpin kerajaan dan jenteranya kebelakangan ini.

“Menteri Besar Selangor memecah budaya Timur, Barat dan mana saja, tanpa segan, memalukan pegawai beliau sendiri dengan anugerah penyapunya,” katanya.

Menurut Husam, Menteri besar penuh kontroversi itu menyifatkan tindakannya menghadiahkan penyapu itu sebagai “tindakan mulia”.

“ZAM (Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin) bergaduh dengan Al Jazeera, seantero dunia boleh menilai kita jaguh atau apa.


“Keris tanpa sarung belum reda. Sekali untuk menikam lawan. Sekali untuk perpaduan. MIC lawan PPP,” katanya.

cMenteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Soi Lek pula, kata Husam, menyifatkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman pembohong.

“Berat tu,” kata Exco Kerajaan Kelantan itu.

Malaysiakini melaporkan, Chua menyifatkan Abdul Rashid sebagai pembohong kerana mendakwa mengetahui tarikh pilihan raya umum akan datang.

Beliau menekankan hanya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang tahu bila pilihan raya akan diadakan.

Chua menyifatkan Abdul Rashid mencari publisiti dan memberitahu wartawan supaya menuliskan apa yang beliau kata mengenai Pengerusi SPR itu.

bHusam juga membangkitkan sketsa kulit muka depan majalah berpengaruh Indonesia, Tempo.

Majalah Tempoh edisi Inggeris keluaran 23-29 Oktober dengan tajuk luar “Indonesia-Malaysia: Unneighborly Relations” melakarkan sketsa pemimpin Malaysia mendongak angkuh kepada pemimpin Indonesia.

“Jurulatih karate Indonesia dikarate polis Malaysia dan kita mulanya enggan meminta maaf. Isteri konsol Indonesia di Kuala Lumpur ditahan kerana pegawai RELA tidak kenal apa itu kad diplomatik,” kata Husam. “Pembantu rumah Indonesia dirogol dan dikurung. Banyak lagi termuat dalam Tempo yang menjadikan nama Malaysia busuk”.

“PR lebih penting dari advertising – tulis Al Ries dan Laura Ries dalam buku national bestsellernya – The Fall of Advertising and The Rise of PR.

“Dan lihat PR yang dijalankan oleh pemimpin BN kebelakangan ini,” katanya lagi.

Satu Respons

  1. Waras!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: