Eksklusif: Pembangkang hendak lancar kempen boikot media pro BN?

Oleh klpos

aKUALA LUMPUR: Ini berita yang paling sensasi selepas ‘kejayaan’ gabungan NGO dan parti-parti pembangkang yang diketuai oleh PAS mengadakan perhimpunan awam BERSIH 10 November lalu. Khabar yang sampai ke meja pengarang KLpos.com adalah satu kempen besar-besaran memboikot media akan dilancarkan tidak lama lagi.

Menurut sumber, kempen tersebut -seperti perhimpunan aman BERSIH, akan diketuai oleh PAS dengan sokongan NGO dan parti-parti pembangkang lain.

Katanya, media merupakan salah satu institusi sosial yang penting dalam sistem pemerintahan demokrasi, bagi memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat dan sepenuhnya untuk mereka dapat membuat pilihan yang saksama antara pelbagai pihak yang menawarkan pelbagai dasar dan pendekatan.

“Kempen boikot media pro Barisan Nasional ini amat penting terutamanya menjelang pilihanraya umum akan datang,” kata sumber tersebut.

Jelasnya, kebanyakkan media arus perdana dipunyai secara langsung oleh parti-parti dalam BN.

“Dari pengalaman kita setiap kali menjelang pilihanraya umum, media yang dikuasai kerajaan dan dimiliki oleh syarikat-syarikat yang rapat hubungannya dengan BN akan melakukankan apa saja bagi memastikan ‘tuan-tuan mereka’ menang,”

“Media yang dikuasai kerajaan ini tidak lagi menjadi sumber maklumat yang bertanggungjawab dan berwibawa, jadi pilihan terbaik adalah kita seru orang ramai boikot saja media-media yang memihak ini dari sekarang,”kata sumber tersebut.

Ketika ditanya oleh KLpos.com apakah tujuan sebenar kempen boikot tersebut, apakah parti-parti pembangkang cuba membangkitkan rasa tidak percaya rakyat kepada media arus perdana, kata sumber tersebut, matlamat utama boikot itu adalah supaya media memainkan peranannya secara adil.

“Kita mungkin akan keluarkan satu senarai media yang perlu diboikot, kemudian jika kita dapati laporannya adil dan tidak berat sebelah, kita akan keluarkan media itu dari senarai tersebut, bagitulah sebaliknya.”

Pembangkang pernah mengadakan kempen boikot media pada tahun 1999 dengan diketuai oleh ahli akademik, kolumnis dan intelektual terkenal Rustam A Sani.

Ditanya siapakah yang akan mengetuai kempen boikot media kali ini, kata sumber terbabit, “Kami mempertimbangkan beberapa nama, saya tidak boleh mendedahkan butirannya secara terperinci lagi sehingga penggumuman mengenainya dibuat tidak lama lagi,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: