Lagi pasal perempuan..

Oleh Songkok Putih

 Bila berbicara soal perempuan, memang kena berhati-hati, silap-silap buat makan diri. Hari ini saya cuba untuk membawa beberapa kisah tentang kehidupan alam kanak-kanak perempuan dari beberapa cerita yang telah memenuhi benak kepala saya membuatkan saya selalu berfikir..

Cerita pertama, kisah seorang sahabat, (biasalah mana-mana cerita sebut kawan dia.. mungkin dia kot, kalau cerita ini cerita saya kot? Tak kisah itu semua asalkan, cerita ini benar.. )

Dia dah berkahwin 9 tahun yang lalu, dengan seorang wanita yang baik budi perketinya, tak suka berlawa, rendah diri, tak suka memakai perhiasan. Isteri dia ini memakai purdah. Seingat-ingat dia, masa hantar maskahwin dulu dia ada belikan alatan solek untuk isterinya. Sepanjang 9 tahun berkahwin dia tak pernah belikan alatan solek untuk isterinya, dia juga tidak pernah meminta isterinya bersolek untuknya.. Rasanya mungkin dia ini tak ada perasaan untuk memasang lebih daripada satu..

Dia ini ada anak perempuan, berumur lebih kurang 7 tahun, anak perempuannya ini menunjukkan sikap keperempuannya. Memang perempuan betullah, kalau dia menunjukkan sikap kelakian, nanti diketagorikan tomboy pula.

Satu petang sedang dia berehat, sambil menonton, anak perempuannya datang dengan memakai gincu bibir merah dan berwarna dipipi. Terkejut si kawan saya ni, dia, isteri dia dan persekitaran dia (keluarga sebelah dia dan sebelah isteri dia) tidak ada yang memakai gincu.. memang tak ada!

Gincu dan alatan solek itu adalah hantaran sesama dia berkahwin dahulu, tersimpan begitu lama sebagai kenangan, tapi bagaimana anak perempuannya boleh belajar menghiasi diri?

Tidak lain-tidak bukan kerana kawan saya ada ‘membela’ syaitan besar di rumahnya…

Cerita 2

Saya ada seorang kawan yang tinggal di KL, bandaraya metropolitan. Suatu hari semasa kami membuat satu kerja, isterinya sibuk dia membawa anak-anak sekali ditempat kami membuat kerja. Dia mempunyai ramai anak perempuan, saya tak pasti berapa orang, tapi ramailah. Anak-anak semuanya bersopan satu dan memakai baju kurung, nampak cukup ayu macam gadis kampung.

Saya berkata “Loh (panggilan saya kepada dia yang bernama sebenar Abdullah) bagus anak-anak ‘enta’ (cakap arab) semuanya berbaju kurung”.

Bagus tapi kesian dia ini, selalu merungut, bila disuruh pakai baju kurung, bertentangan budaya. Kadang kala dia seorang sahaja dikalangan rakan-rakannya yang pakai baju kurung.. anak-anak orang lain semuanya berseluar. Dia terasing. Ana terpaksa bertegas dalam hal ini.. dia menambah dengan nada slow tapi cukup tegas.

Berfikir saya, berapa orang lagi orang macam Loh ini? Yang bercakap Islam, berjiwa Islam, berpendidikan Islam yang mampu untuk berfikir tentang masa depan anak-anak perempuan mereka…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: