Rakyat kena ada rasa tanggungjawab pelihara imej dan reputasi negara

Oleh RAMLI ABDUL HALIM

 TAJUK laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini ‘Penjara Hadapi Limpahan Penghuni’ bukan sahaja menarik perhatian, malah sangat menyentuh perasaan saya, sekali gus menjadikan saya cukup terpanggil untuk memberikan sedikit pendapat.

Bila penjara di sesebuah negara menghadapi limpahan, bermakna rakyatnya bermasalah. Dengan lebihan sebanyak 9,541 tahanan berbanding dengan kemampuan penampungan penjara-penjara di negara hanya untuk 31,280 orang adalah satu masalah yang bukan kecil sebenarnya.

Usaha-usaha untuk mengatasinya perlu dilakukan dengan pelbagai cara dan pelbagai teori juga kena dicari sama ada yang moden mahu pun tradisional bagi mengurangkan kecenderungan rakyat negara ini terlibat dengan jenayah dan tidak merasa pernah serik dipenjarakan berulang-ulang.

Agak malangnya, penjara-penjara di negara ini bukan sahaja memenjarakan penjenayah dari negara ini tetapi turut memenjarakan penjenayah rakyat asing apabila 38 peratus atau 15,117 dari keseluruhan tahanan adalah warganegara asing.

Yang past kehidupan dalam penjara di negara kita tidak sama dengan penjara di negara-negara lain, apatah lagi penjara-penjara yang diselengarakan oleh Amerika Syarikat. Saya diberitahu oleh bekas banduan, makan minum di penjara setiap hari jauh lebih bagus, lebih sedap dan lebih enak dari apa yang mampu mereka nikmati di luar penjara.

Jadual makan minum juga tersusun rapi. Kerana itulah rata-rata mereka yang berada dalam penjara badannya lebih berisi berbanding denan masa berada di luar penjara. Erinya penjara bagi mereka yang biasa kena penjara bukanlah satu siksaan sangat, sebaliknya boleh disifatkan sebagai tempat berehat.

Lebih-lebih lagilah bagi tahanan warganegara asing, keselesaan dari segi makan minum dan layanan untuk mereka di penjara jauh lebih baik dari apa yang mereka mampu nikmati di negaa sendiri dan ketika berada dalam keluarga sendiri. Maknanya kehidupan di penjaa bukan suatu penyiksaan kepada mereka , malah tidak menakutkan mereka.

Soalnya wajarkah kita membelanjakan sejumlah besar wang untuk menanggung kos ‘makan tanggung berak cangkung’ para tahanan, terutama tahanan dari kalangan rakyat rakyat asing sedangkan hakikatnya masih ramai lagi rakyat di negara ini yang terpaksa hidup dan mampu makan minum dan kemudahan-kemudahan lain jauh lebih teruk dari apa yang dinikmati oleh tahanan di penjara.

Selain dari itu gara-gara angkara para tahanan yang jumlahnya sampai melimpah ruah dari apa yang mampu ditampung oleh penjara-penjara yang ada di negara ini, nama baik negara dan rakyatnya akan tercalar balan dan tercemar.

Mahu tudak mahu negara kena dibesihkan dari imej negara yang dibanjiri penjenayah, juga kena dibersihkan imej bahawa penjara-penjara yang ada di negara ini menghadapi masalah limpahan. Antara punca yang kena dicari ialah, kenapa para penjenayah itu menjadi penayah dan kenapa penjenayah tidak serik di penjara berulang-ulang, punca kena dikenalpasti diatasi.

Manakala rakyat setiap rakyat pula kena ada rasa tanggungjawab untuk pelihara imej dan reputasi negara dengan turut mengambil bahagian dalam pembantearasan terhadap keberleluasaan perbuatan jenayah serta pembendungan kemuculan penjenayah sama ada di kalangan rakyat negara ini sendiri atau rakyat asing.

Secara peribadi saya tidak setuju bila penjara dibesarkan, jumlah pasukkan polis dibesarkan sebagaimana hospital-hospital dibesarkan atau pun bilangan anggota Biro Pencegah Rasuah (BPR) ditambah kerana ianya secara tidak langsung akan menggambarkan bahawa negara sedang bermasalah.

Kenapa tidak cuba guna hukuman cara Islam untuk melihat keberkesanan setelah hukuman yang dipraktikkan selama ini gagal membendung perlakuan jenayah. Islam menetapkan pencuri yang sabit kesalahan dihukum potong tangan. Jika hukuman yang ditetapkan sendiri oleh Maha Pencipta itu dilaksanakan, tengok nanti berapa ramai ada manusia yang berani mencuri.

Tentang tidak setujunya saya hospital-hospital dibesarkan adalah kerana apabila hospital bukan sahaja ada banyak tetapi dibesarkan, ianya membuktikan bahawa rakyat negaa ini ramai yang sakit. Tidak banyak faedah kepada negara mempunyai rakyat yang sakit, apatah lagi jika sakit-sakit yang sengaja dicari, umpama kerana tabiat merokok yang boleh dielakkan.

Untuk tujuan rekod, jumlah perokok di negara ini sekarang berjumlah 4.6 juta dan mereka merupakan sebahagian dari kiran 1.3 bilion (1,300 juta perokok) jumlah semasa perokok seluruh dunia dan jumlahnya dianggarkan meningkat kepada antara 26 hingga 27 bilion (26,000 hingga 27,000 juta) menjelang tahun 2025.

Perokok di negara ini dikatakan menghisap 16 bilion (16,000 juta) batang rokok bernilai tidak kurang dari RM8 bilion (TRM8,000 juta) setahun yang mana tanpa mereka sedari, mereka sebenarnya bukan sahaja memasukkan penyakit ke dalam diri sendiri sahaja tetapi juga kepada keseluruhan rakyat negara ini termasuk kanak-kanak yang baru lahir kerana terpaksa menyedut udara yang dicemari asap rokokyang dihembus oleh 4.6 juta perokok.

………..
http://ramliabdulhalimmelayu.blogspot.com/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: