Semarak Hijau bersama Naib Presiden PAS di DUN Meru

Oleh parc_arm

 SHAH ALAM 19 Nov – Program ‘Semarak Hijau’ Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) akan diteruskan pada hujung minggu ini dengan DUN tumpuan seterusnya ialah DUN Meru di Parlimen Kapar.

‘Mengekalkan Momentum BERSIH’ oleh Hj Mohamad Sabu pada 23 November, Jumaat jam 9 malam di Batu 7, Meru. Bersama-sama beliau berceramah pada malam tersebut ialah Timbalan Ketua DPPNS, Ust Kamal Ashaari dan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor, Ustazah Wan Hasrina.

Program akan dimulakan dengan Ceramah Umum

Pelbagai program telah disusun sepanjang hujung minggu ini bagi mendekati rakyat di samping menggerakkan jentera pilihanraya PAS di DUN tersebut.


Antaranya program ‘Sunat-thon’ atau berkhatan beramai-ramai yang akan diadakan pada hari Sabtu 24 November sebelah pagi bertempat di UDM Bukit Kapar yang dikendalikan oleh Dr Abd Rani Osman – YDP PAS Kapar.

Dalam pada masa yang sama juga diadakan ‘Motivasi Keluarga Soleh’, khusus untuk ibu bapa dan anak-anak di sini yang akan dikendalikan oleh Ustaz Sallehin Mukhyi yang juga Ketua DPPNS bertempat di UDM Kampung Nenas.
Petugas Pemuda DUN Meru pula akan menggerakkan jenteranya untuk mengadakan gotong-royong di rumah warga emas dan fakir miskin selain tidak dilupakan Pejabat PAS MTD Meru yang sedang dalam pembinaan.

Pada sebelah malamnya pula akan diadakan ceramah-ceramah kelompok di beberapa lokasi yang telah disasarkan selain program ‘Forum Perdana Hal Ehwal Islam’ yang akan membariskan tokoh-tokoh masyarakat dan ilmuan di sini.
Program Semarak Hijau ini akan diteruskan pada hari Ahad dengan diadakan rawatan – ‘Mobile Clinic’ pada sebelah paginya yang akan diketuai sendiri oleh YDP PAS Kapar Dr Hj Abd Rani Osman.

Edaran Slip pengundi dan kempen mendaftarkan pengundi baru juga digerakkan melalui jentera pilihanraya DUN dengan mensasarkan pengundi-pengundi di UDM Bukit Kapar.

Sementara itu, jentera pemuda pula akan digerakkan melalui program edar risalah ‘Hit & Run’ dan konvoi bermotosikal bagi memberi penerangan mengenai PAS dan BA kepada orang ramai.
Program akan diakhiri dengan jamuan petugas dan masyarakat tempatan pada sebelah tengaharinya. Penganjur berharap program ini akan berjaya memberi impak yang baik kepada masyarakat dan petugas PRU DUN Meru.

Petugas-petugas dari kawasan-kawasan lain juga dialu-alukan untuk bersama-sama menyemarakkan lagi program ‘Semarak Hijau’ ini.

Semoga momentum perhimpunan 100,000 rakyat oleh BERSIH dapat dikekalkan dan dialirkan khusunya di DUN Meru ini. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :- Haidar 019-2391141 atau Kahar 013-2172277.

Mohd Sany Hamzan
Pengarah
Semarak Hijau 2007
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: