Memperkasakan Unit Amal adalah tanggungjawab semua!!!

Oleh muazcarrick16

Masih ingat lagikah wahai penggerak pejuang2 demokrasi pada 10 nov yg lalu? bagaimana kita melihat langkah2 berani rakyat malaysia yg cintakan keadilan melangkah menggegarkan seluruh tanah air malaysia sehingga mencipta satu sejarah baru yg masiah bermain dibibir & sanubari di setiap rakyat malaysia tidak kira tua, muda, miskin, kaya semuanya memperkatakan tentang gelombang besar yg menguningkan kuala lumpur.

Itulah gelombang rakyat yg merintis jalan untuk menuntut keadilan&ketulusan didalam p/raya umum.

Tetapi di sebalik semua kejayan itu yg benar2 melekat dihati dan sanubari ialah kecekapan, keberanian, semangat yg tinggi, ketekunan, kepatuhan pada arahan, gerak kerja yg tersusun&ketangkasan yg di tunjukkan oleh pasukan unit amal malaysia untuk melancarkan perjalanan perhimpunan dengan jayanya.


mereka dengan penuh dedikasi mengeluarkan keringat menjadi barisan hadapan kepada pimpinan tidak kira mana2pimpinan samaada pembangkang atau pun ngo dan menjadi pengawal kepada rakyat yg berbilang bangsa yg berhimpun dan berarak tanpa mengenal penat lelah semata2 mahu menjayakan perhimpunan tersebut.

mereka dipukul fru,disembur air&gas pemedih mata tetapi mereka tetap menjalankan amanah yg diberikan tanpa rasa gentar dan resah.apa yg mereka lakukan sesungguhnya sangat2 besar jasanya apatah lagi mereka melakukan tanpa ada apa2 bayaran semuanya di lakukan secara sukarela malah mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri semata2 mahu memastikan mereka hadir untuk menyumbang tenaga mereka kepada rakyat malaysia.

inilah pengorbanan mereka tidak kira dimana mereka pasti akan memberi bantuan tanpa mengharapkan apa2 balasan.inilah tentera merah yg membanggakan.unit amal adalah satu badan beruniform yg ditubuhkan pada 1991 di bawah dewan pemuda pas pusat yg menjadi satu unit yg merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia untuk melakukan kerja2 kebajikan sehinggalah menjaga keselamatan&keamanan kepada rakyat&negara.mereka di tarbiah sehingga menjadikan diri2 anggota unit amal sentiasa bersedia untuk menerima apa2 arahan untuk memastikan kebjikan dan keselamatan rakyat malaysia terjamin.

inilah di antara kejayaan pas melahirkan sebuah badan beruniform yg berkhidmat secara sukarela tanpa mahu apa2 balasan melainkan kesejahteraan dunia&akhirat.tetapi apa yg membataskan pergerakan mereka ialah dana untuk mereka menampung segala keperluan untuk mereka bergerak dengan lebih aktif memberi bantuan kemanusiaan kepada mereka yg memerlukan.seluruh anggota mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk mengerakkan unit ini.

walaupun pas ada memperuntukkan sedikit peruntukan kepada unit ini tetapi dengan keterbatasan dana yg ada pada pas juga masih belum mencukupi menggerakkan aktiviti2 mereka dengan menyeluruh.walaupun begitu mereka tetap bersemangat untuk menjalankan kewajipan kepada mereka yg memerlukan dengan mengeluarkan perbelanjaan dari poket sendiri untuk menjayakan aktiviti2 mereka untuk membantu masyarakat.

apakah kita sebagai seorang rakyat malaysia yg prihatin kepada keadilan yg sayang kepada kesejahteraan sanggup melihat anggota unit amal ini bergerak tanpa dana yg mencukupi untuk mereka melakukan kerja2 amal kepada rakyat ini.berapa ramaikah rakyat yg telah kita beri bantuan?boleh kita memberi 100% tenaga secara sukarela untuk kita memberi bantuan kepada masyarakat seperti mana yg di tunjukkan oleh anggota unit amal?ingat ini adalah tanggungjawab kita semua tidak kira melayu,cina,india atau apa bangsa dan warna sekalipun pas ke,pkr ke,dap ke hatta umno ke kita bertanggungjawab membantu mereka untuk melancarkan pergerakan kerja2 kebajikan yg mereka lakukan ini kerana unit amal bukan untuk orang pas atau islam semata2 tetapi unntuk semua,UNTUK SELURUH RAKYAT MALAYSIA.

saya merayu kepada kalian semua rakyat malaysia yg cintakan kesejahteraan sebagai pendokong demokrasi yg adil yg prihatin kepada nasib rakyat malaysia yg semakin melarat ditindas&dizalimi oleh umno&bn untuk membantu unit amal malaysia samada menghulur bantuan dari segi kewangan,tenaga atau apa2 bentuk sekalipun untuk bersama2 menggerakkan kerja amal2 dan menyokong mereka untuk menjadikan kebajikan rakyat malaysia&menyelamatkan anak2 muda dari terjerumus ke lembah2 hina.

kepada perwira2 tentera merah yg ditahan sabar&bersemangatlah kami semua di belakang kamu seperti mana kamu telah bergadai menjadi barisan hadapan kami jasamu kami kenang moga ALLAH sentiasa merahmati&meredhoi kamu semua.HIDUP UNIT AMAL!HIDUP UNIT AMAL! RUNTUHKAN KEZALIMAN,JATUHKAN PENINDASAN,KADILAN KAN BERJAYA.ALLAHU AKBAR!ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!……………

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: