Usah Cela rakyat Bertemu Yang Di Pertuan Agong !!

Oleh Nasrudin Hassan At Tantawi

 Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tindakan pembangkang menyerahkan memorandum berhubung dengan beberapa tuntutan mengenai proses pilihan raya di Malaysia kepada Istana Negara sebagai cubaan mengheret institusi raja terutama Yang di-Pertuan Agong ke dalam kancah politik.

Alangkah malang sekali rakyat Malaysia yang cuba dijahilkan oleh Perdana Menteri sendiri berkenaan system negara berpelembagaan dengan kenyataan simplistik beliau hari ini.

Ketika diminta mengulas sama ada tindakan pemimpin pembangkang itu adalah cubaan mengheret institusi raja ke dalam politik, Abdullah berkata:

“Tentu sekalilah. Apabila mereka bertindak begitu, mereka cuba mengheret raja dan Yang di-Pertuan Agong atau memerangkap (Yang di-Pertuan) Agong dalam politik mereka.”

Rakyat Malaysia disajikan dengan pendidikan kenegaraan sejak zaman persekolahan rendah sehinggalah ke peringkat menara gading. Tidak cukup dengan itu program BTN dan PLKN pula sebagai medan untuk rakyat faham bahawa negara ini mempunyai yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Negara yang melebihi peringkat ketua kerajaan (Perdana Menteri).

Umum juga mengetahui peranan Yang Dipertuan Agong sebagai tiang seri utama negara dan sebagai tempat pengaduan terakhir bagi segala permasalahan termasuk pengampunan jenayah berbahaya sekalipun. Jika jenayah boleh berhubung dengan Yang Di Pertuan Agong, mengapa pula isu Pilihanraya dan penyelewengan SPR tidak boleh diadukan. Peranan institusi istana adalah sebagai penimbang tara kepada kegoyangan dan ketidakseimbangan politik negara. Mengadu dan memohon istana untuk peka dengan isu marhain bukanlah bermakna mempolitikkan istana. Rakyat juga melihat sendiri begitu ramai kerabat diraja yang bermain politik. Adakah itu bermaksud mempolitikkan institusi istana?

Selepas pengaduan dan memorandum beberapa kali saban tahun kepada Suruhanjaya Hak Asasi tidak menampakkan kecerahan daripada mendung penyelewengan dan kezaliman, bantahan kepada SPR juga beberapa kali te;ah dibuat. Jalan-jalan rasmi sebegini telah acap kali dilakukan secara berprotokol. Tetapi semua mengetahui tahap demokrasi negara ini adalah antara yang terburuk. Lihat sahaja di Britain dan Amerika Syarikat, dimana perpindahan kuasa politik bukan pencetus huru-hara dan tidak dipolemikkan secara murahan. Politik ala-monopoli UMNO dan BN adalah politik ala hutan yang dicipta oleh para ideologis melayu yang diketuai oleh UMNO.

Dalam siri-siri BTN dan PLKN, rakyat ditakutkan dengan kemusnahan, huru-hara dan kemelesetan sosial dan ekonomi jika pembangkang hari ini memegang tampuk pemerintahan. Kes 13 Mei dijadikan contoh lapuk oleh mereka tanpa mereka sedarkan kelemahan UMNO dibawah pimpinan Tunku lah yang menyebabkan perbezaan ekonomi dan taraf sosial yang menyebabkan huru-hara dan bukannya disebabkan demokrasi atau pembangkang.

DPPP memandang kenyataan Perdana Menteri hari ini adalah sebagai kenyataan yang cuba memperbodoh atau menjahilkan lagi pemikiran rakyat dengan dogma picisan. Memandang usaha rakyat bertemu Yang Dipertuan Agong adalah suatu sikap yang membuka topeng UMNO bahawa mereka tidak yakin dengan kuasa institusi istana sebagai penimbangtara negara demokrasi raja berpelembagaan dan sikap ingin membolot kesemua kuasa yang ada.

Haji Nasrudin Hassan At Tantawi
Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: