Pengerusi SPR tamat kontrak 31 Disember

Oleh klpos

aKUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) Tan Sri Abdul Rashid yang semalam dengan angkuhnya berkata beliau sedia meletak jawatan sekiranya SPR terbukti menipu dalam pilihanraya sebenarnya sudah tamat kontrak jawatan hujung tahun ini. Sumber memberitahu KLpos, kontrak Rashid tidak akan disambung lagi.

“Sudah ada isyarat mahukan dia berundur,” kata sumber terbabit.

Rashid sebelum ini memberitahu media bahawa beliau tahu bila pilihanraya akan diadakan. Berikutan itu banyak pihak termasuk Umno dan MCA ‘membelasah’ beliau berikutan kenyataan itu.

“Dia buat kenyataan berani mati sebab tahu dia tak lama lagi hendak berhenti,” kata sumber terbabit. Kenyataan Rashid mengejutkan banyak pihak kerana selama ini orang menganggp hanya Perdana Menteri yang tahu dan boleh mengumumkan bila berlakunya pilihanraya.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdllah Ahmad Badawi dilaporkan kesal dengan kenyataan Rashid itu.

Rashid, orang Kelantan, khabarnya berharap agar penggantinya juga berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

“Sudah ada beberapa nama yang disebut-sebut bakal menggantikan Rashid, ada dari dalam SPR, ada juga calon luar,” kata sumber terbabit.

Antara nama yang disebut calon SPR menggantikan Rashid adalah Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang juga berasal dari Kelantan.

“Rashid suka dia ini dan harap Wan Ahmad dapat ganti beliau, tapi ada juga calon lain iaitu Setiausaha SPR Datuk Kamarulzaman Mohd Noor,” kata beliau.

Bagaimanapun, KLPos diberitahu, mungkin, sekali lagi diulang, mungkin calon yang terpilih menggantikan Rashid adalah calon dari luar SPR.<

“Beliau berkebolehan, tetapi namanya tidak boleh didedahkan sehingga mendapat lampu hijau,” kata sumber tersebut.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Semasa penubuhannya Suruhanjaya Pilihan Raya dianggotai oleh seorang Pengerusi dan 2 orang Ahli.

Pengerusi pertama SPR adalah Datuk Dr. Mustafa Albakri bin Haji Hassan.

Berikutan dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, bilangan Ahli Suruhanjaya ditambah kepada 3 orang. Ahli tambahan itu sama ada dari Sabah atau Sarawak yang dilantik secara bergilir.

Pada tahun 1981, pindaan ke atas Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dibuat bagi membolehkan pelantikan seorang Timbalan Pengerusi. Abdul Rahman bin Abu Hassan merupakan orang pertama mengisi jawatan Timbalan Pengerusi.
Pada tahun 2002, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan diluluskan bagi menambah keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya menjadi 7 orang iaitu Seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 5 orang Ahli termasuk seorang ahli dari Sabah dan seorang ahli dari Sarawak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: