Kerajaan pastikan SPR adil, demokratik – PM

Daripada mujahid304

Oleh : Lang Buana

 Berikut adalah kenyataan yang keluar dari mulut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad badawi “adalah menjadi tanggungjawab beliau memastikan mandat yang diperoleh daripada rakyat untuk memerintah negara diperoleh daripada kemenangan yang berwibawa”.

Dalam mengeluarkan kenyataan kita selaku rakyat memang tiada hak untuk menghalang apa jua kenyataan yang dikeluarkan oleh Pak Lah, walaupun perkara yang dinyatakan tanpa hujah yang cukup konkrit.

Saya akui bahawa niat beliau memang suci dan murni dalam memastikan pilihanraya di Malaysia berjalan dengan adil dan telus, tetapi pada zahirkan kita dapat saksikan pelbagai penyelewengan telah berlaku tambahan SPR yang dibawah kendalian Tan Sri Abd.Rasyid semakin terus menjadi kuda tunggangan Barisan Nasional. Pilihanraya di Malaysia yang dicanang sebagai pilihanraya yang mengamalkan sepenuhnya sistem demokrasi sebaliknya di’lacur’kan tanpa diketahui oleh jutaan rakyat di Malaysia yang masih setia mengundi Barisan Nasional.

Saya suka mengambil contoh yang paling terdekat, kenapa rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum sanggup hadir ke himpunan annjuran BERSIH dimana jumlahnya hampir atau mencecah ratusan ribu (media perdana hanya mampu mengira sampai 4K sahaja) pada 10 November yang lepas? apa tujuan utama himpunan tersebut diadakan dan kenapa rakyat sanggup mengharungi sekatan yang dilakukan oleh polis semata-mata untuk menghadiri perhimpunan tersebut? tujuannya adalah kerana 4 perkara iaitu:-

1. Penggunaan dakwat kekal
2. Pembersihan daftar pemilih
3. Pemansuhan undi pos
4. Akses adil kepada media

Mengulang kembali kenyataan dari Pak Lah, “Sebagai ketua kerajaan dan parti yang menang dan dikehendaki oleh rakyat untuk menubuhkan kerajaan, tentu sekali kami mahu kemenangan kami itu sebagai kemenangan yang berwibawa dan datang daripada kehendak rakyat yang mengundi dalam pilihan raya”. Jika benarlah itu yang dinyatakan kenapa tiada peluang bagi pembangkang untuk mengeluarkan atau bersuara di dalam media arus perdana? kenapa takut sangat dengan perhimpunan anjuran Bersih dan kenapa berat sangat mengeluarkan permit ceramah kepada pihak pembangkang?? kenapa?? semua jawapan ada dalam minda pemimpin UMNO + Barisan Nasional.

***************************************

SINGAPURA 20 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan sebagai ketua kerajaan di Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab beliau memastikan mandat yang diperoleh daripada rakyat untuk memerintah negara diperoleh daripada kemenangan yang berwibawa.

Sebuhungan itu, kata Perdana Menteri, adalah menjadi hasratnya untuk memastikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi sebuah badan yang adil dan demokratik serta membolehkan rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih keluar mengundi.

“Sebagai ketua kerajaan dan parti yang menang dan dikehendaki oleh rakyat untuk menubuhkan kerajaan, tentu sekali kami mahu kemenangan kami itu sebagai kemenangan yang berwibawa dan datang daripada kehendak rakyat yang mengundi dalam pilihan raya.

“Bagaimanapun kalau mereka (pemilih) tidak mahu mengundi, apa yang kita boleh buat, inilah suruhanjaya yang telah sekian lama mengendalikan pilihan raya di negara kita,”katanya pada sidang akhbar di akhir Sidang Kemuncak ASEAN Ke-13 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang menyebut Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman bersedia melepaskan jawatannya jika terbukti SPR melakukan penipuan dalam pilihan raya sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu perlu dibuktikan di mahkamah dan bukan berdasarkan kepada tuduhan-tuduhan liar yang hanya memberikan imej buruk kepada SPR.

Ab. Rashid yang terlibat mengendalikan enam pilihan raya umum sebelum ini berkata, belum pernah ada satu pihak pun yang datang kepadanya dan membawa bukti berlaku penipuan dalam pilihan raya kecil atau umum.

Dengan nada kesal, Perdana Menteri bertanyakan mengapa pula sekarang ada pihak yang mempersoalkan kewibawaan SPR.

“Apakah tiada parti pembangkang yang pernah menang dalam pilihan raya yang diadakan sebelum ini….ini bermakna rakyat bebas untuk menentukan siapa yang mereka mahu pilih.

“Inilah sesuatu yang payah untuk kita fahami apabila ada pihak yang menuduh kita tidak adil,” kata beliau.

Abdullah menjelaskan, adalah menjadi harapan beliau agar SPR menjadi sebuah badan yang adil dan demokratik.

ulasan lain di
http://www.jasindaily.blogspot.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: