Unit Amal Wilayah Persekuatuan buat laporan polis

Oleh MOHD SHAHRAINI ABU SAHID

 KUALA LUMPUR (Isnin) 19 November 2007 – Seramai 11 orang anggota Unit Amal DPPWP telah hadir ke Balai Polis Tun H.S Lee petang tadi bagi membuat satu laporan kepada pihak polis berhubung tindakan pihak polis di IPKKL merampas pakaian rasmi yang dipakai oleh 10 anggota Unit Amal Malaysia yang ditahan ketika Himpunan 100 Ribu rakyat anjuran BERSIH 10 November lalu.
Rombongan Unit Amal DPPWP yang diketuai oleh pengarahnya Saripuddin Mohd Yatim tiba di balai polis tersebut pada jam 2.50 petang.

Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk memastikan pakaian rasmi Unit Amal yang diambil oleh pihak polis tidak digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memburukkan Unit Amal seperti insiden individu membakar bendera Malaysia yang berlaku di Batu Burok, Terengganu 8 September lalu.


Saripuddin yang juga Timbalan Ketua Pengarah 3 Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat berharap agar pihak polis menyerahkan semula pakaian rasmi Unit Amal tersebut yang diambil dari 7 orang anggota Unit Amal Malaysia yang terdiri daripada 4 orang anggota dari Unit Amal Kedah, 2 orang anggota dari Unit Amal Pahang dan seorang dari Unit Amal Wilayah Persekutuan.
Menurut Saripuddin lagi, Unit Amal DPPWP telah mendapatkan khidmat nasihat Lajnah Guaman PAS Pusat berhubung hasrat melapor kepada pihak polis untuk mendapatkan kembali pakaian rasmi tersebut dan sekiranya pihak polis tidak memulangkan kembali pakaian tersebut, Unit Amal DPPWP akan berbincang dengan Lajnah Guaman PAS Pusat untuk mengambil tindakan menyaman pihak polis jika perlu.

Ini kerana berdasarkan undang-undang, pihak polis tidak ada hak menyimpan harta benda orang awam setelah ia dibebaskan dari tahanan polis.


Video ditemuramah oleh wartawan Siasah :

http://www.youtube.com/watch?v=uPZ6L-iq6L8


MOHD SHAHRAINI ABU SAHID

Setiausaha Unit Amal

Dewan Pemuda PAS W.Persekutuan


http://jabamal.wordpress.com

http://amalwilayah.wordpress.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: