Sakit kepala nak berehat…

Oleh Songkok Putih

 3 hari saya menghabiskan masa dihadapan komputer untuk memberi tumpuan kepada laman ini. Makan, minum, tidur dan mandi tak terjaga..
Kepala sudah mula sakit, cuti rehat sudah habis, esok masuk kerja, rasanya tertidur dipejabat!

Itu semua ‘ruting’ sebahagian daripada tugas webmaster kalau ambil over time. Biasanya webmaster akan ambil over time bila laman jem, banyak surat (sorry e-mel) yang mengutuk dan paling lucu, ada yang mengatakan webmaster telah dibeli oleh UMNO (ni hampir pilihan raya).

TKO versi 7 ini ibarat rumah baru, rumah tersegan indah tapi barangan, perhiasannya masih belum tersusun dengan baik. Oleh kerana rumah lama terlalu banyak barang, maka sebahagian daripadanya terpaksa dimasukkan ke tempat lain, kalau tak tak boleh bernafas nak bersantai pun tak boleh banyak sangat parabutnya.

Bila sebahagian barang telah diletakkan tempat lain, tentulah ada dikalangan ahli keluarga tak setuju. Dalam hal ini biasanya bapak yang buat keputusan, anak dan isteri mengikut sahaja kecuali bapak takut bini!

Itu kiasan menghibur kepala yang penat…

TKO telah menggunakan lebih daripada RM16 ribu untuk membeli server hasil daripada sumbangan pengunjung laman ini. Untuk server sahaja bukan lagi sewa rack server.

Dua server yang cukup besar ini, yang mampu menampung puluhan laman biasa tapi malangnya TKO mash tak boleh beropeasi dengan baik.

Penat tidak tidur, makan, kurang mandi, tapi solat tepat ada waktunya (rumah dekat Masjid) tidak sama dengan penat memikirkan masalah yang berlaku.

Kita cuba pelbagai cara, pelbagai kaedah dan menerima pelbagai pandangan, walaupun nampak macam webmaster dan admin jenis orang yang tak suka bersembang (jarang masuk forum..).

Hasilnya seperti yang ada sekarang. Dua hari menunggu untuk melihat laman ini mencecah 1200 orang online tidak tercapai, kerana kunjungan kurang setelah hampir begitu laman jem..

Bayangkan mulai ‘jem’ pada 9 September 2007. Hasil kajian kita melebihi 20% pengunjung hilang. Kalau 1000 bermakna tinggal 800 sahaja. Kalau telah mencapai 1500 online, sekarang hanya boleh mencapai sekitar 1200 sahaja.

Nak bawa balik semula pengunjung yang hilang itu kita amanahkan kepada moderator, jangan asyik berborak aje, yang ini saya bagi tugas kepada NOIR dan UMA untuk menyelesaikannya. Ini denda untuk NOIR pasal tak serta perhimpunan BERSIH.

Versi 7 belum teruji, kalau kunjungan mencapai 1500 seperti sebelum ini maka barulah saya boleh berehat.

Ada banyak perkara belum diselesaikan lagi antaranya;

1. Menubar di bawah header
2. Link Terpilih, banyak yang baru belum dimasukkan
3. Susunan forum, termasuk avatar baru
4. Sub-sub laman
5. dll

Terima kasih banyak kepad saudara GreenBox (ke.. boc) banyak sangat membantu ketika saya pening.. terutama pasal update artikel, kerana pada masa itu saya cukup malas.. kerana terlalu sukar nak masuk laman.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: