Bukan mintak nak jadi raja..

Oleh Matkeri

 Tak dapat dinafikan lagi ameno sekarang dah senak. perhimpunan 100,000 haritu menjadi BN yang sudah goyang semakin tergoncang. menteri2 bagaikan dirasuk sawan mengamuk rata hala bagaikan budak2 kalah main guli. “Mana aci! Mana aci!” kata depa. depa betoi2 marah sebab BERSIH dikatakan “mengheret institusi diraja” dalam kancah politik.

Nazri botak dalam tibi malam tadi pulak bagaikan nak meletup anak tekaknya marahkan BERSIH tak guna “saluran yang betul” – iaitu pilihanraya. bagaikan seorang profesor, dia dok buat heghan macamana bulih dok tuduh SPR tak teluih sedangkan alternatif menang jugak dalam pilihanraya? bekeghut dahi buat muka tak paham lagumana logiknya tuduhan alternetif ni terhadap sumbangnya sistem pilihanraya sedangkan setiap kali mengundi, alternetif hantaq wakil tak penah miss, ada jugak tempat yang menang walaupun banyak tempat yang kalah.

kemdian katanya lagi alternatif dah tadak modai. terpaksa heret institusi beraja ke kancah politik. macam biasala, bukan nazri botak soghang saja bekokok marahkan alternatif jumpak raja, ramai lagi menteri2 lain bunyi yang sama. almaklumlah, ketuanya dah bagi panduan apa nak dikata. paklah sebelum tu dah cakap bahawa raja “matang”. dia tak “bodoh”. bunyinya macam alternatif la yang tak matang dan bodoh sebab belaghak sampai sendat pekan. memang betoi pun raja memang matang dan tak bodoh. sebab tu sebelum 10hb lagi dia dah perkenan untuk terima memorandum rakyat yang akan disampaikan! yang tak matang dan bodoh ni la dok buat sekatan jalan bagi orang marah!

kemdian pulak bunyi lagi betapa alternatif ni menyusahkan rakyat belaghak ramai2. jam habih satu pekan. oghang nak buat gheja pun susah. suratkhabar sari selepaih perarakan dok tunjuk betapa jammnya pekan kl dek kerana BERSIH. paklah pun bunyi kata rakyat marah, rakyat tak suka, jangan dok susahkan rakyat. bunyi lembut betoi.. macam abah kat rumah. kes ni kot dia senang dapat jodoh.

tapi yang lebih senak sekali ialah zam. paklah tadan nak atoq ayat, dia dah serang media luaq. kata media luaq tak adil, dipengaruhi pembangkang, menyokong pembangkang, memberikan laporan yang tak benar, membesar2kan benda kecik. aku tak nampak muka dia time dia dok becakap, sebab aku dengaq interbiu dia kot dalam talipon saja. tapi aku bulih bayangkan dia muka dia betukaq kala takkala dok beletiaq dalam talipon tu. dia marah sebab aljazeera dok ungkit benda – kecik rakyat kena katok kat masjid jamek. bila dia keluaq statement tu, aku jadi tekendon. ait! ait! paihtu media aljazeera nak tunjuk apa? tunjuk betapa amannya perhimpunan haritu yang disertai oleh ratusan ribu rakyat untuk mengadap agung? berita RTM penah dok tunjuk ka betapa rakyat myanmar dan pakistan berkumpul dengan aman dan tenang membantah sistem mereka?

tau la hang jadi ketua propaganda kerajaan, tapi jangan la keluaq statement sampai nampak kita tu mengaji takat menengah enam ataih jaa.. status jaga la sikit zam oi. malu aku  dok tebayang geng aljazeera ngan media2 lain dok begelak tampaq dinding dengaq statement hang ni.

bulih katakan rata2 ketua2 penyangak kerajaan bagi statement yang baunya sama. “tak aci heret raja, nak lawan jumpak dalam pilihanraya”.

pertamanya2, tadak sapa pun heret raja. umum dah tau bahawa raja pun tabulih nak buat apa sangat sebab kuasa mutlak bergantung di atas “nasihat” perdana menteri. jadinya, mengadap sultan itu merupakan kemuncak aduan rakyat kepada simbol yang dikucup oleh kita sepertimana yang termaktub dalam rukun negara. umum jugak telah menjangkakan bahawa takkan ada apa2 tindakan selepas ni selain daripada teguran mulut daripada agung kepada perdana menteri, dan setel dekat situ. sekali lagi nak bagitau, kita mengadap raja sebab itulah simbol teratas, dan dengaq sini wahai ameno totok sekalian : DYM telah memperkenan untuk menerima memorendum rakyat tu sebelum 10hb lagi! tapayah diheret, dia boleh pikiaq sendiri! kita berhimpun menunjukkan terima kasih kepada DYM kerana sudi menerima memorendum rakyat!

keduanya, ajak lawan dalam pilihanraya kalau berani. sapa kata alternatif tak berani lawan dalam pilihanraya? ameno sendiri tau yang alternatif tak penah miss setiap pilihanraya, kalaupun tak hantar wakil, mereka support wakil lain. nah, tak timbul isu alternatif nak guna platform lain untuk mendapat mandat pemerintahan. tak timbul isu alternatif nak gulingkan kerajaan melalui jalan raya! mereka berhimpun itupun sebab untuk memastikan pilihanraya yang lebih telus, bukan nak rampas kuasa!

yang alternatif mintak ialah gelanggang pilihanraya yang adil. memang selama tak adil ni pun dia boleh menang, tak sapa nafikan pun. macam main judi kat ataih genting nu la. semua orang tau ada yang menang kat sana, tapi awat kita tak kata judi tu adil sebab ada dua tiga kerat orang yang menang sekupang dua setiap malam kat sana berbanding dengan bejuta2 ringgit yang tokey judi dapat kaut? tak gamak pulak kita nak kata judi tu adil walaupun ada orang yang menang, dan ramai orang yang kalah.

macamtu jugak ameno dok tuduh amerika tak adil dengan dasar luarnya. amerika bulih jawab kalau dasar luarnya boleh memakmur dan menjamin keselamatan negara2 seperti israel, apa masalahnya? yang ameno dok marah amerika pasaipa?

soalan sebenaq ialah, pasaipa tak layan saja empat tuntutan BERSIH untuk pilihanraya lebih adil? bukan susah sangat. ni jangan kata nak layan yang alternatif dok mintak, nak layan pemerhati luaq masuk tengok pilihanraya kita pun tak bulih! apa benda yang nak sembunyi kalau pilihanraya kita adil dan telus?

dahla, tapayah beletiaq panjang2. orang pun malaih nak baca. senang cerita, kesimpulan yang bulih dibuat ialah ameno belum bersedia untuk berkongsi kuasa dengan alternatif, walaupun dok menggadai kuasa dengan musuh2nya dalam selimut. ameno akan buat apa saja untuk memastikan kemenangan mereka. bagi kami rakyat di bawah pulak, hang nak menang macamana pun kami tak berapa kisah. janji keselamatan rakyat, kebajikan rakyat, keperluan rakyat terbela dan tidak dianiaya. dan yang paling penting jurang miskin dan kaya yang kian melebar sekarang ni dapat dirapatkan.

itu saja yang rakyat nak. sapa yang merintah, macamana dia merintah, bagaimana dia dapat kuasa untuk merintah, rakyat tak akan bantah kalau nasib mereka terbela, adil dan saksama.

tapi kalau tidak! saksikan saja gelombang rakyat yang tidak perlu dibayar kehadiran mereka itu melimpahi jalan2 raya memberontak menunjuk rasa pada penguasa. dan ketika itu, penguasa yang lemah akan berpaut sekali lagi pada mana2 ranting yang ada untuk menyelamatkan kuasa dan sanggup berbuat apa saja hatta menggadaikan harta bangsa dan maruah negara.

..sebelum waktu itu tiba. dengarkan saja keluhan rakyat jelata. kita bukan mintak nak jadi raja, kita cuma mintak BERSIHkan segera pilihanraya!

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: