Pengerusi SPR menghina Yang Dipertuan Agong

aPAS menganggap kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman pada 15 November 2007 lalu di Melaka, yang beliau tahu bila tarikh Pilihan Raya Umum ke 12 akan diadakan sebagai suatu kenyataan yang jelas menghina Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, kuasa memperkenankan pembubaran Parlimen merupakan kuasa Yang Dipertuan Agong setelah menerima permohonan dari Perdana Menteri.

Apabila Tan Sri Ab. Rashid sewenang-wenangnya mengisytiharkan yang beliau telah tahu akan tarikh pilihan raya bermakna beliau telah bertindak membelakangkan sama-sekali kuasa Yang Dipertuan Agong itu, sekaligus membelakangkan undang-undang tertinggi negara dan ini merupakan satu tindakan yang menghina Yang Dipertuan Agong dan Perlembagaan Persekutuan.

PAS mendesak agar pihak istana, sebaik-baiknya melalui Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, segera mengeluarkan kenyataan meminta agar Tan Sri Ab. Rashid menarik balik kenyataan beliau itu dan memohon maaf secara terbuka kepada Yang Dipertuan Agong.

Malah PAS menjadi bertambah ragu dan keliru berikutan kenyataan YAB Perdana Menteri di Kuala Terengganu semalam bahawa beliau sendiri hairan bagaimana Tan Sri Ab. Rashid boleh mendakwa yang ia tahu akan tarikh tersebut sedangkan Perdana Menteri sendiri kononnya belum menentukannya. Ini membutktikan yang Tan Sri Ab. Rashid sebagai Pengerusi SPR yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong telah berbohong secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Bagi PAS ketidaktentuan terhadap tarikh pilihan raya umum di Malaysia adalah bukti betapa tidak demokratiknya negara ini berbanding negara-negara maju yang lain yang mengamalkan sistem demokrasi.

19 November 2007

ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR
SETIAUSAHA AKHBAR KEPADA PRESIDEN PAS

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: