Bukan Soal Restu Agong Tapi Proses Perjalanan Pilihan Raya

Oleh Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

ATERAS menggesa agar pihak berkuasa tidak terlalu mempersoalkan sama ada Yang di-Pertuan Agong merestui atau tidak perhimpunan Bersih, kerana yang lebih penting, apakah aduan rakyat supaya diadakan perubahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan proses perjalanan pilihan raya dipertimbangkan oleh baginda.

Untuk terus mempersoalkan perhimpunan itu haram atau tidak, bukanlah perkara pokok. Rakyat telah turun untuk menyatakan sikap dan merayu agar beberapa perubahan dilakukan untuk mengujudkan pilihanraya yang adil dan bersih. Maka inilah yang seharusnya diberi tumpuan.

TERAS berpendapat bahawa pilihan raya terlalu mahal untuk dilaksanakan secara pincang kerana ia melibatkan soal masa depan negara.

Apakah nasib yang akan dihadapi oleh rakyat itu boleh dijamin dengan bersikap tidak peduli kepada proses pilihan raya yang dicemari oleh penipuan dan salah guna kuasa?

Oleh yang demikian adalah lebih utama tumpuan diberi kepada bagaimana tuntutan rakyat itu perlu dipertimbangkan dan bukan kepada soal perhimpunan.

Pendirian rakyat itu perlu benar-benar diberi perhatian yang serius kerana pilihan raya yang akan datang boleh dianggap tidak bermakna ketika mana penyelewengan dibiarkan berlaku.

TERAS menggesa agar hak rakyat untuk mengadu kepada Yang di-Pertuan Agong tidak dipersoal. SPR dilantik oleh baginda, maka ketika rakyat melihat adanya kepincangan maka adalah sangat wajar untuk rakyat mengadu kepada Seri Paduka.

Soalnya, hasrat yang hendak ditunjukkan oleh rakyat bukanlah suatu pemberontakan tetapi adalah sikap peduli dan bertangungjawab rakyat terhadap politik dan kepimpinan negara.

Walaupun ternyata pihak kerajaan tidak senang dengan tindakan rakyat namun kesungguhan yang ditunjukkan oleh rakyat untuk memastikan pilihan raya berjalan dengan bersih dan adil harus dilihat secara sihat dan bukan ditafsir secara negatif.

KENYATAAN MEDIA TERAS PENGUPAYAAN MELAYU PADA 15 NOVEMBER LALU
MENGADAP DYMM YANG DI PERTUAN AGONG ADALAH HAK RAKYAT

TERAS menyangkal kenyataan PM bahawa tindakan rakyat untuk menyerahkan petisyen kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong dalam perhimpunan 10 hb November baru-baru ini sebagai mengheret Seri Baginda ke dalam politik.

Bagi TERAS, sesungguhnya DYMM tidak boleh dikatakan tidak ada perkaitan apapun dengan urusan politik negara. Peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan restu DYMM dalam melantik, memecat sesorang yang dilantik oleh DYMM serta membubarkan Parlimen adalah termasuk kuasa politik yang ada dalam kuasa Raja yang telah termaktub dalam perlembagaan negara.

Malah setelah berkali-kali beberapa pihak dari kalangan parti politik serta badan-badan sivil yang memnuntut reformasi dalam sistem pilihanraya umum tidak dilayan oleh pihak kerajaan melalui SPR, maka menyalurkan suara tuntuan itu kepada Raja bukanlah suatu yang boleh dianggap salah dan mencabar pihak Raja-Raja Melayu.

Tidak ada peruntukan dalam undang-undang negara yang tidak membolehkan rakyat mengadap Raja untuk mengadu hal-hal yang dianggap boleh diambil tindakan oleh Raja.

Oleh kerana itu setelah DYMM Yang Di Pertuan Agong berkenan untuk menerima memorandu rakyat, kenapa pula tindakan rakyat ini dianggap memerangkap Seri Baginda.

TERAS kesal dengan kenyataan yang tidak wajar yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri sedangkan DYMM sebaliknya menyambut rayuan rakyat.

Bukan sahaja ia boleh dianggap suatu penghinaan terhadap Raja, seolah-olah Raja tidak bijak dalam menilai sesuatu isu, malah ia boleh dianggap suatu ugutan. Dengan menganggap menerima memorandum itu sebagai perangkap kepada DYMM, ia merupakan suatu ugutan terhadap kebijaksaan dan kuasa yang ada pada DYMM untuk membuat keputusaan.

Kami berpendapat pihak kerAjaan sepatutnya segera meneliti apakah kandungan memorandum tersebut sebelum membuat tuduhan liar yang tidak wajar.

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Penerangan dan Menteri Jabatan Perdana Menteri yang secara melulu menyelar perhimpunan untuk mengadap DYMM, akan mendedahkan mereka kepada kefanatikan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: