Samy Vellu Berangan-angan Menjadi PM

Oleh Dr Fikrah

 Kewujudan seorang makhluk Allah yang memang mempunyai agenda untuk merebut Malaysia bersama menjatuhkan dan menghalau Melayu dari Tanah Melayu sendiri. Dalam keadaan umur yang sudah boleh dikira lanjut, dia masih menggagahi untuk terus berjuang (kononnya) untuk menaikkan kaumnya di Malaysia sedangkan dia yang boleh hidup di Malaysia merupakan satu nikmat yang cukup besar yang telah Allah berikan.

Manusia memang begitu, dalam usahanya menyenangi hati rakyat, mengambil berat dan melebarkan lagi pengaruhnya, ada sahaja agenda-agenda yang diatur kononnya hendak menampilkan bahawa dirinya merupakan seorang pemimpina yang berwibawa.

Lihatlah hari ini, dalam usahanya merampas Malaysia, dia hendaklah memastikan dirinya tidak berkontroversi.

Pergerakannya dan agendanya yang “kononnya” cerdik menanti peluang, sudah lama telah terkantoi. Cara yang digunakannya sama sahaja dengan TPM yang juga hanya menanti peluang terbuka, dengan menanti tanpa suara-suara seperti PM “aku pantang dicabar”. Mereka berdua memikirkan bahawa kata-kata PM yang membuatkan rakyat bising, adalah satu peluang yang terbaik untuk “cepat naik”.

Sejak kemunculannya sebagai TPM, dia tidak banyak cakap, hanya mengatakan yang baik-baik sahaja dengan memberi kata-kata semangat, mempamerkan kemajuan Malaysia dan banyak lagi taktik yang digunakan untuk merebut jawatan Perdana Menteri. Dia seorang yang “penyabar” menanti peluang. Sama juga dengan Samy Vellu ini, dia juga cuba mempraktikkan taktik yang sama untuk memenangi hati rakyat, semoga dengan cara ini dia semakin dipandang tinggi oleh masyarakat India di negara ini.

Utusan Malaysia, 20 November, telah menerbitkan kata-kata “dorongan” Samy Vellu dalam merencanakan wawasan ciptaannya.

——————Utusan Malaysia 20 November ———————–

75 % Peruntukan Sudah Dibelanjakan

KUALA LUMPUR 19 Nov. – Kementerian Kerja Raya sudah membelanjakan kira-kira 75 peratus daripada peruntukan RM20 bilion yang diperuntukan bagi melaksanakan pelbagai projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, semua projek tersebut berjalan lancar dan menepati jadual.
‘‘Sebanyak 75 peratus daripada peruntukan itu digunakan bagi melaksanakan pelbagai projek di bawah RMK-9 dan ini merupakan satu perkembangan yang baik.
‘‘Kami menyasarkan peruntukan yang diberi ini akan habis diguna pakai sebelum hujung tahun ini bagi pelaksanaan projek-projek tersebut,’’ katanya ketika sidang akhbar di Simposium Kebangsaan Guru-guru Besar Sekolah Tamil di sini hari ini.
Menurutnya, semua tender projek berkenaan sudah dikeluarkan dan ditandatangani para kontraktor terbabit.
‘‘Saya rasa sangat gembira terhadap kelancaran proses projek yang sedang dijalankan,’’ tambahnya.
Dalam pada itu, Samy Vellu memaklumkan mengenai perkembangan terkini pembinaan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SRJK)(T)) di negara ini.
Katanya, sebanyak 17 buah sekolah telah dirancang untuk dibina serta RM64.8 juta di peruntukan bagi menampung bantuan penuh dan RM16 juta untuk memenuhi bantuan modal.
‘‘Bantuan penuh meliputi segala perbelanjaan sekolah seperti pembayaran gaji pekerja dan lain-lain lagi, sementara bantuan modal merangkumi kos baik pulih bangunan sekolah,’’ ujarnya.
Selain itu, beliau juga berharap SRJK (T) dapat melahirkan individu yang berdedikasi, inovatif, dan dinamik menjelang 2057 selain memastikan taraf pendidikan sekolah Tamil berdiri sama tinggi dengan pendidikan sekolah lain.
————– Ulasanku ————————

Kelihatan seperti seorang yang bodoh beromong kosong di hadapan cermin tandas dengan memegang syampoo sebagai mikrofon wartawan. Patutlah orang menggelarnya “kepala pening”, bukannya “pening kepala”! Memang memeningkan. Beberapa kata-katanya yang menimbulkan kekeliruan telah dibold, dan anda boleh membacanya dan memikirkan dengan akal yang waras. Jangan terlalu cepat menyalahkannya, kerana dia juga boleh dikatakan sebagai “menteri yang rajin”, benarkah?

75 % Sudah dibelanjakan?

Sebelum ini, di dalam ulasanku yang bertajuk “Projek Sempena Pilihanraya”, PM cuba menekankan supaya projek segera disiapkan. Apa lagi, setelah mendengar amukannya itu, sudah pasti Samy Vellu merasakan seolah-olah PM cuba mencucuknya. “Mana mungkin sedemikian berlaku, seorang aku menteri wibawa” dia berkata di dalam lubuk hatinya (perhatian : kata-kata Samy Vellu agak tidak teratur).

——————– petikan lalu ———————-

“Kerajaan mahu semua projek yang disediakan untuk faedah rakyat di seluruh negara memenuhi kualiti tinggi yang diinginkan. Setiap peruntukan kerajaan perlu dibelanjakan dengan baik.

“Jika ada duit kita belanja, buat apa simpan. Duit diperuntukkan untuk perbelanjaan bagi melaksanakan projek pembangunan untuk kebaikan rakyat dan negara,” katanya ketika merasmikan jejambat berharga RM45 juta di Bulatan Pujut di sini, petang semalam.

…………….

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui dan Penasihat Global Upline Sdn Bhd, Tan Sri Thing Pek King.

———————————————————-

Hari ini pula dia muncul dengan kenyataannya bahawa RM 20 Billion yang diperuntukkan untuknya melancarkan Projek RMK-9 yang juga merupakan gimik BN. seolah-olah Pak Lah mengatakan kepadanya, “Cukuplah dengan bangsa awak sahaja,.. kita kena bersatu, sudah, sudah, lancarkan lagi gimik kita (BN)”.

Apa sudah jadi? Kemanakah perginya 75 % tersebut? Apakah perubahan yang boleh dilihat hari ini? Jalanraya masih lagi berserabut seperti dahulu, masalah tol tak pernah selesai dan banyak lagi masalah yang timbul. Tanpa disedari, setelah lama “dia” berdiam diri, kali ini dia bangun kembali untuk “memutar belitkan” masyarakat, tidak lebih hanyalah gimik semata-mata.

Satu lagi perkara yang berkaitan dengan Samy dan PM di bawah tajuk yang sama, taktik yang digunakan oleh Samy adalah semacam seekor lembu yang ditarik hidungnya ke mana-mana sahaja. Dia sanggup melakukan sebegini rupa supaya PM mampu tersenyum apabila melihatnya dan dengan cara inilah dia boleh naik lebih cepat dan tinggi.

Taktik ini dinamakan sebagai “mengampu” yang turut dipraktikkan oleh menteri-menteri lain. Sentiasa mengatakan “ya” kepada PM. “Jangan bagi dia tak suka sama kita, kita kena berbuat baik…” hatinya memberontak apabila dia cuba untuk bermain isu. Sekiranya dia bermain isu, sudah pasti dia akan kalah dan menyebabkan mukanya tebal lalu dia akan jatuh sepertimana pemimpin-pemimpin lain yang tidak sekepala dengan Pak Lah.

Sama juga dengan TPM yang juga mempraktikkan cara tersebut untuk selamat dari tohmahan orang. Diam sahaja…

Bila Masa Projek Tersebut Berjalan Lancar?

Tidak perlu dilihat di Kuala Lumpur, cukup di sekeliling kita, ada sahaja projek. Di mana-mana ada sahaja projek itu dan ini. Beranilah dia mengatakan “ahaa, inilah kemajuan yang kita berikan kepada rakyat”. Anda boleh lihat sendiri, Samy melancarkan projek, tetapi projek langsung tidak berjalan lancar, melainkan dengan menyuap pihak-pihak tertentu.

Memang memeningkan kepala, sudahlah menggunakan duit yang ada untuk mengaburkan mata rakyat, dibuat juga kenyataan yang mengelirukan rakyat. Inilah tugasnya selaku Menteri Kerja Raya. Kalau begitu, si penyangak yang mengsonglap duit rakyat pun boleh membuat kenyataan tersebut. Boleh sahaja dia mengaku bahawa dia telah membelanjakan ribuan ringgit sedangkan duit tersebut masuk ke poket sendiri.

Adakah dia ingat dengan membuat kenyataan tersebut, orang akan menerima tanpa berfikir? Masyarakat sering tertanya-tanya, di manakah yang dikatakan kemajuan itu? Di dalam akhbar, banyak gambar-gambar yang dipaparkan kononnya Malaysia sudah bergelar negara maju sedangkan rakyat Malaysia sendiri meragui, benarkah di Malaysia sudah ada Putrajaya sedangkan kami masih lagi miskin.

Lihatlah masyarakat yang tinggal di pertempatan maju (yang dikatakan), semakin hari semakin ramai yang mengalami gejala “botak”, kerana kehabisan duit. Gaji yang diberikan bolehlah dikatakan tinggi, tetapi minyak kenderaan sudah melambung, tol masih lagi dikenakan dan banyak lagi yang dialami oleh anda sendiri.

Kesimpulan : Tepung Tak Naik Harga?

Walaupun berita ini tiada kaitan yang agak rapat dengan isu Samy Vellu, namun ini merupakan satu lagi gimik yang dilakukan kononnya menteri memahami hati rakyat. Sama sahaja dengan Samy Vellu. Semakin banyak projek yang dijalankan, semakin ramai orang yang mengidap penyakit botak kepala. Persoalannya, kenapakah masih lagi dikenakan tol?

Duit perbelanjaan disasarkan habis pada tahun ini, tetapi si Samy ini mampu tersenyum kerana duit poketnya semakin penuh dengan duit-duit rakyat. Seolah-olah amanahnya sebagai Menteri Kerja Raya adalah satu perniagaan. Fikirlah sendiri, anda pasti menemui jawapannya.

Dr Fikrah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: