PM Masih Berdalih!

Oleh DrFikrah

 Semakin hari, pimpinan UMNO semakin menghadapi tekanan emosi dan perasaan sehinggakan terpaul perkataan-perkataan yang mengaibkan sebagai seorang kepimpinan. Ke manakah hilangnya kredebeliti mereka sebagai seorang pimpinan? Pekung di dada sudah terbuka, segala kesalahan, jenayah, penipuan dan sebagainya, semuanya sudah terdedah di hadapan mata masyarakat. Mana tidaknya? Berani buat salah, berani tanggunglah.

Taktik kotor yang masih diamalkan sehingga ke hari ini, walaupun ia sudah lapuk dan tidak sesuai digunakan untuk masyarakat yang tidak boleh diperbodohkan begitu sahaja, Water Cannon, Media, FRU, Hantu dan banyak lagi. semuanya terdedah, sehinggakan mereka meracau tak tentu pasal. Setiap hari, ada sahaja ulasan pimpinan mereka yang langsung tidak berkaitan dengan fakta dan sifat professional dalam menghadapi masalah.

Kenyataan PM di dalam akhbar Berita Harian (alat provokasi) 12 November 2007, menampakkan lagi bahawa mereka semakin menghadapi tekanan dan cuba menyelesaikan masalah ini dengan memperalatkan media, juga merupakan taktik lama. Masyarakat sudah mulai berpandangan seorang terhadap Berita Harian, kerana banyak berita yang diseleweng terang-terangan.

Heret Yang di-Pertuan Agong ke Kancah Politik?

Walaupun kenyataan PM ini telah dibidas oleh PAS sendiri di dalam Harakahdaily, namun saya masih tergerak untuk menambah bidasan tersebut kerana ia merupakan sebuah kenyataan yang sememangnya tidak patut terpacul dari pimpinan. Buatkan sendiri perbandingan yang sesuai berdasarkan akal anda dan pastikan ia tidak dipandu oleh nafsu serakah.

Heret?

Adakah Yang di-Pertuan Agong diHERET? istilah yang digunakan seolah-olah meletakkan beliau ke darjat yang rendah? Bukankah ini merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong sendiri? Adakah menghantar memorandum, boleh dikatakan sebagai mengHERET? Teruknya istilah Bahasa Melayu yang digunakan?

Bukankah ini menampakkan lagi bahawa sebuah lidah rasmi kerajaan cuba mem”perkasa”kan ayat yang digunakan oleh PM, atau PM sendiri yang menggunakan perkataan tersebut untuk merendahkan kedudukan Raja?

Sebelum ini, sibuk sangat dengan isu Malaysiakini yang menghina kedudukan Raja walaupun istilah mengHINA tersebut hanyalah tokoktambah media, namun hari ini sama sahaja yang dilakukan oleh PM dan Berita Harian sendiri. Akhbar tersebut menyatakan lagi dengan dalilnya yang berbunyi …

Diminta mengulas sama ada tindakan parti pembangkang mencemar kedaulatan institusi beraja dengan mengheretnya ke kancah politik, Abdullah berkata: “Tentu sekali… apabila bertindak begitu, mereka cuba mengheret atau memerangkap Yang di-Pertuan Agong dengan politik mereka”.

Semua masyarakat Malaysia bukanlah terdiri dari kalangan orang yang masih di sekolah rendah. Berapa ramaikah doktor dan professor di Malaysia ini. Adakah mereka cuba membudaksekolahkah mereka ini sepertimana yang dilakukan terhadap mahasiswa universiti dengan pelbagai cubaan yang langsung tidak masuk akal?

100 000 atau 4000, 245 orang yang ditahan?

Sebuah lagi kesilapan yang disengajakan. Bilangan yang begitu jauh berbeza. Anda sendiri boleh lihat semasa perhimpunan tersebut, banyak gambar dan video yang telah ditangkap dan boleh didapati di dalam Youtube, Harakahdaily dan banyak lagi blog-blog yang memaparkan situasi tersebut.

Media yang cuba membuat jenayah penipuan ini sememangnya semakin diragui dan tidak layak dijadikan bahan bacaan walaupun kepada kanak-kanak kerana ia cuba mengajar manusia menipu dan menyeleweng.

Penahanan hanya dilakukan terhadap 40 orang sahaja, kenapa ditambah sehingga 245 orang? PM sibuk mengatakan bahawa perhimpunan ini hanyalah gimik sedangkan mereka sendiri cuba membuat gimik kepada masyarakat. Semua orang tahu, tak perlu ditulis lebih panjang lagi.

RTM terkantoi!

“RTM minta kami sebut Himpunan 10 November ganggu peniaga”

ALOR STAR, 12 Nov (Hrkh) – “Ada empat orang lelaki yang mengaku mereka dari RTM datang kepada kami dan minta kami sebut bahawa Himpunan 10 November di Kuala Lumpur telah menimbulkan gangguan kepada peniaga dan semua orang takut bila ada himpunan seperti itu,” demikian pengakuan Saw Lean Kiaw dari Alor Star.

atanya, sekumpulan empat lelaki tersebut datang di tempat kerjanya di sebuah bangunan berdekatan sebuah IPTS di Jalan Langgar, dekat sini pada waktu tengahari (11 November) dan dilihat hanya memilih orang awam bukan Melayu untuk ditemuramah.

“Saya dan beberapa rakan dari kaum Cina tidak mahu ikut cakap mereka, kalau dia nak minta kami ulas tentang himpunan itu kami mahu, tetapi mereka ‘ajar’ untuk kutuk himpunan rakyat tersebut, kalau keluar TV bermakna ia bukan komen kami yang sebenarnya,” sambung Kiaw.
Kesimpulan

Kalau hendak dinyatakan semua, sudah pasti termuntah mereka yang membaca, terlalu teruk untuk dibandingkan dengan akal. Masyarakat Malaysia bukannya bodoh dan tak reti untuk membuat erbandingan baik dan buruk. Pandulah akal dengan al Quran dan as Sunnah, bukannya perasaan yang akan berubah-ubah.

Nantikan, esok dan hari-hari mendatang, sudah pasti mereka masih berdalih dengan kata-kata lapuk yang hanya boleh dikencing kepada mereka yang bodoh dan gilakan duit mereka sahaja.

http://drfikrah.blogspot.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: