Suruhanjaya Diraja siasat kes video klip

Oleh Al-Husseyn

aNampaknya kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi tiada pilihan lain melainkan terpaksa juga menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes klip video “Lingam” yang dikatakan mengandungi perbualan telefon antara seorang peguam terkemuka dan seorang yang dikatakan hakim kanan bagi mengatur pelantikan hakim. Lihat laporan di sini.

Kita lihatlah nanti siapakah yang akan dilantik menganggotai Suruhanjaya Diraja tersebut. Sudah tentu Abdullah telah ada rancangan tertentu setelah hampir 2 bulan isu ini mula timbul.

Kita doakan agar Duli Tuanku Yang Dipertuan Agong akan meneliti dengan sebaik-baiknya nama-nama mereka yang akan dicadangkan oleh PM Abdullah untuk menduduki Suruhanjaya tersebut.

Kita percaya dan bergantung harap terhadap apa yang pernah Baginda Raja Muda Perak,Raja Nazrin dalam titahnya :

“Untuk memastikan monarki di Malaysia terus berfungsi dengan berkesan sebagai satu daripada cabang utama negara, tempat masyarakat berlegar, ia mesti kekal segar dan penting dengan memenuhi peranan yang diharapkan.”

“Fakta yang sering terlepas pandang dan kurang dihargai ialah monarki di Malaysia sewajarnya memainkan peranan produktif dengan menjadi penyemak dan pengimbang sihat dalam sistem tadbir urus,” titah baginda.

Raja Nazrin menambah, “Perlembagaan Persekutuan memberi mandat kepada monarki menjadi pelindung perjalanan undang-undang yang adil, penimbang tara saksama dalam proses demokrasi dan penyelia tunggak negara.”

Lihat di sini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: