‘BERKAT’ Pemuda Dungun – Dekati Masyarakat

Oleh SamarQondy

 DUNGUN, 22 Nov – Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun (DPPKD) telah melancarkan program “Bersama Masyarakat” (BERKAT) di peringkat Kawasan Dungun. Objektif program ini yang bertujuan untuk merakyat perjuangan Pemuda PAS dikalangan masyarakat setempat dan membela nasib mereka yang telah diabaikan hak mereka oleh Kerajaan Hadhari yang semakin terdesak mutaakhir ini.

Disamping itu, Pemuda PAS Dungun Melalui Lajnah Politik dan Pilihanraya telah mengatur strategi untuk turun ke DUN-DUN dan memberi penerangan serta gambaran yang jelas kepada masyarakat dan pengundi tentang senario politik tempatan dan luaran.

Program siri pertama yang dilancarkan pada 11 Ogos 2007 yang lalu di DUN Sura dan mendapat sambutan amat baik daripada masyarakat setempat. Pelbagai bentuk program dijalankan dalam sehari tersebut antaranya Ceramah Kelompok, Seminar Motivasi Pelajar, Hari Keluarga, Sukaneka, Kejohanan Bolasepak 7 Sebelah, Gotong-Royong Amal Bakti dan acara kemuncak pada malamnya adalah Forum Perdana yang antara ahli panel adalah Saudara Ahmad Lutfi Othman, Ketua Pengarang Harakah dan Tuan Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.

“Seluruh Lajnah di dalam DPPKD telah diarahkan untuk mengadakan program tersebut dan mereka menunjukkan prestasi yang baik kerana dapat menggerakkan semua Unit Peti Undi (UPU) yang telah diamanahkan. Dan Alhamdulillah kewangan untuk menanggung kos keseluruhan adalah mencukupi.” Kata Pengarah BERKAT DPPKD, Saudara Azman Senik.

“Insyaallah dalam masa terdekat ini kita akan menghabiskan seluruh DUN di dalam Kawasan Dungun ini sebagai pembakar semangat dikalangan pemuda untuk bersiapsedia menghadapi pilihanraya. Dan kita telah mempunyai tarikh untuk program tersebut.” katanya lagi.

Umno Dungun dalam keadaan terdesak sehingga sanggup memperalatkan Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) untuk mencabut poster, banner dan bendera PAS yang dipasang dan ditampal sekitar Dungun.Apa yang lebih melampau lagi, mereka turut menceroboh premis persendirian dengan diiringi polis untuk melaksanakan titah thoghut hadhari…
Seperti Kerabat Umno yang lain, setiap program atau acara mereka pastinya diumpan dengan persembahan artis-artis. Sadis sekali apabila mengenangkan nasib mereka. Apakah mereka sudah tidak laku lagi dihati rakyat?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: