Jom pangkah BA..tak puashati 5thn nanti pangkah lah BN semula..

Oleh Taranama

 Bila di baca UtusanOnline hari nie di ruangan FOROM… ada satu luahan dari rakyat M@rhaen pasal mate sains dalam BI nie….

aku pon naik hairan laa… apasal orang melayu nie tak sedaq2…bukan susah nak guna semula bahasa melayu nie… usah dok letak harapan kat UMNO nie… kita kasi jatuh aja insya’allah lepas tu kembali lah bahasa melayu tu bukan susah pon…. malangnya masih ada lagi insan2 yg menaruh harapan pada UMNO nie…. ingat kalau dia jadi pencuri tak mustahil dia akan mencuri semula… benda nie dulu siapa yg buat.. UMNO lah bukan PAS ka keADILan ka DAP ka… punca utama yg buat perkara nie aku ulang UMNO..

MCA MIC Gerakan tu pak turut jaa.. pastu puak2 nie bukan ikut silivas nie…yg dok laksanakan benda nie just sekolah kebangsaan sahaja iaitu sekolah tempat anak2 bangsa melayu kita menuntut ilmu…. habis lingkop dah satu generasi pastu hari dok menyalak bukit yg itu salah ini salah….

Sudahlaaa tuu apa yg di salakkan oleh Berok Khairy tu dah lama dah di katakan oleh pejuang2 bangsa masa mula2 nak laksanakan benda nie… PAS tentang Adil Tentang DAp pon tentang…. tapi UMNO buat apa…. buat bodooooooo ja….

TAPI hari nie apasal di salak semula isu nie…. ini semua berkepentingan…. punca utama nak raih undi org melayu itu sahaja yg lain tu semua tu sembang jaa lepas nie buat balik…lingkop satu generasi..pastu pakat dok menangis mengenangkan generasi yg lingkop tu…

udah laa tuuu 50tahun punya skill taktik dan sembang2 yg berdegar2 tu takkan tak paham2 lagi…. sembang jaa semua tuu…

marilah semua kita buat perubahan sekali… 5thn jaa… lepas tu tak puas hati pakat2 pangkah la UMNO tu semula…5thn shj…kita tgk apa nak jadi…. kalau kata nak lingkop negara dlm 5thn tu..nie dah semuanya pon nak lingkop dah…sana naik sini naik…sana tembak sini tembak… sana rompak sini curi…sana rogol sini sosial….macam2ada….

Guna semula bahasa Melayu KITA bersyukur kerana terdapat perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini yang membangkitkan tentang perjuangan memartabatkan bahasa Melayu. Suara Khairy Jamaluddin, Naib Ketua Pergerakan Pemuda begitu bererti apabila beliau menyatakan ‘kenapa kacau Sains dan Matematik, kita kena lihat cara mantapkan pengajaran bahasa Inggeris di sekolah’, menarik perhatian.

Maksudnya pergunakanlah bahasa Melayu atau bahasa Malaysia untuk pengajaran dan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran tersebut.

Memang tepat pendapat beliau, kerana itu sekian ramai ibu bapa yang bersyukur jika kedua-dua mata pelajaran itu ditukar semula menggunakan bahasa Melayu.

Sebelum ini terdapat anak-anak kita yang menangis apabila pulang dari sekolah kerana tidak dapat memahami isi pelajaran Sains dan Matematik.

Para guru juga begitu kecewa kerana tidak dapat menyampaikan pengajarannya dengan berkesan kerana menggunakan bahasa Inggeris dan kanak-kanak pula menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan harian.

Pendapat para psikologi juga menyatakan setiap pengajaran ilmu adalah lebih berkesan menggunakan bahasa ibunda.

Selain itu, jika kita tinjau negara lain terutama negara maju dan membangun seperti Jepun, Korea, China, Jerman, Perancis, Itali, Rusia dan Finland, kesemua negara ini menggunakan bahasa ibundanya.

Jerman dan Jepun misalnya, setiap ilmu kejuruteraan, sains dan matematik menggunakan bahasa ibundanya sehingga mereka berjaya menjadi negara industri kejuruteraan yang utama.

Begitu juga Rusia, menggunakan bahasa ibundanya sehinggakan angkasawan kita, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha mempelajari bahasa Rusia untuk mengikuti misi pertama ke stesen angkasa lepas.

Menyedari hakikat ini sewajarnya negara kita tidak sahaja menumpukan pengajian ke negara-negara yang berbahasa Inggeris.

Adalah lebih manfaat kita merancang program pengajian anak-anak bangsa kita mempelajari bahasa-bahasa utama yang menguasai sains dan teknologi itu agar percambahan ilmu pengetahuan dapat diperkembangkan di negara kita.

Kita juga begitu bersyukur apabila perwakilan UMNO Johor, Dr. Mohd. Fuad Zakarshi menegaskan bahawa UMNO Johor tetap dengan prinsip perjuangan memartabat dan mempertahankan bahasa Melayu kerana ia tidak akan menyekat kemajuan yang dirancang pada masa depan.

Beliau berkata: “Pendirian UMNO Johor jelas bahawa bahasa Melayu adalah jati diri untuk mengangkat tamadun bangsa.

”Penjajah Inggeris sendiri tidak dapat menggantikan bahasa Melayu dengan bahasa mereka, tetapi selepas kita merdeka dan usir mereka dari bumi ini kenapa kita mengundang bahasa dan budayanya ke sini?”

Tegas beliau lagi bahawa bahasa Melayu adalah jati diri untuk mengangkat dan mengangkasa tamadun bangsa.

Memang nyata, kita tidak ingin negara kita kembali ke zaman penjajah dengan menggunakan bahasa Inggeris seluas-luasnya sehingga meminggirkan bahasa ibunda kita sendiri kerana bahasa adalah jiwa bangsa. Kita sepatutnya mendaulatkannya sebagai ‘Bahasa Mahkota Bangsa’.

Bahasalah yang memartabatkan bangsa Jepun, Jerman, Perancis, Korea dan Rusia – termasuk juga negara-negara tetangga kita iaitu Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Kita bimbang seperti yang berlaku di negara kita sekarang, sekian ramai rakyat negara ini termasuk ahli korporat, para pemimpin dan pegawai kerajaan meminggirkan bahasa kita dalam ucapan sehari-hari dan majlis rasmi dengan menggunakan bahasa Inggeris.

Sebenarnya kita sama sekali tidak menolak bahasa Inggeris, begitu juga bahasa lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: