Bersukan sambil berbogel

Oleh Drfikrah

 “Pelik dan jelik” itulah ungkapan yang mampu terungkap dari bibir ini sehinggakan hati ini tergerak untuk menulis di dalam blogku ini. Terkejut juga, apabila mata ini terlihat betapa selambanya mereka berkeadaan demikian, tanpa rasa malu dan ingin mencover. Mungkin sifat rasa malu sudah hilang akibat terlalu biasa dengan berpakaian sedemikian.

Sekiranya sudah setiap hari begitu, apa hairannya sehinggakan DATUK yang memberi kata-kata semangat, semakin bersemangat dengan atlit-atlit yang begitu. Mungkin juga, seorang General berbangga apabila melaungkan kata-kata semangat kepada batalionnya yang lengkap dengan uniform dan senjata.

Tetapi, apa yang disaksikan oleh semua orang ini, mungkin juga ada persamaan. Dengan berpakaian uniform sedemikian, macam-macam semangat boleh timbul secara tiba-tiba. Belum lagi hakim yang mengadili pertandingan tersebut, mungkin lebih menyukai sekiranya dia terus dilantik dan dipilih menjadi hakim.


Inilah kata-kata mereka yang masih mampu memikirkan bogel ini sebagai satu perbuatan yang positif. Apakah bezanya dengan hanya bercoli dan sang lelaki hanya berseluar dalam? Hanya sekadar menutup “benda” itu, sudah mampu dan layak dijadikan dan dianggap sebagai uniform lengkap? Sama sahaja dengan melihat si seksi di Lorong Haji Taib, mungkin mereka lebih sesuai kerana tidak hanya meninggalkan bikini sahaja.

————- Berita Harian 14 November 2007 —————–
.
‘Tiada tempat dalam kontinjen negara buat atlit yang berfikiran negatif’

KONTINJEN negara ke Sukan Sea XXIV perlu berfikiran positif dan yakin dapat meraih kemenangan, bukannya mentaliti negatif hingga awal-awal sudah mengaku kalah sebelum kaki menjejak ke medan pertarungan.

Chef-de-mission, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata berfikiran negatif bukan pendekatan yang harus dibawa ke Korat dan tiada tempat bagi atlit yang mempunyai pandangan sedemikian dalam skuad kontinjen negara ke Sukan Sea.

Bagi Zainal, jika atlit atau persatuan sukan berasakan mereka tidak dapat memenuhi tuntutan untuk meraih pingat dan tidak mampu untuk bersaing pada Sukan Sea, adalah lebih baik mereka ini mengundurkan diri dan mempersiapkan diri dengan lebih baik untuk menghadapi temasya dua tahun akan datang.
“Perasaan negatif seharusnya tiada dalam minda setiap atlit atau pasukan kebangsaan, malah jika mereka ini mempunyai pandangan sedemikian, maka tempat mereka bukan dalam kontinjen Malaysia,” kata Zainal selepas melawat persiapan skuad renang di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, semalam.

“Atlit dan persatuan sukan mesti sentiasa positif dan jangan mengaku kalah sekalipun lawan mungkin handal. Apa yang penting ialah mereka berusaha sedaya upaya untuk mempertingkat persembahan.

“Ini belum menjejakkan kaki ke Korat sudah menyatakan tidak boleh menang, seolah-olah awal-awal lagi sudah mengaku kalah. Ini pendekatan yang kita tidak mahu dalam kontinjen Malaysia.

“Jika ada atlit atau persatuan sukan yang menyatakan mereka belum bersedia untuk menghadapi Sukan Sea atau mencabar untuk pingat utama, maka saya nasihatkan mereka supaya mengikut jejak langkah pasukan bola tampar yang menarik diri daripada Sukan Sea kali ini,” kata Zainal.

Skuad bola tampar walaupun diberikan kebenaran untuk mengambil bahagian pada temasya kali ini, memutuskan menarik diri kerana menerima hakikat mereka tidak mempunyai pasukan handal dan belum bersedia mencabar pingat sebaliknya menumpukan kepada persiapan temasya 2009 di Kemboja.

Peringatan Zainal itu tepat pada masanya dengan Sukan Sea Korat bermula kurang daripada sebulan, kerana ada atlit dan persatuan awal-awal mengambil langkah selamat dengan mengumumkan mereka belum bersedia.

Tindakan mereka ini boleh dirumuskan sebagai langkah awal memberikan alasan jika mereka gagal beraksi cemerlang di Korat.

“Jika gagal memikul cabaran ini, maka ia pasti mengecewakan peminat yang mengharapkan kejayaan mereka,” kata Zainal. “Sepatutnya mereka menjadikan kejohanan ini satu penilaian kepada tahap di peringkat Asia Tenggara.

“Saya sangat berharap tidak ada atlit dan persatuan yang mempunyai mentaliti negatif seperti ini.”
————————— Ulasanku —————————-
Ingin melihat perempuan atau lelaki seksi, semuanya telah disediakan dengan menggunakan autoriti kononnya sedangkan ia merupakan satu keaiban yang sangat besar bagi mereka yang berpakaian sedemikian. Lihatlah perancangan Yahudi ingin merosakkan manusia seluruh dunia, dengan berjaya menguasai SPORT, semuanya terpaksa dan dipaksa atau sengaja memaksa diri untuk membuntuti peraturan mereka meskipun ia menjatuhkan maruah diri sendiri.
Sama sahaja dengan sukan-sukan yang lain, olahraga, gimnastik, akua dan banyak lagi. Semuanya disyaratkan berpakaian seksi sedemikian, termasuklah Malaysia yang kononnya gah dengan Islamnya. Siapakah yang sanggup berpakaian sedemikian dan ditayang-tayang pula kepada seluruh dunia.

Cukup memalukan! Boleh pula seorang DATUK dengan bangganya memberi kata-kata semangat. Siapakah yang bersemangat sebenarnya? Cukup dengan menggunakan logik, semuanya tidak sanggup menerima keaiban sebegitu.

Lebih malang lagi, uniform pelik ini semakin ditiru di kebanyakan swimming pool di Malaysia secara automatiknya. Semuanya menganggap ianya sebagai satu standard sedangkan orang yang tak bertamadun sahaja yang sanggup menyetandardkan pakaian tersebut. Cukuplah dengan masalah VCD dan web lucah, serta kes-kes rogol di merata tempat.

Sibuk dengan mengecam perbuatan merogol, tetapi ianya semakin digalakkan. Adakah anda sendiri tiada nafsu sekiranya melihat pemakaian sebegitu? Fikirkan sendiri, semua sudah menyedari tentangnya. Apakah dengan percampuran lelaki dan perempuan dengan hanya berspender tidak rasa langsung perkara-perkara “pelik”?

Fikirkan… Semoga kita diperlihara daripada gejala-gejala ini.

http://drfikrah.blogspot.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: