Menteri Tak Faham Undang-undang?

PBT Bawah Pusat, Tapi Bila Bermasalah Salah Negeri?

Oleh Anggerik

 Kenyataan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa), Datuk Seri Dr. Rais yatim bahawa kerajaan negeri Selangor tidak berhak mengambil sebarang tindakan ke atas Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sungguh mengelirukan.

Menurut Utusan, Rais berkata, “PBT bukan agensi di bawah kerajaan negeri, sebaliknya terletak dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan iaitu di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.”
Kita kurang pasti sejak bila pembahagian kuasa antara Persekutuan dan Negeri memberi hak PBT kepada Persekutuan.

Jika Pihak Berkuasa Tempatan berada di bawah Persekutuan mengapa sebelum ini segala beban kelemahan PBT dijatuhkan atas pundak negeri-negeri?

Mengapa bila PBT meruntuhkan Setinggan, kuil haram, surau haram dan bangunan haram maka kerajaan negeri yang harus menjawab dan menghadapi kritikan?

Mengapa bila PBT lemah maka kerajaan negeri yang disalahkan jika benar kata Rais bahaea PBT dibawah Persekutuan?

Jika Rais kurang pasti beliau boleh merujuk Perlembagaan Malaysia.

Malahan dalam sidang Parlimen 16 April 2007 lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Ong Ka Ting memberi jaminan Kerajaan Persekutuan tidak akan mengambil alih kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) daripada kerajaan negeri dalam melaksanakan penstrukturan semula organisasi dan syarat-syarat perkhidmatan kakitangan agensi itu.

Ong Ka Ting menegaskan kuasa kekal di tangan negeri tetapi kerjasama dengan kerajaan Persekutuan dalam meningkatkan perkhidmatan awam akan diperkemaskan

Adakah Ong Ka Ting tidak faham bidang kuasanya?

Memang benar KPKT turut mempunyai sedikit kuasa ke atas PBT. Namun ia tidak pernah mengambil alih tanggung jawab dan hak kerajaan negeri ke atas PBT.

Justeru kita wajar mempersoalkan motif sebenar Rais Yatim mempertikaikan kuasa Menteri Besar Selangor ke atas Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Tanah di selangor. Apatah lagi tugas dan tanggungjawab Rais ialah menjaga sejarah dan Bangunan Warisan bukannya PBT.

sebagai bekas Menteri Besar dan seorang Menteri yang mempunyai kelulusan Phd dalam bidang undang-undang, kita agak terkejut dan hairan mendengar kenyataan Rais kali ini. Adakkah ada sesuatu di sebalik tabir politik yang kita tidak ketahui?

………….
Catatan : Rasanya penulis di Anggerik (webmaster Selangordaily) ini adalah yang bergaduh sakan dengan bekas webmaster TKO Sdr Abu Jihad. Tapi tak apalah saya siarkan artikel ini.. – SP

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: