Biarkan Puak-Puak UMNO/BN Gentar Terkena Wabak “Demam Kuning”!!

Oleh : cucumatkilau

 Biarpun sudah hampir seminggu Perhimpunan Aman Bersih berlalu. Namun saban hari kita disajikan dengan berbagai berita yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan terutamanya para pencacai UMNO/BN. Lihat sahaja apa yang berlaku di Dewan Rakyat baru-baru ini, dengan angkuh dan sombongnya ahli parlimen BN mengutuk serta memperli parti pembangkang yang kononnya menjadi dalang perhimpunan yang dikatakan haram itu. Berbagai kenyataan yang dibuat kononnya penganjur Bersih dan parti pembangkang dinegara ini bersekongkol melibatkan istana dalam soal politik.

Tidak kurang juga yang melatah, mungkin agak terkejut dengan bilangan kehadiran peserta yang menjangkau 100,000 orang itu mengatakan kehadiran peserta hanyalah sekadar 4000 orang sahaja. Apa yang agak menghairankan ialah kenyataan ini dinyatakan berulang kali oleh Menteri Penerangan UMNO sendiri iaitu Zainuddin Maidin. Beliau berulang kali tidak bersetuju dan berpuas hati dengan kehadiran peserta perhimpunan yang mencecah 100,000 itu. Baginya itu hanyalah khayalan parti pembangkang di negara ini. Bagi Nazri Aziz pula, beliau sekali lagi menghentam mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya perhimpunan tersebut bagi menaikkan kembali imej serta populariti Anwar yang dikatakan semakin merundum. Bahkah, Nazri dengan bangganya berkata jika benar kehadiran peserta sebanyak itu maka beliau boleh mengadakan perhimpunan yang lebih besar kehadirannya. Soalnya, untuk apa semua itu? Menteri-menteri UMNO yang semakain jahil tentang angka kini semakin tertekan. Masing-masing ingin menunjukkan kejantanan mereka agar terus terpilih menjadi calon dalam pilihanraya umum akan datang. Justeru itu, mereka mengeluarkan kenyataan mengikut sedap mulut semata-mata.


Apa yang lebih melucukan ialah kenyataan Pak Lah dan Najib sendiri bahawa perhimpunan Bersih bermula di Dataran Merdeka. Walhal, perhimpunan tersebut telah diubah ke empat lokasi yang berlainan dengan hasrat yang sama iaitu menyampaikan memorandum rakyat ke Istana Negara. Mungkin agaknya Pak Lah dan Najib bermimpi disiang hari agaknya. Atau mungkin juga Pak Lah tersentak, rakyat sedikit pun tidak takut dan tercabar dengan laungan keramatnya supaya rakyat tidak mencabar kewibawaan beliau. Bagi Najib pula, kononnya perhimpunan tersebut menjatuhkan imej negara serta menyebababkan ekonomi para peniaga di kawasan terbabit terjejas. Walhal, jelas kita dapat melihat para peniaga berjaya meraih keuntungan yang cukup lumayan pada hari tersebut. Bahkan, ada sesetengah peniagaan baju hujan berjaya menjual barangan mereka “Sold-Out” dari harga RM2 hinggalah ke RM5. Ini belum termasuk lagi peniaga-peniaga jalanan yang menjual makanan ringan dan air minuman serta restoran-restoran mamak yang berdekatan dengan lokasi terbabit. Semuanya difahamkan mendapat keutungan yang berlipat ganda kerana kebanjiran peserta “Gelombang Kuning” yang sungguh luar biasa pada har tersebut.

Kenyataan Najib pula kononnya, perhimpunan Bersih menjejaskan maruah negara sungguh melucukan. Sebenarnya kes Altantunya yang dikatakan melibatkan beliau adalah lebih memalukan negara daripada perhimpunan aman tersebut. Bagi mereka, apa sahaja program yang melibatkan parti pembangkang pasti dikira menjejaskan dan merosakkan nama negara. Kononnya perhimpunan haram bukanlah budaya masyarakat kita. Berhimpun juga bukan budaya kita. Tetapi jika berhimpun untuk acara hiburan seperti konsert dan sebagainya itu tidak mengapa kerana itulah budaya kita. Walhal, dalam setiap kali program hiburan disana sini pasti akan kita dengar berlaku berbagai masalah gejala sosial yang begitu merunsingkan. Perhimpunan seperti Jom Heboh serta lain-lain karnival hiburan dilihat oleh pemimpin UMNO sebagai budaya masyarakat Malaysia.

Justeru itulah, setiap kali artis antarabangsa dari barat ingin mengadakan pertunjukkan di negara kita lebih mudah mendapat permit daripada perhimpunan yang melibatkan ceramah dan forum agama yang melibatkan parti pembangkang di negara ini. Bukankah ini jelas sekali bertentangan dengan amalam demokrasi yang dilaung-laungkan selama ini. Justeru itulah rakyat menuntut hak mereka. Maka itu perhimpunan aman terpaksa dijalankan juga demi mempertahankan kedaulatan undang-undang negara yang terus tercalar dan tercabar selama ini.

Bukti jelas, yang perhimpunan aman Bersih tidak pun menimbulkan huru-hara sebenarnya. Hanya diketika pihak polis dan FRU mula bertindak menyembur “water canon” dan gas pemedih mata serta mengejar dan memukul peserta barulah keadaan huru-hara berlaku. Itu pun masih terkawal. Hanya terdapat segelintir pihak sahaja yang terlibat. Mungkin juga mereka yang mencetuskan huru-hara itu adalah budak-budak suruhan UMNO yang sering diupah untuk menimbulkan provokasi dalam setiap kali program yang dianjurkan oleh parti pembankang di negara ini. Kenyataan Ketua Polis Negara yang juga merupakan anak kepada tokoh agama tersohor di negara kita, Musa Hassan pula menjelaskan pihak polis amat kecewa dengan sikap peserta perhimpunan haram yang memperalatkan kanak-kanak sebagai benteng bagi menghalang pihak berkuasa bertindak tegas pada hari tersebut. Sememangnya alasan dangkal inilah yang dihujjahkan oleh mereka yang tidak faham erti demokrasi agaknya.

Bagi mereka, hanya perhimpunan anjuran kerajaan BN dan UMNO sahaja yang selamat untuk dikunjungi dan dipantau oleh pihak polis. Sebaliknya setiap kali program yang dianjurkan oleh parti pembangkang mereka bukan sahaja gagal mengeluarkan permit malahan juga turut ditugaskan menganggu kelancaran program terbabit. Inilah fenomena yang berlaku dalam negara kita. Pihak polis bukan lagi menjadi pelindung dan penyelamat rakyat dari anasir subversif. Sebaliknya mereka hanya menjaga kepentingan politik pihak-pihak tertentu semata-mata. Maka, kita tidak hairan jumlah kes jenayah di negara kita semakin meningkat dari masa ke semasa. Ini kerana pihak polis lebih minat berpolitik dari memerangi jenayah yang berlaku di depan mata.
Lihat sahaja kes-kes berat yang berlaku didepan mata kita seperti kes Altantunya, Kes Nurin Jazlin, Kes Norrita serta banyak lagi kes-kes jenayah berat yang berlaku namun hingga ke hari ini tuduhan masih tidak dapat dibuktikan. Sebaliknya suspek akhirnya terlepas daripada hukuman. Dalam kes Noritta misalnya, apakah logik mahkamah melepaskan Haneef Basri dan pihak polis pula gagal mencari siapa pembunuh sebenar Noritta. Kenyataan yang dikeluarkan hanya terdapat dua lembaga yang tidak dikenali membunuh. Siapa lembaga itu hingga ke hari ini edisi siasat pun masih belum dapat membongkarnya. Kes pita video Lingam, yang menyaksikan Majlis Peguam berarak ke Putrajaya juga dilihat sebagai satu petanda yang betapa tercalarnya isntitusi kehakiman di negara ini. Sebaliknya bila ditubuhkan panel siatan bebas, seorang saksi pun tidak dipanggil untuk memberi keterangan. Apa yang mereka cari ialah siapa yang telah merakamkan klip video tersebut yang mana akhirnya Anwar pula yang ingin didakwa oleh BPR atas kesalahan gagal menyerahkan bahan kes atau bukti kes terbabit. Walhal Anwar telah menyerahkan sebahagian klik video tersebut. Macam-macam alasan pula yang diberikan bertujuan untuk menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu yang dinyatakan secara jelas dalam klip terbabit.

Ada pihak yang secara sinis mengatakan, klip video tersebutlah antara punca Tun Mahathir bekas perdana menteri termasuk dimasukkan ke IJN. Beliau kemudia terpaksa berada lama disana serta direhatkan. Tiada siapa dibenarkan berjumpa dengan Tun, kononnya bagi menjaga kestabilan kesihatannya agar kembali normal seperti sedia kala. Tapi besar kemungkinan juga Tun Mahathir sebenarnya terkejut mendapat berita klikp video berkenaan tersebar luar. Bahkan kini menjadi kes berprofail tinggi yang sedang disiasat. Soalnya, kenapa dalam klik tersebut nama Tun Mahathir dilihat begitu popular sekali. Apakah ianya juga ada kaitan dengan kes menentukan perlantikan Ketua Hakim Negara itu.

KIta juga amat tertarik dengan kenyataan beberapa orang menteri dan pemimpin UMNO bahawa, apa lagi yang dimahukan oleh parti pembangkang. Kata mereka jika benar SPR tidak adil mengapakah kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS dapat bertahan hingga ke hari ini. Bahkan terdapat juga banyak kerusi DUN dan Parlimen berjaya dimenangi oleh parti pembangkang di negara ini. Mereka juga memperli Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Wan Azizah yang merupakan ahli parlimen Permatang Pauh bahawa andainya SPR tidak adil mengapakah PKR boleh mengekalkan kerusi parlimen tersebut. Inilah dia alasan bangang para pemimpin UMNO/BN sesudah 50 tahun merdeka. Mereka seolah-olah sudah tidak mempunyai otak kanan lagi yang digunakan untuk berfikir positif. Mereka hanyut dalam kealpaan dan kemewahan. Walhal mereka tahu, segala penyelewengan dan permbohongan yang dilakukan oleh SPR selama ini.

Kita tidak perlu menghuraikan dengan jelas, apakah bentuk penyelwengan dan dilakukan oleh SPR. Cukup sekadar memorandum yang dihantar oleh Bersih kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong baru-baru ini. Apa yang penting, kita tidak kisah akan kekalahan atau kemenangan. Tetapi biarlah kita bertarung secara anak jantan. SPR selaku badan yang menjadi hakim dalam pilihanraya di negara ini perlu memberi ruang yang seimbang kepada parti-parti yang bertanding untuk menyampaikan agenda politik masing-masing. Ini tidak, berbagai peraturan dan undang-undang di gunakan untuk menyekat kemaraan parti pembangkang. Itu belum termasuk isu penipuan dan rasuah bagi membeli undi. Kekalahan dan kemenangan adalah adat dalam pertandingan, tetapi jika awal-awal kita sudah tahu pengadil yang menjadi hakim telah dibeli dan turut bersekongkol dengan musuh untuk mejatuhkan kita. Maka adalah lebih elok kita perbetulkan dulu hakim terbabit. Inilah yang dilakukan oleh rakyat dalam Perhimpunan Aman Bersih baru-baru ini. Kita menuntut supaya SPR benar-benar bersikap adil dan telus kepada semua pihak.
Kemenangan parti PAS untuk terus menerajui Kelantan tidak boleh dinilai atas sudut SPR adil dan bersih. Kemenangan tersebut adalah kerana pengaruh PAS di Kelantan mengatasi penipuan yang dilakukan. Apalah guna kemenangan dan menubuhkan kerajaan jika undi yang diperolehi adalah daripada hantu-hantu yang berkeliaran entah dari mana. Sama juga yang berlaku di Trengganu. Kemenangan PAS dan kemudian kekalahan adalah biasa. Tetapi biarlah ia logik dan tidak dipertikaikan. Bayangkan jumlah pengundi yang mengundi mengatasi jumlah daftar pemilih yang sepatutnya menunaikan tanggungjawab. Adalah dipercayai kemenangan tersebut berpunca daripada kemasukan orang luar yang menjadi hantu dalam jumlah yang besar. Inilah taktik-taktik yang digunakan. Jika hantu tempatan mungkin tidak mengapa, tetapi terdapat juga hantu yang diimport dari luar seperti Indonesia, Filipina dan Thailand. Kuasa punya pasal semua ini diketepikan. Kemudian barulah kerajaan sedar yang kadar kemasukan pendatang asing tanpa izin ke Malaysia semakin hari semakin meningkat. Soalnya kenapa mereka masuk? Sebab mereka tahu bila tiba menjelang pilihanraya mereka berpeluang untuk memohon kad pengenalan bagi menjadi pemastautin tetap di Malaysia. Dengan syarat menjadi pengundi Barisan Nasional dalam setiap kali pilihanraya. Perkara ini banyak berlaku di Sabah dulu, bahkan juga pernah Cucu dedahkan di Parlimen Pekan tentang penjualan kad pengenalan kepada pendatang asing suatu ketika dulu. Semua ini adalah bertujuan untuk membantu kemenangan parti mereka.

SPR menyedari semua ini, namun mereka memekakkan sahaja telinga atas alasan tiada bukti. Bila diberikan bukti berbagai helah dan dalih yang diberikan untuk mengalih pandangan. Sesungguhnya sikap SPR ini amatlah hina dan menjijikkan dan wajar diberikan hadiah penyapu oleh Menteri Besar Selangor, Khir Toyo. SPR sering menasihatkan rakyat untuk mendaftar sebagai pemilih dan membuang undi. Tetapi mereka sendiri cakap tak serupa bikin. Rakyat sudah benar-benar membuang undi, tetapi mereka membantu parti tertentu pula untuk menambahkan jumlah undi. Sebab itu ada orang mengatakan, selagi pembersihan tidak dilakukan dalam SPR maka sampai kiamat pun parti pembangkang di Malaysia tidak akan menang dalam pilihanraya umum di negara ini. Dalam erti kata lain Islam sebenar berlandaskan Al-Quran dan Hadis tidak akan tertegak di bumi Malaysia ini. Maka itu undang-undang penjajah terus digunakan buat selama-lamanya. Inilah yang menyebabkan generasi kita semakin punah dan hancur sebenarnya.
Justeri itu jika kita mahu melihat masa depan anak-anak kita terjamin dan akidah mereka terkawal maka kembali kepada Islam. Caranya serahkan kuasa kepada mereka yang mahukan Islam tertegak di bumi Allah ini. Maka itu adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mendesak supaya SPR dibersihkan terlebih dahulu barulah kita akan dapat melihat keadilan tertegak dan seterusnya Islam terlaksana. Jika sistem yang ada hari ini terus dibiarkan, maka sampai bila lagi harus kita menanti.

Berbalik kepada isu Perhimpunan Aman Bersih, kita juga amat tertarik dengan saranan untuk menjadikan hari Sabtu sebagai hari Kuning dan Bersih. Semua rakyat diminta memakai baju kuning dan seeloknya ada lambang dan tulisan Bersih. Kita juga amat menyokong penuh saranan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekirannya tiada apa-apa yang berlaku kepada SPR maka rakyat akan digerakkan untuk terus bangkit dalam perhimpunan yang lebih besar tiga minggu dari tarikh perhimpunan baru-baru ini. Ini bermakna sekitar pertengahn bulan Disember, kita akan menyaksikan sekali lagi perhimpunan terbesar dalam sejarah negara sejak 50 tahun merdeka.

Apapun, kita amat hairan dengan sikap bangang pihak polis yang diarahkan oleh kerajaan UMNO/BN supaya mengadakan “Spotcheck” untuk merampas baju kuning Bersih yang bakal digunakan rakyat semasa berhimpun baru-baru ini. Maka banyaklah baju tersebut diambil. Masalahnya, mengapakah mereka terlalu takutkan “Kuning”. Kita masih ingat dulu mereka begitu takutkan warna “Hijau” hinggakan lambang bulatan pada logo Petronas di arahkan tukar kerana hampir menyerupai logo PAS. Bahkan semua sekolah agama tidak dibenarkan menggunakan kain atau sampin berwarna hijau. Semuanya ditukarka ke warna merah iaitu sinonim dengan UMNO. Lebih menyedihkan lagi, mereka juga mengarahkan surau dan masjid tidak diwarnakan dengan warna hijau. Jika ada, ditukarkan dengan warna biru dan sebagainya. Ini jelas bukti ketakutan mereka kepada warna hijau ketika itu.
Dan kini, mereka kembali fobia dengan warna. Tetapi kali ini ialah warna kuning. Harus diingat warna kunig terdapat dalam warna rasmi bendera negara jalur gemilang. Bahkan kuning adalah warna kedaulatan diraja. Maka itu jika mereka membuang warna kuning pasti tiada kesudahannya. Oleh itu kita nantikan sahaja apakah yang bakal dilakukan oleh mereka. Mungkin juga selepas ini mereka akan mengarahkan syarikat telekomunikasi negara Digi ditukarkan warnanya. Bahkan iklan Digi yang menunjukkan maskotnya datang dari semua arah dengan jumlah yang besar pasti tidak akan disenangi dan diarhkan tukar. Ianya seolah-olah mengambarkan apa yang berlaku dalam Perhimpunan Aman Bersih baru-baru ini, dimana peserta datang dari berbagai lokasi yang berbeza dan menuju ke Istana Negara. Samalah seperti iklan Digi tersebut. Apa yang pastinya motto iklan Digi “Masa Untuk Berubah” sudah pasti diarahkan tukar kepada motto lain agaknya.

Sama-samalah kita nantikan adengan seterusnya selepas ini. Biarkan puak-puak UMNO/BN terus kepanasan dengan virus penyakit “Demam Kuning”nya. Jika dulu kita hanya dengar deman kuning melanda bayi yang baru lahir. Bayi baru lahir juga adalah bersih dan suci namun begitu masih ada yang terkena demam kuning. Kini perhimpunan aman yang bersih ini juga telah menyebabkan mereka “Demam Kuning”. Jika penyakit ini berlarutan hingga pilihanraya, mudahlah kita untuk melaksanakan tanggungjawab mengembalikan permerintahan kepada mereka yang tahu untuk memikul amanahnya.

Salam perjuangan dari cucumatkilau, kenangan terkena gas pemedih mata dan water canon semasa “Gelombang Kuning” masih terpahat dalam ingatan. Semoga kita akan bertemu lagi dalam gelombang Tsunami Kuning seterusnya tidak lama lagi. Takbirrr…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: