MINYAK NAIK :Media Pengampu Diguna Untuk Kelirukan Rakyat

Oleh pemudabukitkatil

bMedia pengampu dan penjilat BN akan terus diperkudakan dengan tidak bermaruah untuk menghalalkan apa juga tindakan dan peracangan kerajaan Islam Hadhari.

Walaupun tindakan dan perancangan kerajaan tersebut haram di sisi agama, salah dari segi undang-undang, tidak bermaruah dari segi akhlaq dan moral, bertentangan dengan demokrasi, namun disebabkan media berupaya mengubahnya menjadi kelihatan baik, maka rakyat tidak marah malah menyokongnya pula.

Inilah yang bakal dilakukan oleh media sekali lagi dalam isu kenaikan harga minyak yang bakal berlaku disebabkan kegagalan kerajaan untuk membantu rakyat dengan mengekal dan menambah subsidi untuk kesejahteraan rakyat.

Media tidak bermaruah ini akan mempropagandakan apa sahaja cara dan kaedah untuk mengubah ‘kepala hotak’ rakyat semua sentiasa menjadi ‘yes man’ dalam apa juga langkah yang kerajaan ambil. Rakyat akan menjadi ‘yes man’ sama seperti menteri-menteri BN yang sentiasa bersifat ‘yes man’ terhadap ketua mereka.

Walaupun kerajaan akan menzalimi rakyat dengan kenaikan harga minyak nanti, media ‘penjilat’ akan menggambarkan kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak oleh kerana harga minyak dunia meningkat. Media akan memperbesarkan jasa-jasa kerajaan selama ini telah berbelanja untuk memberi subsidi harga minyak kepada rakyat.

Selain media tidak bermaruah ini juga akan mewar-warkan bahawa harga minyak di Malaysia masih jauh lebih rendah dari Singapura, Thailand dan lain-lain. Malah akhir sekali media mungkin tidak segan-silu merayu rakyat supaya membantu kerajaan dalam menangani kenaikan harga minyak walaupun rakyat terpaksa membayar harga minyak dengan lebih, mungkin atas dasar patriotik dan sebagainya.

Walaupun dengan kenaikan harga minyak ini Petronas akan mendapat untung berlipat kali ganda, kerajaan begitu kedekut untuk membantu rakyat dengan duit untung Petronas ini. Kerajaan lebih rela membiarkan rakyat melarat asalkan Petronas dan syarikat-syarikat kroni mereka mendapat untung lebih besar.

Hari ini media ‘penjilat BN’ menyiarkan laporan bahawa Timbalan Menteri Penerangan, Zahid Hamidi (suatu ketika ‘penjilat’ Anwar) tanpa rasa malu dan segan berkata bahawa penjelasan tentang isu minyak akan disiarkan menerusi TV1 dan TV2 serta 32 stesen radio di peringkat negeri dan wilayah dengan menggunakan slot berita, Wawancara Bersama Menteri serta program hiburan dan drama.

‘‘Kementerian sudah mengenal pasti bahawa pembangkang akan menimbulkan isu ini untuk meraih undi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam di Wisma UMNO di Hutan Melintang malam tadi.

Katanya, parti pembangkang akan menggunakan isu harga minyak sebagai hujah untuk menyalahkan kerajaan kononnya gagal mengawal kenaikan harga barang dan kos perkhidmatan.

Beliau berkata, orang ramai perlu mendapat penjelasan yang cukup daripada pemimpin kerajaan melalui RTM bagi mengelakkan mereka terpengaruh dengan dakyah pembangkang.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Rancangan Forum Perdana setiap malam Jumaat mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton.

Menurutnya, melalui kajian badan bebas seperti Utusan Media mendapati antara 1.7 juta dan 2.5 juta penonton menonton rancangan itu.

Beliau berkata, penonton semakin ramai apabila RTM menyediakan tajuk menarik dan ahli panel popular, malah ada sesetengah pihak meminta RTM mengulang siarannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: