Yuran sekolah: Yang miskin terus miskin yang kaya makin kaya

Oleh Radenjowo

 Kerana dipenuhi dengan menteri yang cetek akalnya maka kerajaan Malaysia tidak dapat mencongak apa yang akan berlaku di masa hadapan, ataupun mereka memang sudah menjangkakan cuma usaha penukaran istilah YURAN SEKOLAH semata mata untuk menekan terus rakyat Malaysia yang sudah miskin agar terus semakin melarat. Bila melayu melarat, melayu akan berlutut pada kerajaan untuk minta simpati. Mungkin kot?

Sebelum ini, ibu bapa dan penjaga murid yang kurang berkemampuan sememang nya mendapat bantuan buku. Dengan bantuan buku, mereka mampu bernafas walaupun mereka terpaksa mengeluarkan belanja untuk buku latihan.

Kalau mengikut pengalaman sendiri, tahun lepas sahaja wak terpaksa mengeluarkan belanja kira kira RM60 untuk seorang anak dan pada tahun ini nampaknya wak terpaksa menambah belanja untuk seorang lagi yang bakal memasuki darjah satu pada sessi persekolahan tahun 2008.Mari kita membuat perbandingan perbelanjaan antara rakyat miskin dan kaya di negara kita.

Orang kaya pada tahun 2007,

– Yuran sekolah RM18.00
– Yuran PIBG RM32.00
– Buku latihan RM 25.00
– Buku Teks RM 70.00 (Sendiri cari)
Untuk seorang murid, penjaga perlu mengeluarkan sebanyak RM145.00
(Tidak termasuk perbelanjaan harian dan pakaian kanak kanak)

Orang miskin pada tahun 2007

– Yuran sekolah RM18.00
– Yuran PIBG RM32.00
– Buku latihan RM 25.00
– Buku Teks RM 00.00 (Pinjaman)
Untuk seorang murid, penjaga perlu mengeluarkan sebanyak RM75.00
(Tidak termasuk perbelanjaan harian dan pakaian kanak kanak)

Untuk tahun 2008, Buku teks diberikan pinjaman kepada semua murid, tak kira dari golongan kaya atau miskin. Sementara untuk orang miskin, kita lihatkan perubahannya.

Orang kaya pada tahun 2008,
– PAKEJ @ YURAN RM30.50
– Yuran PIBG RM32.00
– Buku latihan RM 25.00
– Buku Teks RM 00.00 (Pinjaman)
Untuk seorang murid, penjaga perlu mengeluarkan sebanyak RM87.50
(Tidak termasuk perbelanjaan harian dan pakaian kanak kanak)

Orang miskin pada tahun 2008
PAKEJ @ YURAN RM30.50
– Yuran PIBG RM32.00
– Buku latihan RM 25.00
– Buku Teks RM 00.00 (Pinjaman)
Untuk seorang murid, penjaga perlu mengeluarkan sebanyak RM87.50
(Tidak termasuk perbelanjaan harian dan pakaian kanak kanak)

Orang kaya 2008 (RM87.50 – RM145.00)
RM57.50 (Untung dan tidak tertipu)

Orang miskin 2008 (RM85.00 – RM 75)
RM10 (Rugi malah terpedaya)

Jelas bahawa golongan sederhana dan miskin terpaksa membayar lebih untuk perubahan istilah dari YURAN TAHUN kepada PEMBAYARAN PAKEJ. Mungkin nilai RM 10.00 perbezaan untuk orang miskin adalah terlalu rendah nilainya. Tak kisah … tetapi golongan kaya yang sebelum ini membelanjakan wang untuk buku teks telah berkurang kosnya dan mereka untung sebanyak RM57.50.

Nilai RM10.00 terlalu kecil nilainya pada zaman sekarang tetapi kita tidak mengambil kira tentang, perbelanjaan harian mereka yang mencapai ke jumlah RM2.00 sehari akibat kenaikan harga barangan. Disamping itu, mereka perlu menghantar anak pergi dan pulang sekolah disamping pelbagai perbelanjaan alat tulis dan kelengkapan yang lain.

Apabila melihat kepada prestasi guru guru sekarang, ada ibu bapa yang terpaksa menghantar anak mereka ke sekolah tambahan atau tiusyen. Kalau berharap kepada sekolah sahaja mungkin tidak memadai dan kepada mereka yang tidak mampu, berserah kepada prestasi anak anak dan bertawakal.

Wak tak tahu, tapi wak termasuk di dalam golongan orang yang sederhana. Kenaikan nilai Yuran sudah cukup memeningkan kepala disamping peningkatan kos perlbagai perkara. Kita bukan hendak hantar anak kesekolah sahaja. Kita perlu membayar semua perkara dan keperluan kita. Sewa rumah, bil elektrik, talipon, air, tol dan barangan asas makanan.

Dengan ketiadaan peluang niaga dan kenaikan pangkat, dengan peningkatan kos sara hidup. Maka akhirnya simpanan dan wang pendapatan tidak mencukupi untuk menjamin masa depan anak anak, bah kan kita sekeluarga.

Di Amerika atau UK misalnya, mereka menentang kerajaan kerana dasar luar negara mereka. Merujuk kepada serangan ke atas Iraq dan pengorbanan rakyat mereka ketika perang. Selain dari itu masalah perkauman menjadi topik penting berkempen. Berlainan dengan negara kita yang menentang kerajaan kerana dasar dalam negara kita. Orang Barat yang juga berdemokrasi tidak bising tentang keadaan ekonomi negara mereka kerana mereka terjaga. Mereka mampu bercuti dimusim panas selama 3 bulan dengan membelanjakan wang simpanan mereka, setiap tahun. Mereka yang merempat pun diberikan makanan percuma serta bantuan penginapan dan kebajikan. Cuma ada yang memilih untuk tidur dikaki lima atas alasan mereka sendiri, mahu bebas dan tidak terkongkong. Bila waktu menerima bantuan, mereka pun akan beratur panjang.

Malangnya di malaysia, kita yang miskin dan sederhana semakin tertekan dan yang fakir semakin terpinggir. Kita dok sibuk tentang pengagihan kekayaan pemimpin dan peluang pinjaman dan bantuan yang diagihkan antara satu golongan sahaja. Dicanangkan, tetapi tidak sampai ke bawah. Dicatu, dicatu oleh pelbagai peringkat kepimpinan. Tidak sekata dan tidak adil.

Mahu kaya perlu bijak bermuka muka. Bukan setakat ilmu dan pengetahuan tetapi perlu bijak cari peluang. Gadai maruah, gadai pegangan, Pada yang bebal dan tiada maruah tetapi masih mahu kaya, joint sahaja UMNO.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: