Rumah Anggota Jabatan Amal Pahang Terbakar

gKuantan (Jumaat) 16hb November 2007 – Satu Kebakaran telah berlaku di Kampung Belukar Batu 3 1/2 Jalan Gambang, Kuantan Pahang melibatkan sebuah rumah yang disewa oleh seorang anggota Unit Amal kawasan Kuantan, Pahang musnah.

Menurut maklumat dari mangsa kebakaran Sdr. Roslan b Hj . Mohamad, kebakaran berlaku pada jam 3.30 petang sewaktu beliau berada diluar rumah. Semasa kejadian isteri beliau bersama 6 orang anaknya yang berada dalam rumah sempat menyelamatkan diri manakala 2 orang lagi anak beliau sedang berada di sekolah sesi petang. Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Beliau sekeluarga tinggal sehelai sepinggang kerana kebakaran yang mengambil masa sekitar 20 minit telah menyebabkan segala harta benda beliau tidak dapat diselamatkan. Anggaran kerugian beliau adalah sebanyak RM 50,000.00 termasuk tempahan perabut yang baru siap. Selain daripada menjual ikan serta membuat perabut secara kecil-kecilan beliau juga merupakan Siak di Masjid Al-Fatah Batu 3 Kuantan.

uEkoran kejadian yang menimpa Sdr Roslan itu, beberapa anggota Unit Amal Pahang yang diketuai pengarahnya Ustaz Rosli Abd Jabar telah bergegas melawat mangsa dirumahnya yang terbakar itu sambil menghulurkan sumbangan pendahuluan bagi meringgankan beban yang ditanggung mangsa. Menurut Sdr Roslan, beliau terpaksa menyewa rumah tersebut sementara menunggu rumah kepunyaan beliau sendiri yang masih dalam pembinaaan yang mana hampir 60% rumah kepunyaan beliau telah pun siap.

Bagi meringankan beban mangsa, Unit Amal Pahang memohon jasa baik kepada para dermawan agar dapat menghulurkan sumbangan kepada mangsa dan keluarga. Segala sumbangan bolehlah di salurkan kepada Unit Amal Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang – No Akaun Bank Islam Malaysia Berhad (06019010070049).

Sumbangan hendaklah dimaklum kepada Sdr. Johari b Abdul Wahid selaku Setiausaha Unit Amal Pahang di talian 013-9844767.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: