Hapus yuran sekolah satu pembohongan!

Oleh Radenjowo

 Berikut adalah keratan surat yang terkandung di dalam pekeliling yang BAKAL diedarkan kepada ibu bapa disebuah sekolah di bandar, Selangor. Sila rujuk artikel semalam 19/Nov, yang membuktikan perubahan istilah YURAN kepada SISTEM PAKEJ BAYARAN TAMBAHAN.

Ibu bapa bakal menerima surat pekeliling yang sedemikian ketika sessi permulaan persekolah Januari 2008 nanti. Ini jelas menunjukkan bahawa pelupusan YURAN TAHUNAN yang dicanangkan oleh kerajaan melalui kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran memang berlaku tetapi YURAN tersebut digantikan dengan terma lain, PEMBAYARAN PAKEJ TAMBAHAN.

Merujuk kepada artikel lepas, surat PEKELILING IKHTISAS yang diedarkan ke seluruh sekolah dikatakan mengandungi keterangan tentang ketiga tiga pakej berkenaan. PAKEJ A (RM38.00) untuk sekolah bandar yang moden dan canggih, PAKEJ B (30.50) untuk sekolah bandar yang sederhana dan PAKEJ C (RM23.50) untuk sekolah dikampung. Pihak sekolah diarah untuk membalas surat pekeliling berkenaan kepada KEMENTERIAN PELAJARAN. Dan sekolah diatas telah memilih PAKEJ B, seperti yang terkandung di dalam surat berkenaan. Ini bermakna YURAN TAHUNAN yang sebelum ini berjumlah RM18.00 setahun telah dinaikkan jumlah nya dengan kaedah tidak ketara.

Rakyat Malaysia sekali lagi diPERBODOHKAN oleh penggunaan TERMA oleh kerajaan Malaysia, menyaksikan betapa penipuan ini dilakukan oleh Pemimpin Barisan Nasional untuk tujuan Pilihanraya ke 12 semata mata. Diberita kan bahawa surat kepada ibu bapa yang bertarikh pada 14 November 2007 ini hanya akan diedarkan pada awal tahun hadapan. Dan mungkinkah ini turut membuktikan bahawa Pilihanraya akan diadakan sebelum penghujung tahun 2007 ini, bagi mengelakkan rasa tidak puas hati rakyat kepada kerajaan?
Rujukan: SKBT Bil 03/03/04/005
Tarikh: 14 NOVEMBER 2007

Kepada,
Semua Ibubapa/Penjaga Murid
Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi
Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang

Tuan/Puan

KUTIPAN YURAN SESSI PERSEKOLAHAN 2008

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia telah memansuhkan YURAN KHAS di semua sekolah Kerajaan dan sekolah Bantuan Kerajaan pada sessi persekolahan 2008 dan melaksanakan SISTEM PAKEJ BAYARAN TAMBAHAN sebagai bayaran perkhidmatan dan kemudahan dikategorikan kepada 3 Pakej. (Surat Pekeliling Ikhtisas 13/2/2007 bertarikh 31 Oktober 2007)

rujuk Lampiran SR

3. Jawatankuasa Pentabdiran / Kewangan sekolah telah memutuskan untuk memilih Pakej B (RM 30.50) dengan mengambil kira latar belakang sosioekonomi masyarakat setempat.

4. Selain dari ibubapa/penjaga perlu membuat bayaran kepada KEPERLUAN MURID BAGI TAHUN 2008 dan sumbangan PIBG seperti disenaraikan mengikut Tahun persekolahan.

– Rujuk Lampiran BAYARAN KEPERLUAN MURID 2008 & SUMBANGAN PIBG.
5. Ibubapa/penjaga murid boleh membuat bayaran untuk PAKEJ BAYARAN TAMBAHAN dan KEPERLUAN MURID TAHUN 2008 pada 01 January 2008 semasa HARI ORIENTASI TAHUN SATU.

Sekian untuk makluman dan tindakan. Terima Kaseh.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: