Saya tidak gila, kata adik Lingam

Oleh malaysiakini

aSaya tidak gila, kata VK Thirunama Karasu – adik kepada peguam Datuk VK Lingam. Sebaliknya, Thirunama, 49, menegaskan bahawa beliau adalah seorang yang waras.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap abangnya kerana memfitnah dan mencemarkan nama baiknya.

“Saya akan saman Datuk VK Lingam,” katanya kepada wartawan di luar ibupejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya pagi ini.


Ahad lalu, peguam Wee Choo Keong mendedahkan dua laporan polis yang dibuat oleh Thirunama terhadap abangnya yang didakwanya terbabit dalam rasuah dalam bidang kehakiman.

Dalam laporan tersebut, Thirunama mendakwa abangnya itu mempunyai hubungan rapat dengan hakim-hakim yang berjawatan tinggi, dan secara tidak langsung mendakwa Lingam juga terbabit dengan amalan rasuah.

Dan dalam satu kenyataan semalam, Lingam mendakwa Thirunama menghadapi masalah delusi.

Bukan sumber

Lingam berkata, Thirunama menghadapi masalah “halusinasi, kecenderungan kuat untuk membunuh diri, delusi dan depresi”.

Katanya, memandangkan keadaan mental Thirunama itu, maka segala tuduhan adiknya adalah tidak berasas sama sekali.

Pagi ini, Thirunama berkata, beliau bersedia untuk memberi keterangan kepada suruhanjaya diraja yang akan ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyiasat klip video Lingam.

Thirunama juga menafikan bahawa beliau yang merakamkan perbualan telefon Lingan, didakwa dengan Hakim Besar Malaya ketika itu, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, berhubung pelantikan hakim-hakim.

Ahmad Fairuz kemudian dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, dan bersara pada 31 Oktober lalu.

Tujuh jam beri keterangan

Thirunama berada di pejabat BPR selepas dipanggil oleh badan tersebut untuk memberi keterangan.

Beliau menemui pegawai BPR pada jam 11.30 pagi dan muncul kira-kira tujuh kemudiannya.

Ditanya mengenai pertemuan tersebut, Thirunama berkata, beliau telah memberitahu pegawai BPR “semua yang dia tahu”.

“Saya memberitahu mereka kebenaran seperti yang terkandung dalam laporan polis saya,” katanya.

“Saya mahu badan kehakiman supaya bersih – itulah sebabnya saya membuat laporan polis,” tambahnya.

Thirunama tidak menyatakan sama ada dia diminta datang lagi ke BPR untuk memberi keterangan selanjutnya.

Peguamnya, Wee Choo Keong, bagaimanapun mengecam badan tersebut kerana bertanya secara panjang lebar terhadap Thirunama.

Satu Respons

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: