Hina mahkamah: NSTP ‘gagal’ kenakan Rocky

aKUALA LUMPUR: New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) dan empat lain hari ini gagal memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi di sini bagi mengambil tindakan komital terhadap penulis laman blog Ahirudin Attan.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menolak permohonan ex-parte (sebelah pihak) oleh NSTP, timbalan pengerusinya Datuk Kalimullah Hassan, ketua pegawai eksekutif Datuk Syed Faisal Albar, ketua pengarang kumpulan Datuk Hishamuddin Aun dan bekas pengarang kumpulan Brendan Pereira.

Pemohon-pemohon tersebut mahu mensabitkan Ahirudin, yang juga dikenali sebagai Rocky, atas dakwaan menghina mahkamah kerana didakwa menerbitkan enam artikel baru berhubung kes mahkamah itu antara 18 Mei dan 8 Julai lepas serta mengekalkan hiperlink laman blognya yang mengandungi artikel-artikel subjudis.

Mereka mendakwa Ahirudin telah melanggar aku janji yang diberi kepada mahkamah pada 29 Jan lepas dengan menerbitkan artikel-artikel tersebut dalam laman blognya di alamat Rocky’s Bru.

Dalam 12 muka surat penghakimannya, Hakim Mohd Hishamudin berkata pemohon gagal memperkatakan secara jelas alasan untuk kebenaran memulakan tindakan dan juga kekurangan maklumat secukupnya dalam kenyataan sokongan.

Mengenai dakwaan bahawa Ahirudin telah mengaitkan laman blog dengan laman blog lain yang dikenal Walk With Us yang turut mengandungi artikel-artikel yang didakwa subjudis, Hishamudin berkata ia hanya rujukan pasif kepada hiperlink itu di mana nama/tajuk hiperlink Walk With Us muncul di bahagian sebelah kanan laman blog Ahirudin bersama dengan nama/tajuk 85 hiperlink lain.

Pemohon-pemohon itu berkata walaupun Ahirudin bukan penulis atau penerbit laman blog Walk With Us, namun dari segi undang-undang, dia seharusnya dianggap penerbit laman blog itu kerana hiperlink pada laman blognya disambung dengan laman blog Walk With Us.

Mereka mendakwa laman blog itu mengandungi perbincangan kes saman fitnah dan kritikan pemohon dalam saman itu dan oleh itu campur tangan dengan urusan keadilan.

“Pada penilaian saya, responden (Ahirudin) tidak boleh dianggap bertanggungjawab mengenai kandungan laman blog Walk With Us. Dia bukan sama ada penulis atau penerbit laman blog itu, laman blog Walk With Us merupakan laman blog tanpa nama,” kata Hishamudin.

Katanya adalah tidak masuk akal untuk menyatakan Ahirudin menerbitkan semula artikel hanya dengan alasan hiperlink itu wujud dalam laman blognya.

Pemohon-pemohon tersebut telah memfailkan saman fitnah terhadap Ahirudin, 46, berhubung artikel-artikel berunsur fitnah yang disiarkan dalam laman blognya. Mereka mendakwa artikel-artikel itu merujuk kepada mereka.

b

Ahirudin, bekas pengarang eksekutif akhbar The Malay Mail dan Sunday Mail, dalam kenyataan pembelaan, mendakwa pemohon-pemohon itu gagal menjelaskan dengan lengkap maksud fitnah yang dikatakan wujud dalam setiap penerbitannya pada pindaan kenyataan tuntutan mereka.

Pada 5 Nov lepas, Timbalan Pendaftar Kanan Siti Aishah Abdul Rashid menolak permohonan Ahirudin dengan kos untuk membatalkan saman fitnah terpinda yang dikemukakan oleh lima plantif itu terhadapnya.

Hakim Hishamudin dalam penghakimannya juga berkata dalam sebuah permohonan ex-parte untuk kebenaran memulakan prosiding komital, pihak pemohon harus mematuhi syarat-syarat mengemukakan butiran dan perbandingan yang mereka mahu menggunakan pada kenyataan sokongan.

“Ia bukan menjelaskan secara berasingan dengan bentuk penghujahan secara lisan atau bertulis oleh peguam mereka di mahkamah,” katanya.

“Dalam mana-mana kes, penghujahan secara rangka oleh peguam pemohon, Rishwant Singh, pada hari pendengaran kes (20 Sept lepas) nampaknya tidak mengandungi butiran atau perbandingan,” katanya. Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: