Lebih 2000 nelayan Dungun terhimpit

Oleh penyu_019

Harga Peralatan Naik

Dungun, 20 Nov – Kehidupan nelayan yang serba kekurangan semakin tersepit akibat kenaikan harga peralatan nelayan. Kenaikan harga peralatan nelayan seperti kawat (kerawat), pelampung, timah, tali, plastik dan bateri amat ketara sejak 3 tahun yang lalu. .

Selain terpaksa menanggung kenaikan kos sara hidup akibat dari kenaikan harga barangan keperluan harian, para nelayan amat terbeban akibat kenaikan harga keperluan nelayan.


Perkara ini dinyatakan kepada Buletinonline oleh Tuan Hj Abd Rashid Jan Mohammad, Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Nelayan Daerah Dungun. Beliau yang mewakili lebih 2000 nelayan di dalam Daerah Dungun mendesak supaya pihak kerajaan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah nelayan yang semakin meruncing.

“Hampir semua harga peralatan naik. Contohnya, kerawat (dawai) untuk buat bubu naik harga dari RM 88 segulung menjadi RM 175 sekarang” tegas beliau.

“Harga peralatan naik tinggi, sedangkan harga ikan yang ditolak kepada pemborong tidak naik begitu” tambah beliau ketika ditemui Buletinonline.

Masalah yang sama juga di nyatakan oleh para nelayan di Pengakalan Pulau Serai, Dungun. Terdapat 11 buah bot nelayan yang menjadikan Pengkalan Pulau Serai sebagai stesyen operasi mereka.

Seorang nelayan bot bubu, Ahmad Zuru Yusof, 47, merasa bimbang kepada ‘trend’ kenaikan harga barang masakini. Katanya “semua barang naik, barang makanan, pakaian, peralatan kerja.”

“Ni, plastik untuk bubu, naik dari RM 2.20 kepada RM 4.00,’ kata Ahmad Zuru sambil menunjukkan sebungkus plastik hitam yang baru dibelinya dari kedai”.

Ahmad Zuru yang menjadi nelayan sejak 30 tahun yang lalu, hanya bergantung hidup mencari rezeki di laut. Namun, pernah suatu ketika beliau terpaksa melakukan pelbagai kerja lain untuk membina rumah.

“Ramai lagi kawan-kawan yang tidak mempunyai rumah dan terpaksa menyewa. Bayangkan betapa sempitnya kehidupan mereka dengan keadaan semua harga barang yang naik sekarang” tambah Encik Zuru.

Seorang lagi nelayan bot bubu, Ali Ahmad berkata “mengapa nak tunggu 3 tahun lagi baru nelayan tidak miskin. Kalau keadaan begini 50 tahun lagi pun nelayan tidak akan kaya-kaya” jawabnya apabila diminta maklumbalas tentang kenyataan Menteri Besar Terengganu yang mengatakan tahun 2010 tidak ada lagi kemiskinan dikalangan nelayan.

Berikut adalah senarai harga peralatan nelayan yang mengalami kenaikan harga:

1. Pelampung kecil – dari RM 1.10 kepada RM 2.20
2. Pelampung bulat – dari RM 3.30 kepada RM 4.80
3. Tali (1kg) – dari RM 3.60 kepada RM 5.00
4. Bateri (150) – dari RM 190 kepada RM 480
5. Dawai pengikat – dari RM 1.20 kepada RM 1.80
6. Timah (1 kati) – dari 2.50 kepada 7.00

SM Noor (buletinonline)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: