Wajah Sebenar Puteri Umno

Oleh : Puteri Bukit Petri

 Puteri Umno merupakan sayap kedua golongan wanita didalam parti tersebut.
Ia ditubuhkan beberapa tahun yang lalu di dalam usaha mengusai remaja wanita yang lihat tidak berminat bersama-sama umno.
Walaupun sesetangah bahagian Sayap puteri langsung tidak berperanan malahan ada sayap bahagian yang langsung tidak mengadakan himpunan tahunannya kerana ketidakcukupan ahli puteri untuk tujuan itu.

Tujuan tulisan ringkas ini bukanlah untuk membicarakan kuantiti puteri itu sendiri.Walaupun hanya beberapa bulan bersama Puteri diperingkat awal penubuhan di bahagian Kuala Terengganu sektika dahulu, namum saya dapat merasai sesungguhnya puteri umno bukanlah medan untuk mereka-mereka berada didalamnya mendekati Agama melaluinya.

Saya menyertai Puteri seawal sebelum Ketua Puteri Negeri yang ada sekarang.Ketika saya mula bersama-sama puteri Kuala Terengganu, beliau masih belum menjadi ahli dan langsung tidak terlibat dengan program umno.


Didalam puteri tiada langsung dibincang bab keruntuhan akhlak, bab aurat remaja, pakaian tidak senonoh. Itu konon nya soal peribadi, soal menutup aurat hak masing-masing.Malahan sekiranya itu dibincang dibimbangi akan menghalang kemasukan remaja wanita yang rock rock dari mendaftar ahli.Antara alasan ketika itu ialah biar mereka masuk puteri dulu lepas itu kita bina akhlak dan syaksiah mereka.

Maka bagi yang terpujuk dengan alasan diatas terimalah, tapi macamaca dengan ketua Puteri Umno pusat ketika itu, Cik Azalina Othman Said, yang langsung tidak bertudung dan menutup aurat?Siapa yang akan tegur dia?Ketua Wanita?Ketua wanita pun tak bertudung, Presiden? Ah…..isteri Presiden Dr.Hasmah dan Marina pun tak bertudung..Mana mungkin Mahathir boleh tegur…..

Kemudian saya meninggalkan puteri.Tidak lama selepas itu Ketua Puteri bertukar dengan Datuk Noraini Ahmad, tak bertudung lagi, ketua wanita juga masih tidak bertudung,Presiden umno juga bertukar Isteri Presiden pun masih tak bertudung macam isteri timbalan Presiden, hinggalah habis umur barulah isteri Presiden di tudungkan . Dapatlah isteri baru, masih juga tidak bertudung, isteri ketua Pemuda juga tidak bertudung, isteri timbalan ketua pemuda lagilah tak bertudung.

Sudahlah tidak bertudung, dalam Perhimpunan agung yang berakhir pada 9 November 2007 baru-baru ini, Ketua Puteri Umno telah menzahirkan wajah sebenar beliau.Ketika seorang Perwakilan sedang membahaskan usul Agama dan sosial, beliu terus menerus memperagakan rambutnya yang catik itu.

Untuk besarkan gambar : Klik

Hai Betina ( Maaf Kasar sikit) Kalau ye pun, janganlah ketika perbahasan usul Agama, hormatlah sikit.

Kita semua juga masih ingat bagaimana si Noraini ni boleh berlakun bila beliau sanggup mengenakan tudung ketika berkempen di PRK Kuala Berang Ogos 2004 dan PKR Pengkalan Pasir Disember 2005.Jelas mereka menggunkan agama untuk kepentingan politik.

Akhirnya, sebagai penutup kepada tulisan ini, kakak menyeru kepada adik- adik yang ada kefahaman dan kesedaran Agama, ayuh jejaki akak tinggalkan perjuangan umno yang sia-sia yang hanya untuk dunia semata-mata. PERCAYALAH…….YAKINLAH……..Perjuangan Kerana Allah itu amat Mulia…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: